|
Roslan SMS <roslan_s@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: 2 artikel
Date: Mon 04/17/06 05:29 AM
Mampukah Islam Hadhari pertahankan moral dan nilai budaya?
ROSLAN SMS
Baru-baru ini Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) memiliki kuasa untuk memperkenalkan
undang-undang kecil bagi mendakwa sesiapa sahaja yang
berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai ataupun di tempat
awam.
Dengar khabarnya kabinet telah mengarahkan Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan untuk mengeluarkan satu garispanduan
ekoran keputusan mahkamah tersebut.
Mengapa Kementerian Ong Ka Ting yang diarahkan? Kita akui bahawa
hal ehwal PBT terletak di bawah kementerian beliau, namun isunya
di sini adalah isu moral, mengapa tidak diserahkan kepada
Jabatan Perdana Menteri?
Namun itu bukan isu yang mahu saya ketengahkan di sini, isunya
adalah kemampuan Islam Hadhari dalam berhadapan dengan gelombang
dan arus yang cuba melakarkan moral dan nilai budaya baru yang
jelas tersasar dari landasan dan paradigma Islam.
Dalam akhbar THE SUNDAY TIMES semalam Tan Sri Abu Talib Othman
Pengerusi SUHAKAM yang juga bekas Peguam Negara dalam satu
temuramah eksklusif telah mengajak masyarakat Malaysia
termasuklah umat Islam agar membuat perubahan paradigma dengan
kononnya mengikuti arus perkembangan semasa.
Di bawah tajuk:
A KISS IS JUST A KISS: We have to move with the times
YB Fong Po Kuan (DAP Batu Gajah) mencabar
peraturan DBKL apabila membenarkan
dirinya dikucup dihadapan Bangunan DBKL
baru-baru ini
Abu Talib menyatakan bahawa menurut pandangan beliau adalah
tidak wajar bagi kita meluluskan undang-undang dan peraturan
yang cuba mengawal tingkah-laku moral seseorang.
Beliau menambah dari sudut pandangan hak asasi, memanglah kita
perlu menghormati adat dan budaya tempatan, walaubagaimanapun
ianya tidak bermakna kita tidak boleh mengikuti perkembangan dan
peredaran zaman.
Abu Talib tanpa segan-silu menyatakan:
You have to consider the action in the surrounding environment.
It is not acceptable to hug and kiss at a religious ceremony but
it may be acceptable to hug and kiss at a marriage ceremony.
Orang yang seumpama Abu Talib inilah yang akan digunakan oleh
pihak-pihak tertentu bagi memberikan gambaran yang songsang dan
berserabut tentang Islam.
Kebetulan dalam MINGUAN MALAYSIA semalam PM Dollah Badawi semasa
merasmikan Seminar Nadwah Ulama Nusantara di Kepala Batas telah
dipetik pula sebagai berkata:
Perlaksanaan Islam Hadhari sebenarnya tidak jauh berbeza dengan
yang diusahakan oleh golongan ulamak silam iaitu bagi
membolehkan masyarakat menguasai ilmu pengetahuan dan membentuk
komuniti yang mempunyai KEKUATAN NILAI BUDAYA dan MORAL.
Perhatian harus diberi kepada membentuk dan memperkasakan
komuniti tempatan dengan mengunakan pendekatan Islam yang
akhirnya melahirkan masyarakat yang mempunyai kekuatan nilai dan
jati diri.
Dan dalam seminar yang sama Prof Zakaria Stapa, Dekan Fakulti
Penajian Islam, UKM telah mengatakan:
Pendekatan pertama perlu dilakukan oleh ulama ialah
memperkukuhkan keimanan masyarakat seperti yang dinyatakan dalam
prinsip pertama konsep Islam Hadhari.
Sebab itu Perdana Menteri meletakkan kekuatan iman sebagai
prinsip pertama dalam Islam Hadhari kerana dalam masyarakat kita
berlaku KEMUFLISAN IMAN.
Dalam isu perlakuan tidak bermoral dikhalayak ramai ini kita
bimbang Islam Hadhari seolah cair di dalam asakkan kuat golongan
moderat dan liberal yang terlalu rapuh pegangan Islamnya
sebagaimana dinyatakan oleh Prof Zakaria, MUFLIS IMAN.
Itu ditambah pula dengan asakkan bertalu-talu masyarakat bukan
Islam yang secara berani dan terbuka menyatakan bantahan mereka
terhadap sebarang peraturan yang cuba mengawal akhlak
orang-ramai di tempat umum. Yang kita tahu DAP dan sebahagian
parti komponan BN yang bukan Islam secara terang-terang menolak
usaha mengawal moral orang-ramai ini.
Mampukah Islam Hadhari mampu dan berdaya berdiri tegak dalam
deruan kencang taufan kontroversi ini? Atau apakah Islam Hadhari
akan sesat entah kemana, yang cuma tingal adalah konsep dan
dasarnya iaitu di atas kertas sahaja semata-mata?
|