BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar


raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>
ZAKAT SEBAGAI SENJATA BARU KERAJAAN
Oleh: RJ

Berjaga-jaga dengan satu lagi agenda kerajaan. Kerajaan akan mengenakan rakyat dengan kutipan zakat yang diwajibkan keatas orang Islam. Menurut akhbar hari ini, Penjara dan Denda akan dikenakan kepada mereka yang tidak menunaikan zakat.

Kutipan yang dilakukan tanpa ada bantahan dari rakyat kerana ia merupakan Rukun Islam. Dan rakyat akan keliru dengan arahan baru mereka ini. Takut untuk tidak bersetuju, kerana ia wajib dilakukan oleh umat Islam.

Persoalannya disini, KEMANA IA AKAN DIBELANJAKAN. Adakah kepada SCOMI, kepada NAZA, kepada MAS dan kepada syarikat kroni mereka? Penulis malas untuk memberikan komen kerana sudah meluat SESANGATLAH dengan kerajaan UMNO ini. Selama ini mereka sememangnya cemburu dengan sifat amal jariah umat Islam, menyumbang kepada rumah anak yatim, anak cacat, rumah orang tua dan sebagainya. Mereka mahu juga wang zakat kerana biar mereka yang membantu, apa yang perlu dilakukan kepada rakyat adalah memberikan mereka wang dan jangan persoalkan kepada siapa mereka mahu Bantu.

Jelas disini bahawa, kerajaan tidak mahu rakyat membuat amal dan amal jariah adalah tugas mereka. Banyak cantik muka dia?

Mereka tidak cukup dengan wang cukai pendapatan, cukai perniagaan, cukai kenderaan, cukai jalan, tol, cukai barangan, wang LUTH (lembaga urusan tabung haji), PETRONAS, MAS, wang MARA, kini mereka beralih ke satu lagi lubuk wang milik umat Islam, yakni WANG ZAKAT.

Penulis terlalu meluat kepada KERAJAAN UMNO kerana hanya MASUK ISLAM untuk mengutip wang zakat sedangkan HUKUM ISLAM yang lainnya tidak dipraktikkan langsung.  Mana ada gula disitu ada lah semutnya. Semut yang bermukakan khinzir. Berikan pendapat anda, sejauh mana ISLAM nya kerajaan Malaysia dalam mengendalikan wang zakat.

 Sekian dan wassalam.




 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762