|
From: raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>
oleh: RJ
Kenaikan minyak sebanyak RM0.30 ke atas semua 3 jenis bahan api
adalah keputusan kerajaan yang amat bangang. Tiada yang lebih
bangang dari yang bangang-bangang belaka. Keputusan yang dibuat
tanpa persetujuan Parlimen atau rakyat. Mungkin pada menteri,
rakyat sudah lama mati atau sudah lama pekak dan tuli, maka
keputusan ditangan mereka, untuk meletak rakyat pada syurga atau
neraka.
1. KEPUTUSAN TERGESA-GESA
Kesamaan dalam peningkatan harga 3 bahan api tersebut
menunjukkan bahawa kerajaan membuat keputusan tergesa-gesa
sebagai langkah untuk meneruskan projek-projek kerajaan yang
terbengkalai dan membantu syarikat suku-sakat seperti yang
pernah dilakukan oleh bekas PM Malaysia, Mahathir Karakutik pada
tahun 1998 dahulu.
Ini jelas berlaku lagi sekali apabila MAS cuba untuk memohon
bantuan kerajaan sebanyak RM4 billion akibat kerugian
berjuta-juta ringgit dan jumlah tersebut secara tidak sengaja
menyamai jumlah pemotongan subsidi minyak. Kerugian MAS yang
berpunca dari pelbagai aspek dan sebab, namun yang jelas rakyat
di tipu dengan membesarkan isu pembelian hanya 2 lukisan.
Namun isu sebenar ditutup dengan penubuhan suruhanjaya yang
langsung tidak berjaya dalam memberi ketelusan dalam menjelaskan
hasil siasatan mereka.
Disamping itu, banyak projek kerajaan yang terbengkalai dan
tidak kurang juga projek yang perlu dibaik pulih akibat kualiti
projek yang memalukan seperti projek Jambatan Goyang Samy Vellu.
Kerajaan sudah belanjakan wang dan kini kerajaan perlu membaiki
kualiti jejantas tersebut, malangnya wang tersebut adalah milik
rakyat. Rakyat yang sepatutnya dibela dan
masih menunggu untuk dibela.
2. SUSULAN SEBELUM KENAIKAN
Sebelum kenaikan harga ini, kita mendengar pelbagai isu yang
merujuk kepada penyalahgunaan kuasa pemerintah. Strategi
kenaikan harga ini mungkin bertujuan menutup kesilapan dan
penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan ataupun ia merupakan mainan
ekonomi oleh seorang pakar.
Isu yang dimaksudkan adalah seperti, tuduhan rakyat terhadap
kerajaan dalam menyalahgunakan wang untuk mengatur perjumpaan
Mahathir dan BUSH dan didalangi oleh agen ISRAEL. Kes Moorthi
yang menjadi perdebatan hangat antara Islam dan Hindu dan selain
dari itu, pelbagai kes penyalahgunaan kuasa KHAIRI dalam isu
pembelian syarikat yang melibatkan TEMASEK. Pendek kata semenjak
pemerintahan Pak Lah, banyak isu yang timbul untuk memberitahu
bahawa Pak Lah sebenarnya hanya layak menjadi Tok Siak di Masjid
Hadharinya. Tidak lebih dari itu. Itu pun kalau layak.
3. SIAPAKAH PERANCANGNYA?
Setelah berlakunya beberapa isu besar tersebut, maka kita
mendengar bahawa adanya perjumpaan antara 3 pengkhianat, yakni
Pak Lah, Najib dan Mahathir. Tidak sampai seminggu selepas
perjumpaan tersebut, Pak Lah menaikkan harga bahan api. Ramai
ahli fikir dapat merasakan bahawa, segala perancangan kenaikan
harga ada bersangkut paut dengan bekas PM.
Walaupun ianya hanya sekadar spekulasi, namun dengan kemampuan
Mahathir, adalah mustahil sehahihan perkara ini. Sejarah
sememangnya sudah tahu akan kebijaksanaan Mahathir dalam
mengatur dan menggunakan orang dalam menjalankan strategi
lakhnatnya. Pak Lah yang dilantik atas dasar kesihan terpaksa
menurut segala arahan demi untuk menjaga periuk nasi dia dan
keluarganya.
Tambah-tambah lagi kenaikan harga bahan api ini melibatkan
PETRONAS yang ternyata milik Mahathir dan bukan milik Negara dan
rakyat seperti yang sentiasa disebut oleh ahli-ahli politik.
Cemuhan Mahathir kepada Pak Lah adalah semata-mata lakunan yang
sering dilakukan Mahathir ketika menjadi PM dahulu. Dicemuh
ISRAEL, dicemuh BUSH tetapi hakikatnya mereka masih berkawan dan
berhubungan sehingga kini.
4. APA JADI PADA EKONOMI?
Berikutan dengan kenaikan harga bahan api, Pak Lah menjelaskan
bahawa pemotongan subsidi tersebut dibuat untuk meneruskan
pembangunan Negara (alasan Mahathir dulu). Wang tersebut akan
digunakan untuk meneruskan kontrak yang terbengkalai.
