BALIK KE MUKA UTAMA


Isu AP lari dari tajuk
http://rozmal.blogspot.com

Isu AP yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini dan juga dalam perhimpunan agung UMNO yang lalu sebenarnya sudah lari daripada tajuk asal mengapa isu AP ini dibangkitkan. 

Isu AP ini dibangkitkan ialah kerana Penasihat Proton Tun Dr Mahathir dan CEO Proton Tengku Mahalel menyatakan bahawa Proton tidak dapat bersaing sekarang ini kerana begitu banyak AP diberikan kepada syarikat pengeluar kereta daripada luar negara. 

Isu AP ini bukan asalnya dibangkitkan mengapa begitu banyak AP diberi kepada syarikat tertentu atau mengapa ada syarikat yang menerima AP ini mengisytiharkan harga kereta yang diimpot terlalu rendah untuk mengelakkan cukai yang tinggi kepada kerajaan justeru berkurangnya pendapatan kerajaan. Sekarang isu AP hangat diperkatakan di mana-mana, di kedai kopi, di akhbar-akhbar dan sebagainya. 

Namun tajuk asal perkara ini tidak diselesaikan. Iaitu masalah utama sekarang ialah apa akan jadi kepada Proton, apa akan jadi kepada pekerja-pekerja kilang Proton yang rata-ratanya orang Melayu apabila Proton tidak dapat melariskan produk mereka ? Apa akan jadi pada kilang terbaru dan tercanggih Proton di Tanjung Malim ? Apa akan jadi pada kehidupan sosio ekonomi penduduk Tanjung Malim ? Mengapa hanya Proton yang membangkitkan isu ini ? 

Mengapa Perodua masih boleh bersaing dengan syarikat pengeluar kereta luar negara dengan kenderaan terbarunya MyVi ? Tengok sahaja kepada model kereta Proton yang tidak mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia sebelum isu AP ini timbul, Proton Tiara, Proton Juara, Gen 2, Proton Arena dan terbaru Proton Savvy. 

Oleh itu pihak yang pada mulanya membangkit isu ini haruslah mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan industri kereta nasional iaitu Proton serta membuat perbandingan dengan Perodua yang juga sebuah syarikat kereta nasional yang setakat ini masih boleh bersaing dengan industri kereta luar negara. 

Isu mengenai pengagihan AP, pentaksiran harga kereta impot yang rendah haruslah diserahkan kepada pihak Badan Pencegah Rasuah untuk mereka melakukan siasatan. Layari http://rozmal.blogspot.com

 

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762