|
Rozmal bin Malakan <rozmal@yahoo.com>
Subject: Fatwa Penyokong Bolasepak Piala Dunia
Date: Sun 05/14/06 04:42 AM
Ketika saya ke bandar Seremban pada hari Sabtu 13 Mei 2006 saya
amat terperanjat apabila terpampang papan tanda yang membawa
pelbagai kemusykilan dari sudut hukum akidah dan agama.
Dengan ini saya ingin penjelasan daripada Majlis Fatwa
Kebangsaan, JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri atau para alim
ulamak hukum penyokong bolasepak yang beragama Islam yang
menconteng muka mereka dengan lambang negara yang menyertai
Piala Dunia 2006 yang menyerupai lambang salib.
Mungkin gambar yang tertera pada papan tanda ini adalah
penyokong-penyokong bolasepak bukan Islam, tetapi tidak dapat
dinafikan ramai penyokong bolasepak Islam akan terikut-ikut gaya
penyokong bolasepak bukan Islam tanpa lebih dahulu mengetahui
apakah hukum mereka melakukan perbuatan tersebut kerana iklan
ini begitu besar dan diletakkkan ditengah-tengah bandar tempat
tumpuan orang ramai.
Gambar dilampirkan diambil pada hari Sabtu 13 Mei 2006
berhampiran Perhentian dan Pusat Membeli Belah Terminal One dan
belakang bangunan Wisma UMNO Seremban.
Sila ke laman http://waghih.blogspot.com untuk melihat gambar
papantanda tersebut
Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
|