Pada 23 April 2006 (Ahad),
Pengerusi Lajnah
Kebajikan Dewan Pemuda
PAS Pusat yang juga
Ketua Dewan Pemuda PAS
Wilayah Persekutuan Ust.
Riduan Mohd Nor diiringi
oleh Ust. Nik Abduh Nik
Abd Aziz berserta AJK
DPPK Bandar Tun Razak
telah mengunjungi rumah
keluarga salah seorang
tahan ISA-Sdr.Rafi Bin
Udin, di rumah Flat
Taman Ibu Kota, Bandar
Tun Razak.
Kunjungan Wakil Dewan
Pemuda PAS ini disambut
mesra oleh ahli keluarga
tahanan berkenaan yang
kini hanya tinggal
Isteri tahanan ini,
iaitu Pn. Rose Gida @
Roslina Abdullah dan 3
orang anak beliau. 2
orang lagi anak
perempuan beliau tinggal
di Asrama SMK Sri
Bintang.
Pn. Rose bersama
Pimpinan Pemuda Prihatin
Pada kunjungan ini, Ust.
Riduan telah menyerahkan
sedikit sumbangan dan
bertanyakan khabar
berita keluarga ini.
Amat menyedihkan, kerana
dengan pendapatan yang
kurang dari RM 1000
sebulan, keluarga ini
dihimpit dengan pelbagai
dugaan.
Anak sulung Pn. Rose
kini disahkan menghidap
penyakit Skoliosis
Idiopatik Adolesen (tulang
belakang bengkok).
Beliau yang baru
menyedari yang anak
perempuan kesayangannya
itu menghidapi masalah
dibahagian tulang
belakang begitu resah
dan risau kerana kos
bagi pembedahan anaknya
dianggarkan melebihi RM
18,000.
Menurut Ketua kaedah
sistem
instrumentasispinal
untuk rawatan penyakit
Skoliosis Idiopatik
Adolesen, Datuk Prof
Mohamad Abdul Razak,
HUKM "Penyakit Skoliosis
Idiopatik Adolesen jika
tidak mendapat rawatan,
boleh membawa kepada
kematian kerana ia
menganggu sistem
pernafasan dan
menyebabkan jantung
tidak dapat berfungsi".
Oleh itu Dewan Pemuda
PAS Wilayah Persekutuan
bekerjasama dengan Dewan
Pemuda PAS Pusat untuk
membantu keluarga ini
bagi mengumpulkan dana
bantuan sebelum
pertengahan bulan Mei
ini. Bagi mereka yang
berhasrat untuk
menghulurkan derma
bolehlah menyalurkan
derma anda kepada:
Dewan Pemuda PAS
Wilayah Persekutuan,
No Akaun Bank Islam :
14023010000110
Segala Cek Berpalang
atau Bank Deraf
hendaklah ditujukan atas
nama
Dewan Pemuda PAS
Wilayah Persekutuan.
Sekiranya anda telah
memasukkan wang ke dalam
akaun DPPWP, sila
hubungi pihak kami untuk
makluman dan pengesahan
di talian
019-3728844 (Ust
Riduan).
Anda juga boleh
menghantar derma anda
terus kepada pejabat
Dewan Pemuda PAS Pusat
di Taman Melewar kepada
En. Suhaimi
Abdul Aziz-017-3423283.
Sesungguhnya derma anda
dapat menyelamatkan satu
nyawa dan menceriakan
semula keluarga yang
dilanda duka ini.
->>Herman
Samsudeen-Ketua
Penerangan DPPWP