|
Mana Che Det tak marahkan Kali
ROSLAN SMS
Artikel saya sebelum ini bertajuk ANTARA KALI DAN MULLAH
bermaksud memaparkan betapa marahnya Ketua Pengarang NST
Kalimullah Hassan terhadap bekas PM Tun Dr Mahathir atas
serangan Tun terhadap beliau termasuklah yang beliau katakan
sebagai serangan peribadi.
Pada hari ini dalam akhbar NST disiarkan surat dari Suffi Yusoff
iaitu Pembantu kepada Tun yang telah menjelaskan beberapa
perkara mengelirukan yang telah disiarkan oleh Kalimullah dalam
artikelnya di NST Ahad lepas.
Kata Suffi antaranya dalam artikel tersebut Kalimullah mendakwa:
PERTAMA Tun telah memohon untuk berjumpa dengan PM Dollah Badawi
ketika mereka sama-sama menginap di Tokyo sedangkan menurut
Suffi sebenarnya Dollah lah yang memohon untuk berjumpa Tun dan
permohonan itu dibuat hanya 20 minit sebelum Tun terpaksa
menghadiri majlis di Nikkei Conference Tokyo. Lantaran itu Tun
bersetuju bertemu tetapi Cuma 10 minit yang dapat diluangkan. (Bagaimana
seorang bertaraf Kalimullah boleh berbohong dalam hal ini di
dalam akhbar media perdana)
KEDUA Tun tidak pernah mengundang wakil-wakil media asing untuk
menyerang Dollah sebagaimana didakwa. Media asing diundang pada
78 Jun lepas bertujuan megumumkan Forum Global Peace yang akan
dianjurkan oleh Perdana Leadership Foundation yang dijadualkan
diadakan di KL antara 20 ke 22 Jun nanti. Dalam perjumpaan itu
wakil-wakil media yang telah mengemukakan soalan berkenaan
dengan Dollah dan disitulah Tun membuat penjelasan.
KETIGA Tan Sri Abdullah Ahmad (Dollah Kok Lanas) bukanlah
Penasihat kepada Tun sebagaimana didakwa di dalam artikel
tersebut. Mana-mana individu bebas memberikan pandangan dan
pendapat atau nasihat kepada Tun tetapi itu tidak menjadikan
mereka sebagai Penasihat kepada Tun.
Demikianlah anatara penjelasan yang terpaksa dilakukan oleh Tun
ekoran artikel Kalimullah itu.
Patutlah Tun benar-benar marah pada Kalimullah kerana Kalimullah
sendiri pun gemar mereka-reka kisah dan cerita yang palsu dan
dibikin-bikin.
Menarik juga kalau kita perhatikan diruangan surat dari pembaca
di NST yang menyiarkan surat dari Suffi itu terdapat nota dari
pengarang yang menyebut:
We have received many letters in support of Prime Minister Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi. Because they express similar
sentiments to the correspondence already published, we have
decided to bring this subject to a close. : Editor
Tak tahulah sejauh mana sebenarnya bilangan surat yang meyokong
Dollah dan berapa pula yang menyokong Tun yang diterima oleh NST.
Tetapi kalau kit teliti akhbar THE STAR hari ini masih terdapat
surat dari pembaca yang terus menyokong Tun.
Who is the actual demon now???
SILA KE BLOG ROSLAN SMS
http://n32.blogspot.com/
TONTONI SALURAN MEDIA ALTERNATIF
http://wtv8.tv
|