|
formmail.to: umnoreform
From_Email: ROBERT@PACIFIC.COM
From_Name: ROBERT - GAJAH BERANG MELAKA
Subjek: Request for Proposal
Pesanan: Umum mengetahui bahawa di Melaka masih terdapat
keturunan Baba dan Nyonya yang masih mengekalkan adat istiadat
warisan Cina + Melayu sehingga kehari ini . Jika di ukur dari
zaman kesultanan Melaka Sehingga kini , setelah ratusan tahun
budaya dan adat istiadat cina masih kukuh di amalkan.
Saya ingin bertanya adakah Hang Tuah yang dikatakan berasal dari
keturunan Cina itu dikecualikan dari proses asimilasi selama
ratusan tahun dimana selepas keturunan ketiga tiba tiba Tuah
menjadi Melayu sepenuhnya ?
Jika benar Hang Tuah dari keturunan PENGIKUT /PEMBESAR Puteri
Hang Li Po , tidakkah tercatat di dalam Chinese Annal yang
menyebut terdapat Keturunan Cina yang telah menjawat jawatan
penting di dalam Kesultanan Melaka samada oleh Laksamana Cheng
Ho atau Pun Portugis ?
Hakikat bahawa hipothesis ini hanya didasarkan kepada Nama Hang
Tuah = Hang Too Wah adalah satu kajian dangkal dan Hypothesis
ini boleh dikelaskan sebagai Hypothesis Null.
Bila sebenarnya Kubur Hang Tuah di Gali dan siapakah ahli
forensic yang terlibat ? Jika benar kita boleh mendapatkan
bantuan kepakaran untuk pembinaan semula wajah Hang Tuah .
Perkara yang sama pernah dilakukan kepada King Tut di Mesir
setelah hampir 5000 tahun.
Tidak cukup dengan itu wujud konspirasi untuk memutarbelitkan
sejarah dengan mendakwa Hang Tuah sebagai berbangsa Cina dan
mewajarkan kedatangan Cina ke Tanah Melayu. Perlu di Ingat
keturunan Cina yang datang bersama sama dengan Puteri Hang Li Po
adalah telah berasimilasi dengan masyarakat tempatan dan bukan
dari keturunan Cina yang datang sebagai Pelombong Cina yang di
ketuai oleh Kapitan Yap Ah Loy.
Kependekaran Hang Tuah nampaknya turut dikagumi oleh Bangsa lain
sehingga ada yang sanggup mengaku beliau dari keturunan Cina
diatas tiket untuk menumpang populariti.
Cukuplah kalau dikatakan bahawa P-Value daripada kajian jelas
menolak Hypothesis yang mengatakan Hang Tuah sebai berbangsa
Cina.
Saya tidak fikir orang Cina sebegitu Bangkrap sampai sanggup
untuk mengaku Hang Tuah sebagai Cina.
Robert -Gajah Berang Melaka. ( Keturunan Baba dan Nyonya)
|