|
Timor Leste: Jangan samapai anak kita di rumah
mati kelaparan
ROSLAN SMS
Kini rakyat berdepan dengan himpitan kos hidup yang semakin
melemaskan. Harga minyak naik dan terbaru tariff elektrik turut
naik yang dijangka mengundang pelbagai kenaikkan harga barangan
dan perkhidmatan yang lain.
Rakyat diseru agar berjimat-cermat. Dalam waktu yang sama
kerajaan juga sepatutnya berjimat dan tidak melibatkan diri
dalam sebarang aktiviti yang melibatkan kos tambahan.
Terbaru kita dengar berlaku kekacauan laksana Perang Saudara di
Negara baru Timor Leste. Kerajaan Negara tersebut memohon
pertolongan dari Negara-negara jiran agar dapat mengirim bantuan
ketenteraan bagi meredakan ketegangan dan mengembalikan keamanan.
Dikhabarkan Australia telah pun mengirim lebih 1,000 anggota
tenteranya dan akan dituruti dengan New Zealand dan Portugal.
Isunya di sini dengan suasana setempat yang gawat (dari sudut
ekonomi) perlukah Malaysia bergegas mengirimkan bantuan ke sana?
Menurut laporan BERNAMA TPM yang juga Menteri Pertahanan Najib
Tun Razak menyatakan bahawa:
UN was in the process of determining whether foreign troops sent
to Timor Leste would come under a UN mission or a UN-sanctioned
mission. The former, he said, meant that all expenses would be
borne by the world body while the latter would signal that the
troop contributing countries must pay themselves.
Dimana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) belum lagi
memutuskan samada bantuan ketenteraan dari Negara asing akan
tertakluk di bawah misi PBB atau sekadar direstui PBB. Kalau
misi PBB maka segala kos akan ditanggung PBB namun jika sekadar
direstui bermakna kos ditanggung oleh Negara pengirim.
Menurut Najib lagi seramai 25 anggota telah pun dikirim ke Dili
(ibunegara Tinor Leste) menaiki pesawat C130 TUDM untuk
menyiasat dan menilai suasana di sana sebelum kontijen yang
lebih besar dikirim. Setakat ini seramai 275 orang anggota
tentera dan 200 polis telah pun diarahkan akan bersiap-sedia
untuk dikirim ke sana.
Saya hairan mengapa Malaysia begitu ghairah mahu pergi? Mengapa
Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand tidak? Malah saya
difahamkan New Zealand pun telah mengirim anggota yang kecil,
mengapa Malaysia mahu menghantar sehingga 500 orang?
Dan apa akan terjadi kiranya PBB sekadar merestui misi ini dan
tidak akan menanggung kosnya?
Bagi saya walaupun PBB merestui misi ini sekalipun saya kira
Malaysia sepatutnya mohon pengecualian kerana suasana ekonomi
Negara tidak berapa memberangsangkan buat masa ini. Malahan kita
perlu ingat bahawa rakyat Timor Leste pernah dijajah sekian lama
oleh Indonesia di bawah rejim Suharto. Adakah kehadiran tentera
Malaysia yang mirip wajah, tubuh dan perwatakkannya bagai
tentera Indonesia itu nanti akan diterima baik oleh penduduk
tempatan?
Malaysia patut memberi sahaja laluan kepada Singapura dan Brunei
yang lebih mantap kedudukan ekonominya untuk berkhidmat di sana.
Benarlah jiran kita memohon pertolongan namun takkanlah kerana
nak menyusukan mereka maka anak-anak kita mati kelaparan!
Susah buat cara susah, jangan rakyat sahaja disuruh susah tetapi
kerajaan boleh lakukan apa sahaja atas alas an nak menonjolkan
imej dan seumpamanya.
sila ke BLOG Roslan SMS
http://n32.blogspot.com
Tontoni Web TV Alternatif WTV8
http://wtv8.tv
|