Dalam masa yang sama pelbagai masalah timbul seperti meneruskan
pembelian senjata dan kapal tempur, meneruskan PLKN walaupun
ternyata membazir, bantuan terhadap MAS dan pelbagai lagi.
Malangnya untuk membantu syarikat-syarikat kroni, banyak
syarikat persendirian yang bakal menerima nasib yang buruk.
Larangan dibuat kepada rakyat untuk menaikkan harga
barangan dan perkhidmatan. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan
sentiasa menjaga periuk nasi mereka sedangkan rakyat terus akan
menderita jika tidak di hentikan.
Mengelak dari hentaman dan desakan rakyat, maka beliau
mengarahkan Shafie Apdal untuk memberitahu kepada rakyat
bahawa, segala barangan dilarang naik harga. Pelbagai kaedah
sekatan dan pemantaun digunakan tetapi segala perancangan akan
hancur dan gagal. Jangkaan ini adalah merujuk kepada situasi
kenaikan harga minyak pada tahun lepas. Dimana janji yang sama
juga diberi tetapi ternyata barangan terus naik harga, walaupun
secawan the tarik dan sekeping roti canai.
Kerajaan juga nampaknya turut menyalahkan perkhidmatan bas di
Kuala Lumpur bagi memesongkan fokus rakyat terhadap kesalahan
yang mereka buat. Dengan ini, rakyat diharap agar menyalahkan
tawkey-tawkey bas yang pada hakikatnya juga menerima nasib yang
sama seperti rakyat lain akibat kenaikan harga.
Dalam melarang kenaikan tambang, MARA Diberi keistimewaan untuk
mengambil alih segala perkhidmatan degil menurut arahan kerajaan.
Proses ini akan merugikan syarikat bas sekarang dan dalam masa
yang sama seolah-olah memaksa syarikat tersebut gulung tikar dan
akhirnya asset dan perniagaan mereka terpaksa dijual kepada MARA
untuk terus hidup.
Seperti kebiasaan, MARA yang bakal menerima durian runtuh akan
menurut segala perintah kerajaan. Nescaya pada tempoh masa
terdekat, kerajaan akan menukar strategi untuk bersetuju dengan
tambang baru, bagi memberikan UPAH kepada MARA kerana bantuan
mereka dalam membantu menyakinkan rakyat. Cuma masa dan ketika
akan menentukannya. Adakah adil apabila kerajaan menaikkan harga
minyak sewenang-wenangnya manakala syarikat bas yang turut
menaikkan harga menerima ugutan penarikan permit dan membatalkan
segala bentuk bantuan kerajaan yang diterima. Pendek kata
KERAJAAN BOLEH BUAT APA SAJA, sedangkan pihak lain dilarang
melakukan perkara yang sama? Akibatnya...tindakan undang-undang.
AMPUN TUANKU
5. APA JADI PADA EKONOMI?
Strategi kerajaan dalam menaikkan harga bahan mentah dikatakan
langkah-langkah untuk mengekang inflasi dan kejatuhan ekonomi
Malaysia. Langkah ini adalah merupakan langkah yang tidak
seimbang dan mempunyai muslihat disebaliknya. Ini adalah kerana,
untuk mengelakkan kejatuhan ekonomi, kerajaan sepatutnya
menjalankan beberapa kaedah sekali gus.
Langkah yang diambil kerajaan adalah lebih merujuk kepada
penjagaan syarikat kroni sahaja. Ini terbukti apabila, Pak Lah
memberi focus kepada pembangunan. Kaedah penting lain yang
sepatut dilakukan adalah seperti menurunkan faedah bank dan
memperseimbangkan pembangunan dan pengagihan projek.
Pengagihan projek yang sama rata tidak pernah berlaku, walaupun
ketika Mahathir memerintah. Kaedah ini bermaksud untuk
melibatkan lebih ramai kontraktror dan usahawan dalam meneruskan
pembangunan. Sebagai contohnya: Keuntungan RM10,000 sepatutnya
dirasai oleh 10 orang kontraktor. Maka mereka akan membelanjakan
wang tersebut secara keseluruhan dan kurang membuat simpanan,
kerana jumlahnya kecil. Masalahnya sekarang, kerajaan hanya
memberi keuntungan bernilai RM10,000 hanya kepada seorang. Maka
seorang itu akan menyimpan wang sekurang-kurangnya RM5,000 dan
selebihnya sahaja yang akan dibelanjakan. Maka dengan
penyimpanan wang tersebut akan membantut perkembangan ekonomi.
Tambah-tambah lagi dengan faedah yang masih tinggi dan tidak
dikurangkan, ia menggalakkan seseorang peniaga ini menyimpan
wang kerana faedah yang tinggi. Pengekalan faedah tidak disentuh
oleh Pak Lah kerana, kroni dan sahabat-sahabat banyak menyimpan
wang dan jika faedah diturunkan, mereka akan rugi.
