|
Rozmal bin Malakan <rozmal@yahoo.com>
Subject: Seru pemimpin negara tidak adakan acara di Tugu
Peringatan
Date: Mon 06/12/06 07:51 AM
Hari Pahlawan disambut setiap tahun di Malaysia ini pada 31
Julai. Setiap kali Hari Pahlawan disambut pemimpin-pemimpin
negara kita akan mengadakan acara memperingati pahlawan-pahlawan
negara yang telah gugur di Tugu Peringatan Negara dengan acara
meletak kalungan bunga, bertafakkur, membaca sajak dan
sebagainya. Sedangkan amalan ini adalah ditegah oleh
agama sepertimana fatwa yang telah dikeluarkan oleh beberapa
mufti yang disiarkan dalam laman web JAKI www.islam.gov.my dan
laman web Mufti Kerajaan Negeri Perak mufti.perak.gov.my
Adalah disarankan kepada umat Islam di Malaysia ini menyambut
Hari Pahlawan dengan mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin
khusus untuk pahlawan-pahlawan negara yang telah gugur
mempertahankan negara ini dari ancaman musuh.
Beberapa minggu yang lalu kami sekeluarga berkesempatan melawat
Muzium Tentera Darat yang terletak di Port Dickson , Negeri
Sembilan. Di Dataran Muzium tersebut terletak nama-nama mereka
yang gugur semasa pertempuran. Lalu saya mencari nama-nama
mereka yang pernah berkhidmat bersama ayah saya.
Pada tahun 1976 tertulis nama Prebet Kamarudin bin Salim dari
pasukan 16 Rejimen Askar Melayu Di Raja. Ketika itu kami
sekeluarga di Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
Saya bertanya kepada ayah saya masih ingatlah lagikah anggotanya
yang gugur semasa tahun 1976. Ayah saya menjawab, dia masih
ingat lagi. Ketika itu operasi membanteras pengganas komunis di
Gua Musang , Kelantan. Ketika salah satu platun pasukan 16 RAMD
diserang hendap, mereka menghubungi ayah saya, dan memberitahu
mereka sedang diserang dan salah seorang anggota mereka telah
ditembak.
Begitu banyak nostalgia mengenangkan kembali anggota-anggota
keselamatan pada tahun 70an yang bertarung nyawa mempertahankan
negara dari ancaman komunis. Hampir setiap minggu dan adakalanya
setiap hari ada sahaja berita anggota kita di serang hendap,
terkena jerangkap samar, kudung kaki dan tangan , buta dan
sebagainya.
Lawatan ke Muzium Tentera Darat tempoh hari begitu menyentuh
perasaan. Lebih sedih lagi mengenangkan generasi masa kini dalam
tempoh yang singkat lupa kepada jasa mereka yang mempertaruhkan
nyawa untuk menjaga keamanan negara. Sebaliknya generasi
sekarang lebih suka berpoya-poya , terlibat dalam gejala sosial
yang kronik, penyalahgunaan dadah, asyik dalam hiburan,
perlumbaan yang membahayakan, melepak dan sebagainya.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pahlawan-pahlawan kita
yang telah gugur. Al Fatihah.
Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
|