Dari Shah Alam ke
Petaling Jaya, Kelang, Subang Jaya, Selayang dan Ampang, Selangor
adalah antara negeri yang paling banyak Majlis Bandaraya dan Majlis
Perbandaran. Setelah Shah Alam adalah difahamkan Petaling Jaya pula
akan diiktiraf sebagai Majlis Bandaraya sedikit masa lagi.
Sepatutnya dalam pentadbiran negeri, tidak ada insan yang lebih
berbangga dengan perkembangan dan kemajuan semua ini selain Menteri
Besarnya, selaku Ketua Eksekutif Negeri.
Tetapi tidak di Selangor. Walaupun MBnya begitu ghairah
mengisytiharkan Selangor sebagai sebuah Negeri Maju pada tahun 2005
lalu (walaupun tidak menerima pengiktirafan antarabangsa), rupanya
kepesatan pembangunan dan kemajuan PBT-PBT ini kelihatan seolah
telah mengerhanai MBnya.
Lantaran lajunya arus pembangunan dan kemajuan di PBT masing-masing,
MB bagaikan hanyut dipukul arus itu dan akhirnya menjadi kecil dan
tidak lagi dipedulikan.
Manalah gagahnya seorang MB apabila PBT-PBTnya seolah
bermaharajalela dan tidak ambil pusing padanya. PBT-PBT ini laksana
negeri-negeri kecil yang bebas dalam negeri Selangor yang besar.
Semalam dalam BULETIN UTAMA TV3 Khir dilaporkan
sebagai berkata:
Arahan kita seolah tidak
diikuti oleh PBT. Kita arahkan PBT agar: Go back to basic (beri
tumpuan pada kerja-kerja asasnya). (Hasil) Cukai pintu (sepatutnya)
digunakan untuk perbaiki kehidupan rakyat dari digunakan untuk
perkara-perkara lain.
Dan semalam juga dala sisipan akhabr THE STAR iaitu
STAR METRO muka depannya terpapar:
Enough Excesses! No more
unnecessary events and diners, no more functions at luxury hotel,
not at the public expense anyway.
Hentikan pembaziran! Tiada lagi majlis dan makan malam yang tidak
perlu, tiada lagi majlis yang diadakan di hotel-hotel mewah, bukan
atas perbelanjaan yang ditanggung orang awam.
Menurut akhbar tersebut Laporan Audit Negeri menunjukkan kerugian
besar yang dialami Selangor adalah akibat:
dishonesty, expenditure
exceeding allocation and purchases made without following correct
procedure
(penyelewengan, perbelanjaan melebihi peruntukkan dan pembelian yang
dilakukan tanpa mengikuti prosedur yang ditetapkan)
Berdasarkan perkembangan ini Selangor Maju nampak-nampaknyanya
dilanda penyakit penyelewengan, korupsi dan salah guna kuasa yang
besar dan serius. Dan dalam waktu yang sama rakyat jelata tidak
menerima layanan dan perkhidmatan yang setimpal dengan yuran dan
cukai yang dibayarnya kepada kerajaan dan badan-badan berkanun di
bawahnya.
Khir jelas berada dalam dilemma yang besar. Selangor Maju yang
dijajanya rupa-rupanya menelan dan menyusahkan dirinya sendiri.
Dalam kekalutannya beberapa hari lalu Khir mengarahkan
anggota-anggota EXCOnya agar mengintip ke sekitar kawasan PBT dalam
negeri dan mengambil gambar-gambar sebagai bukti kerja-kerja PBT
yang diabai dan tidak dilakukan. Kemudian beliau sebagai MB akan
bertindak.
Nampak macam berserabut dan tidak profesyional sungguh kerajaan
negeri di bawah Khir yang sepatutnya berstatus Maju itu!
Kesimpulannya MB sudah bagaikan tidak mampu mengawal jentera
pentadbirannya. PBT-PBT naik tocang dan lebih gagah dari MB sendiri.
Semasa menghuraikan Konsep Selangor Maju 2005 dahulu, Khir di dalam
buku panduannya yang diberi nama Dasar Selangor Menuju
Wawasan Syumul 2005 menyebut:
(semasa menghuraikan dua dari empat formula pentadbiran 4E)
EFFICIENT: Cara-cara bekerja
dalam abad baru ini tidak seharusnya terkongkong pada cara-cara
bekerja abad yang lepas. Sekarang semuanya berlaku atau bergerak
dengan pantas.
EFFECTIVE: Jika kita meluluskan peruntukkan maka golongan yang
sepatutnya menerima manfaat memang akan menerima manfaat yang
maksimum. Jika kita buat peraturan maka pertauran itu akan
melindungi hak-hak mereka. Kita tidak mahu dikenali sebagai indah
khabar dari rupa. Apa yang akan disebut orang adalah pencapaian kita
yang hakiki dan bukannya retorik kita yang bermusim
Sekarang semuanya berlaku sebaliknya, dan Khir mula terasa hangat
dari bahang pendurhakaan atau insubordination ini. PBT terus
berbelanja dan menjalankan projek pembangunan sesuka hati mereka.
Ini tidak termasuk lawatan-lawatan ke luar negara atas tajaan PBT
masing-masing (selepas ini MBSA difahanmkan akan membawa hampir 40
orang kakitangannya ke Eropah untuk lawatan sambil belajar kononnya).
Kita dapat melihatkan dalam setengah-setengah PBT tiang-tiang lampu
ditukar sekerap mungkin, dari satu design ke satu design.
Bulatan-bulatan dihias dan dirombak untuk hiasan baru hingga dua
kali setahun. Kerja-kerja lanskap berterus-terusan dilakukan
sedangkan sampah-sarap, dan jalan serta lorong-lorong tidak diturap
dan dipelihara. Longkong-longkang tersumbat tetapi PBT berbelanja
untuk hiasan taman, air pancut dan waterfall.
Dan jangan kita lupa pula PBT yang bersekongkol dengan pusat-pusat
maksiat sehingga berpuluh kali diserbu polis pun pusat-pusat ini
masih beroperasi di bawah dagu PBT berkenaan.
Saya rasa segala ini adalah bukti ketidakcekapan MB dalam
menjalankan tugasnya sebagai Ketua Eksekutif Negeri. Kalau MAS yang
hampir terhempas itu mahu diselamatkan dengan mengantikan kepala
nombor satunya maka saya rasakan Selangor juga sudah mula perlu
menimbangkan hal ini.
Dari Khir sibuk dengan tugas belia di MBM, sibuk dengan krisis GPMS,
lebih baik beliau tumpukan sahaja pada kerja-kerja memperkasakan
tugasnya sebagai MB. Atau memang mungkin Khir hanya layak sebagai
Ketua Belia dan bukan Ketua Eksekutif Negeri?