|
Roslan SMS <roslan_s@yahoo.com>
Tafsiran perlakuan sumbang dan lucah menurut Ka Ting
ROSLAN SMS
Dalam tulisan terakhir saya di BLOG ini saya menyuarakan
kebimbangan apabila Kabinet mengeluarkan arahan kepada
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengeluarkan
garispanduan berhubung definisi kelakuan sumbang dan lucah di
tempat-tempat awam
Benarlah Pihak Berkuasa Tempatan ataupun PBT terletak di bawah
bidangkuasa kementerian berkenaan, namun isu yang dimaksudkan
adalah isu moral dan akhlak, oleh itu tidakkah Jabatan Perdana
Menteri merupakan kementerian yang lebih sesuai dalam hal ini?
Dan terbukti dalam akhbar hari ini, Menteri berkenaan yang juga
Presdien MCA dengan senang hati telah memberikan gambaran
darihal definisi perlakuan sumbang dan lucah menurut selera dan
pemahaman beliau.
Kata Ka Ting sebagaimana dilaporkan oleh UTUSAN:
Tindakan menghantar penguatkuasa untuk mengambil tindakan (hanya)
setelah aduan diterima mengenai pasangan yang melakukan aksi
melampau seperti berbogel atau melakukan aktiviti seks.
Saya menegaskan, tindakan tidak boleh diambil terhadap pasangan
yang hanya berpegangan tangan
Dalam hal yang sama THE STAR memetik beliau sebagai berkata
bahawa perlakuan sumbang dan lucah itu bermaksud:
Excessive indecent acts such as stripping.
Perlakuan keterlaluan umpamanya berbogel.
Demikianlah kurang-lebih apa yang bakal kita harapkan dari
garispanduan perlakuan sumbang dan lucah dari hasil tangan
Presiden MCA itu.
Kalau kita baca dari tafsiran Ka Ting itu maka bercium OK,
bercumbu OK, berpeluk-pelukkan OK hatta bergomol atas bangku,
bawah bangku, atas padan, celah batu semuanya OK asal jangan
berbogel atau melakukan aktiviti seks, itu sahaja.
Maaf tetapi saya rasa itulah juga agaknya tafsiran Islam Hadhari
sebab Perdana Menteri Islam Hadhari jugalah yang telah
mewakilkan kuasa membuat tafsiran ini kepada Ka Ting tempoh hari.
Bukan al Ghazali bukan juga as Syafiee tetapi rupa-rupanya Ka
Ting yang dicari-cari.
Oleh itu bersedialah kita untuk menyaksikan keruntuhan moral
anak-anak muda kita pada tahap yang belum pernah kita saksikan
sebelum ini. Ya Allah Selamatkanlah Malaysia!
sila ke BLOG Roslan SMS
http://n3.blogspot.com/
|