|
Umat Islam atau Nazri sendiri yang
BODOH!
ROSLAN SMS
"Jika anda bantah dan adakan demonstrasi ketika orang berbincang,
ia tindakan BODOH Saya tidak takut menggunakan ayat itu."
Demikianlah petikan UTUSAN terhadap kenyataan Menteri di JPM
Nazri Aziz apabila diminta reaksi beliau terhadap kejadian di
Pulalu Pinang baru-baru ini apabila kumpulan BADAI (Badan Anti
IFC) berjaya membatalkan sebuah forum anjuran kumpulan-kumpulan
pro IFC di sebuah hotel di sana.
Di dalam akhbar THE SUN Nazri dipetik sebagai berkata:
"We strongly condemn those who come out in numbers to protest
against the forum. It was a legitimate forum for people to
discuss their rights in this country."
Malah Nazri seterusnya berkata bahawa KERAJAAN TIDAK ADA APA-APA
HALANGAN TERHADAP PENGANJURAN FORUM TERSEBUT.
Apakah matlamat forum ini dan kumpulan yang menganjurkannya?
Dalam satu ayat pada pandangan saya ianya bermatlamat
mempertikai dan mencabar Islam.
Pertama kumpulan ini mempertikaikan status Malaysia sebagai
sebuah Negara Islam atas dasar ianya sebenarnya sebuah Negara
SEKULAR dan oleh itu setiap undang-undang dan peraturan tidak
sepatutnya terikat atau memihak pada mana-mana agama ataupun
kepercayaan termasuklah Islam.
Kedua kumpulan ini berterusan menyatakan ketidakpuasan hati
terhadap penyelesaian kes Allahyarham Sarjan Moorthy tempuh hari,
dimana peruntukkan Perkara 121 (1)(A) pada pandangan mereka
meletakkan Mahkmaha Syariah mengatasi Mahkamah Sivil sedangkan
Negara ini sebuah Negara SEKULAR.
Ketiga kumpulan ini berterusan mencabar pertauran dan
undang-undang Islam dengan menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang
memeluk Islam sepatutnya turut diberikan hak memilih untuk
menukar agamanya. Mengapa yang bukan Islam dibenarkan memeluk
Islam sedangkan yang Islam tidak pula dibenarkan untuk MURTAD!
Keempat mereka juga berterusan menyerang undang-undanmg
kekeluargaan Islam, mempersoalkan integriti Mahkamah Syariah
dalam kes permohonan cerai dan hak penjagaan anak-anak.
Dan saya boleh menyenaraikan banyak lagi matlamat kumpulan
pelampau ini yang dah pun diketahui umum. Oleh itu padan dan
layaklah umat Islam bangun menentang kumpulan ini.
Lalu jika mereka yang bangun demi mempertahankan maruah dan nama
baik Islam itu digelar BODOH oleh Nazri, saya kira umat Islam
juga tidak takut menyatakan bahawa sesungguhnya yang LEBIH BODOH
adalah Nazri sendiri.
Nazri sendiri lebih BODOH kerana tidak sedar bahawa sebagai
seorang Islam, sebagai pemimpin Umno yang berjuang mendukung
cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat
bangsa, agama dan Negara (sila rujuk Fasal 3 Perlembagaan Umno)
sepatutnya beliau wajib bangun sekali mempertahankan Islam
apabila ianya dicabar oleh mana-mana pihak!
Soal kedaulatan Islam bukanlah soal yang boleh dibincang-bincang
atau dirundingkan.
Saya yakin semua umat Islam termasuklah kawan-kawan dari Umno
sendiri bersetuju akan hakikat ini.
Kalau atas dasar kedaulatan Negara kita boleh membatalkan
pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor inikan pula soal
yang melibatkan kedaulatan Islam yang merupakan aqidah dan
kepercayaan umat Islam.
Apabila ada pemimpin seumpama Nazri yang BODOH yang melayan dan
memberi ruang kepada puak-puak pelampau ini maka pasti mereka
akan bertambah bersemangat dan naik tocang, akhirnya lebih
berani dan vokal lagi.
Benarkah kerajaan sebagaimana dakwaan Nazri yang BODOH itu tidak
menganggap kumpulan pelampau pro IFC ini sebagai ancaman,
sedangkan semasa Kes Allahyarham Moorthy dahulu PM Dollah Badawi
telah memberi amaran agar jangan ada mana-mana pihak
mempertikaikan staus quo yang ada.
Apa sikap kerajaan, apa sikap Umno sebenarnya dalam isu ini?
Jangan bermain api, takut nanti rentung tangan kita. Kalau Nazri
yang BODOH itu mahu tangannya rentung maka biarkan dia rentung
seorang, yang lain jangan!
Kita sudah berada digarisan kritikal disaat ini, dan kerajaan
perlu menyatakan sikap. Kalau sikap kerajaan pun sama dengan si
Nazri yang BODOH ini maka tibalah masanya untuk rakyat jelata
khasnya yang beragama Islam bertindak menukar mereka dengan
kepimpinan yang baru yang lebih sensitif dan tidak
bertolak-ansur dalam isu-isu yang membabitkan agama yang
tercinta ini.
SILA KE BLOG ROSLAN SMS
http://n32.blogspot.com
TONTONI WTV8 WEB TV ALTERNATIF
http://wtv8.tv
|