|
Roslan SMS <roslan_s@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Date: Tue 05/30/06 05:36 AM
Sikap Kementerian Luar memalukan Malaysia
ROSLAN SMS
PM Malaysia yang juga selaku Pengerusi Negara-negara Berkecuali
(NAM) tegang-tegang urat leher apabila menyentuh isu Palestin
ketika merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Biro Penyelarasan
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM CoB), di Putrajaya
semalam.
Kata beliau usaha ENGAGEMENT dengan kerajaan HAMAS Palestin
perlulah dilakukan berterusan demi mengiktiraf dan menghormati
hak demokratik rakyat Palestin yang telah memberi mandat kepada
HAMAS.
Antara Zahar dan Kaddoumi
Tetapi di belakang tabir rupa-rupanya kerajaan Malaysia sendiri
mencetuskan kontroversi dan jelas membelakangi saranan Dollah
itu apabila menjemput kedua-dua Menteri Luar(HAMAS:Mahmoud
Zahar)dan bekas Menteri Luar (FATAH:Farouk Kaddoumi) Palestin ke
Persidangan NAM ini.
Nyatalah tindakan kerajaan itu merupakan suatu gerak diplomatik
yang sungguh mengaibkan dan telah memburukkan nama Malaysia
dikalangan para anggota NAM dan dunia antarabangsa lebih-lebih
lagi bagi kerajaan baru Palestin pimpinan HAMAS.
Malah menurut NST wakil sebenar kerajaan Palestin iaitu Mahmoud
Zahar telah memulaukan persidangan itu kerana tindakan Malaysia
menjemput bekas Menteri Luar Palestin itu yang tidak lagi
memiliki mandat dan kuasa.
Kata Zahar:
I cant stand side by side with a man who is not representing the
Palestinian Government. He (Kaddoumi) is playing a dirty game.
Saya tidak boleh berdiri berganding bahu dengan seorang yang
tidak mewakili Kerajaan Palestin. Beliau main kotor.
Malahan Zahar turut mengutuk tindakan kerajaan Malaysia
menjemput Kaddoumi dan menganggap keputusan itu sebagai sesuatu
yang tidak dapat diterima oleh kerajaan beliau.
Bagaimana ini boleh berlaku? Apakah ada hubungan istimewa antara
kerajaan Malaysia dengan bekas kerajaan FATAH yang ditolak oleh
rakyat Palestin kerana mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa
secara berleluasa?
Kata Syed Hamid belia memaklumkan Zahar bahawa Kaddoumi berkeras
mahu hadir lalu beliau mengundangnya.
Saya kira Kerajaan Malaysia perlu memohon maaf kepada Kerajaan
HAMAS Palestin atas kesilapan yang sangat dikesali ini.
Bagaimana Malaysia nak menjadi juara isu Palestin jika ia tidak
dapat membezakan antara kerajaan yang sah dan yang tidak?
Bayangkan jika ada persidangan antarabangsa di luar Malaysia
yang melibatkan Ketua Negara, lalu tuan rumah menjemput Dollah
dan Tun Dr Mahathir sekali sebagai wakil Malaysia. Pasti Dollah
akan terbakar dan barangkali menyepak keluar Syed Hamid,
demikianlah juga dalam hal kekalutan yang berlaku di Putrajaya
ini.
Kekalutan ini kebetulan berlaku dipenghujung tempoh Malaysia
mempengerusikan NAM dan saya pasti akan mencacatkan imej
Malaysia di mata dunia.
Persitiwa yang mengaibkan ini telah medapat liputan meluas
akhbar antarabangsa antaranya:
WASHINGTON POST: HAMAS rep protests Fatah rival at meeting
KUWAIT NEWS AGENCY: Zahar not participating in NAM Conference
ALJAZEERA.NET: HAMAS minister leaves NAM meeting
AUSTRALIAN BROADCATING CORP: HAMAS withdraws from talks
Sementara itu menurut laporan Kerajaan Brunei Darussalam telah
mengundang Menteri Luar Palestin dari HAMAS itu mengunjungi
Bandar Seri Begawan. Sultan Hasanal Bolkiah sendiri selaku Ketua
Negara dan PM telah sudi menerima Zahar dan rombongan mengadap
di istana.
Langkah Brunei ini merupakan suatu tamparan kepada Malaysia yang
buta dan enggan menerima realiti perkembangan semasa di Palestin.
----------------------------------------------------------------
SILA KE BLOG ROSLAN SMS:
http://n32.blogspot.com
TONTONI WEB TV ALTERNATIF
http://wtv8.tv
|