|
Rozmal bin Malakan <rozmal@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: Semua Ahli Parlimen wajar contohi Ahli Parlimen
Jasin
Date: Wed 05/10/06 01:24 AM
Sikap Datuk Mohd Said Yusof Ahli Parlimen BN Jasin yang
dikaitkan dengan isu rampasan kayu bergegaji oleh pihak kastam
haruslah dicontohi oleh semua ahli parlimen dan wakil rakyat di
Malaysia ini atas dasar membantu bangsa sendiri. Ahli Parlimen
Melayu membantu bangsa Melayu, Ahli Parlimen Cina membantu
bangsa Cina dan seterusnya.
Dalam kes ini kedua-dua belah pihak ada kebenarannya, pihak
kastam menjalankan tugas mereka mengikut prosedur, ahli parlimen
menjalankan tugas mereka mewakili rakyat di kawasan mereka.
Dan sepatutnya pembelaan rakyat bukan hanya apabila ianya
membabitkan kerugian ratusan ribu atau jutaan ringgit, ianya
haruslah meliputi kerugian yang berpuluh ringgit juga akibat
disaman atau dirampas oleh pihak berkuasa kerajaan.
Ahli Parlimen dan wakil rakyat bukan hanya memberi pembelaan
kepada usahawan malah kepada pekerja kilang dan buruh. Sebagai
contoh jika seorang pekerja kilang bumiputera yang disaman
kerana tidak mempunyai lesen memandu motosikal ketika hendak
pergi kerja. Jika gaji bulanan pekerja tadi hanya RM 500 sebulan
dan disaman dengan RM 300 sebulan, maka tidak salah juga jika
wakil rakyat atau ahli Parlimen di kawasan berkenaan berunding
dengan Ketua Polis Daerah atau Ketua Polis Trafik Daerah untuk
membatalkan saman keatas pekerja kilang bumiputera tadi atas
dasar membantu kaum bangsa mereka sendiri.
Oleh itu sikap ahli Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof
haruslah dicontohi oleh semua ahli Parlimen dan wakil rakyat
untuk membela rakyat dikawasan mereka tidak kira samada mereka
usahawan besar atau kuli kecil, peniaga besar atau peniaga
jalanan tanpa lesen, mereka yang menduduki banglo mewah atau
penduduk setinggan dan seterusnya.
Sekali lagi dalam kes ini semua pihak ada kebenaran tindakan
mereka. Cuma bergantung kepada proses rundingan antara kedua-dua
belah pihak untuk bersikap telus dan menggunakan budi bicara
mereka.
Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
|