Selain dari itu, dengan faedah yang kekal tinggi akan
mengurangkan jumlah mereka yang ingin berhutang kerana
pembayaran balik adalah tinggi berpandu kepada faedah yang tidak
diturunkan. Dengan itu, bank tidak dapat menjana pendapatan
akibat pengurang pinjaman yang dibuat.
6. KESIMPULAN
Langkah kenaikan harga bahan api tidak akan membantu memulihkan
ekonomi tanpa selarikan dengan kaedah lain. Strategi ini hanya
lah untuk kepentingan mereka. Ini semua adalah MUSLIHAT BELAKA.
Bantuan kerajaan hanya diberikan kepada suku-sakat mereka dan
kelak perbezaan kekayaan akan dapat dilihat di Malaysia sedikit
masa lagi. Contoh yang terbaik untuk diperhatikan adalah di
Indonesia dan India dimana, peratus orang berada adalah amat
sedikit jika dibandingkan dengan jumlah rakyat yang miskin.
Walaupun purata pendapatan perkapita meningkat, tetapi
hakikatnya rakyat masih menderita manakala, kroni dan keluarga
kerajaan akan menjadi orang kaya yang
menggunakan kekayaan mereka sehingga 7 keturunan.
Oleh itu, sebelum tergadainya negara Malaysia, adalah lebih baik
rakyat memikir dan membantu sesama rakyat dalam menjatuhkan
kerajaan yang sedia ada. Mereka sudah memerintah selama 50 tahun,
tetapi rakyat terutamanya bangsa Melayu tidak mencapai kejayaan
seperti yang dirancang. 50 tahun bukan sekejap.
Negara Cina yang jauh lebih ramai rakyat dan menggunakan sistem
pemerintahan Komunis jauh lebih maju dan kini jauh meninggalkan
kita. Kerana apa? Kerana rakyat Malaysia mudah tunduk dan mudah
angguk. Kerana RM200, hilang harga diri, hilang maruah bangsa,
hilang pegangan agama. Nilai diri kita hanya bernilai sepasang
selipar jepun isteri menteri. Letak hanya ditapak kaki untuk
pergi ke tandas bagi tujuan mencuci...
Kita mempunyai hasil bumi yang tidak ternilai jumlahnya. Semua
ini mencukupi untuk kita hidup dan mewariskannya kepada anak dan
cucu. Apa akan jadi sekiranya tanah yang ditinggalkan kering dan
kontang? Hasil bumi akan bertukar menjadi wang dan wang akan
keluar negara untuk dilarikan.
Tidak mustahil, rakyat Malaysia terpaksa meminta-minta di negara
orang seperti yang berlaku kepada rakyat Filiphina. Kebangkitan
rakyat Filipina terlalu lewat, sehingga memberi kesempatan untuk
MARCOS merompak dan membawanya keluar untuk dibelanjakan hanya
oleh sebuah keluarga. Sedangkan rakyat terpaksa meminta-minta
rezeki sehingga keseluruh dunia hanya sebagai orang gaji yang
dihina, diherdik, diarah dan kerap juga dicabul kehormatannya.
Jangan bimbang, ini akan berlaku kepada kita, anak dan cucu kita,
insyaAllah.
Inikah yang kita mahu? Ini kah yang UMNO mahu? Apa kah usaha
kita untuk menjatuhkan kerajaan ala MARCOS ini? Sanggupkah kita
membiarkan anak cucu kita dihina oleh bangsa asing dan
warganegara asing seperti kita menghina rakyat Indonesia yang
datang mencari rezeki di Malaysia?
Manusia jenis apa kah kita ini? Usah dipertikai sikap UMNO
kerana UMNO bukan lagi manusia? Mereka adalah binatang yang
tidak ada belas dan tidak ada ehsan. Segala kemajuan adalah
untuk mereka dan yang ditinggalkan kepada rakyat hanya lah
jalanraya yang perlu dibayar tol, letrik yang perlu dibayar bil,
rumah murah yang perlu dibayar cukai pintu?
Kerajaan menggunakan wang rakyat untuk membina kemajuan yang
bakal dibayar oleh rakyat. Mereka hidup kaya raya, rumah kita
hanya bernilai sekeping pintu gerbang salah sebuah kediaman
mereka. Banyak yang kita tidak tahu kerana kita tidak tidak
menghampiri mereka. Tidak dibenarkan mendekati mereka. Apa yang
mereka ada, tidak pernah didedahkan. Cukup sekadar dinilai
dengan emas, permata, kenderaan dan pakaian mereka ketika di
kaca TV.
Sekiranya anak dan cucu kita merempat, lantas jangan salahkan
kerajaan. Ia adalah salah anda kerana ketika rakyat berkumpul
membantah, anda lebih mementingkan diri anda. Duduk dirumah,
dipejabat, dikedai kopi dan menunggu berita sambil berharap.
Akuilah... Anda sayangkan masa anda tetapi anda korbankan masa
depan anak dan cucu anda.
Kalau ditanya, jangan salahkan kerajaan, yang salah adalah ANDA
!!!
|