|
Ayuh bangkit semua UMNO, PAS, PKR, ABIM, JIM, para ulamak,
para Mufti, para pemenang Tokoh Maal Hijrah dan semua lelaki Islam di
Malaysia ini pertahankan maruah Wanita UMNO, Puteri UMNO, Muslimat PAS,
Muslimat ABIM dan semua muslimat di Malaysia !!
HINA sangatkah tudung seorang wanita Islam dibandingkan dengan serban
lelaki beragama Sikh ??
Kakitangan Hotel Diminta Letak Jawatan Jika Pakai Tudung
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=181792
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Seorang kakitangan sebuah hotel
bertaraf lima bintang melahirkan rasa kesal terhadap majikannya yang
tidak membenarkan beliau memakai tudung ketika bekerja.
Habsah Jaafar, yang memegang jawatan sebagai Pengarah Akaun (Pengarah
Jualan) bagi sektor kerajaan dan diplomatik di hotel berkenaan telah
diberi pilihan untuk menanggalkan tudung semasa bertugas atau berhenti
bekerja jika enggan berbuat demikian.
"Saya telah diberi pilihan itu sekembalinya saya daripada menunaikan
haji bulan lepas pada 9 Feb lepas," katanya kepada pemberita selepas
mengadakan pertemuan dengan Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda Umno
di sini.
Walaupun masih bekerja di hotel itu, beliau tidak dibenarkan datang
bekerja kerana bertudung.
"Bagaimana saya mahu bekerja jika tidak dibenarkan datang bekerja kerana
bertudung?," katanya sambil menjelaskan bahawa surat tawaran kerja yang
beliau terima dan buku panduan pekerja tidak menyatakan bahawa
kakitangan hotel tidak dibenarkan bertudung semasa bekerja.
Habsah berkata, selama ini beliau terpaksa menanggalkan tudung apabila
melakukan tugas kerana pemakaian tudung tidak dibenarkan oleh pihak
pengurusan hotel.
Katanya selain itu, beliau turut menghadapi masalah untuk mendapatkan
cuti bagi tujuan mengerjakan haji pada tahun lepas.
"Mulanya saya bertemu majikan saya untuk bercuti bagi mengerjakan haji,
tetapi tidak dibenarkan. Kemudian saya minta cuti tanpa gaji. Lima hari
sebelum tarikh saya bertolak ke Mekah baru cuti saya diluluskan,"
katanya.
Katanya beliau tidak sanggup menanggalkan tudung dan mengambil keputusan
meletakkan jawatan pada Jumaat lepas.
"Sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama Islam, saya sedih dan
tersinggung dengan pendekatan yang digunakan oleh hotel yang bertaraf
antarabangsa yang beroperasi di negara ini," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda Umno
Datuk Subahan Kamal meminta kerajaan memandang serius masalah ini kerana
ia tidak melibatkan hanya seorang pekerja sebaliknya ramai lagi pekerja
terpaksa berhadapan dengan masalah yang sama.
"Masalah ini nampak kecil. Tetapi sebenarnya ia bukan masalah kecil
kerana ia melibatkan isu kaum dan agama. Adakah prestasi kerja kita akan
terjejas jika kita memakai tudung?" katanya.
Beliau berkata Kementerian Pelancongan, sebagai pengeluar lesen
perniagaan kepada pengusaha hotel perlu mengambil tindakan wajar
berhubung masalah itu supaya tidak ada pihak yang dinafikan hak mereka.
"Kita mahu kementerian mengambil tindakan tegas supaya perkara ini tidak
berlaku lagi," katanya.
Katanya biro itu telah menyerahkan memorandum berkaitan perkara itu
kepada Menteri Pelancongan Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri
Sumber Manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn.
-- BERNAMA
Sudi-sudi layari blog saya di
http://waghih.blogspot.com
"Kalau kita hanya mengharapkan kemenangan, kita tidak akan berjaya.
Kalau kita berusaha untuk mencapai kemenangan, dengan izin Allah kita
akan berjaya"
|