|
raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: PROWARIS alat politik dalaman BN. Jangan terpedaya !!!
oleh: RJ
Sudah menjadi kebudayaan dan adat di dalam UMNO, bercakaran
dengan pembangkang dan juga teman. Muka tersenyum tapi dendam
tak padam. Begitulah sikap ahli politik UMNO yang semakin teruk
sejak kepimpinan Mahathir yang lepas. Mengejar kuasa sehingga
buta mata memilih mangsa. Kuasa yang memberikan kemewahan pada
mereka yang menanggap umur boleh mencecah ribuan.
Jika dahulu kredibiliti dan daya fikir yang tinggi akan
meletakkan mereka ke jawatan tertinggi, tetapi kini dengan
adanya kuasa wang, pelbagai kaedah digunakan, pokoknya teman
mereka tumbang dan mereka ganti memegang jawatan.
Dalam bantahan rakyat kepada Menteri Kerja Raya (samy vellu),
pemimpin dalaman BN juga mengatur strategi untuk menjatuhkan
menteri tersebut, yang sudah lama memegang jawatan yang sama
tanpap pernah digugat oleh parti dalaman. Seluruh rakyat, baik
Melayu, Cina dan India, boleh menganggarkan sejauh mana kekayaan
Samy Vellu yang diperolehinya sejak beliau menjadi menteri.
Tetapi kerana eratnya Mahathir dengan menteri berkenaan, dendam
dipendam sehinggalah Mahathir meletakkan jawatan. Selepas Pak
Lah mula memerintah, maka terbukalah pintu yang luas untuk cuba
mencabar menteri yang sudah tua.
Di dalam kebinet terbaru kerajaan, 3 orang menteri yang paling
teruk diberikan tekanan. Mereka adalah Rafidah Aziz, Khir Toyo
dan Samy Vellu. Isu AP yang panas sebelum ini, berjaya diredakan
oleh Rafidah dengan bantuan Menteri-menteri yang lain. Ini
adalah kerana mengikut Pak Lah, tanggung-jawab Rafidah amatlah
besar. Dengan pengalaman dan hubungan yang lama terjalin
diantara beliau dan pemimpin luar Negara, mungkin Pak Lah
beranggapan bahawa tiada lah individu yang layak selain dari
Rafidah.
Berlainan dengan situasi Khir Toyo. Beliau lebih berdiam diri,
tidak membalas dan melatah kerana beliau tahu, menjawab bukan
lah boleh terjawab. Jawapan akan menjadi alat untuk digunakan
untuk persalan yang selanjutnya. Tidak akan henti dan tidak akan
puas, selagi dilayan selagi itu lah peperangan. Maka mendiamkan
diri adalah lebih baik dari sebok bercakap. Akhirnya media pun
senyap, tidak seaktif dulu menghentam dan menyerang.
Tetapi bagaimana pula dengan Samy Vellu? Tugas Samy Vellu adalah
diantara tugas yang mampu dibuat oleh sebilangan Menteri yang
ada. Dengan kejatuhan Samy Velllu kelak, maka tugas itu akan
cuba diambil oleh mereka yang sudah lama menjalankan serangan
senyapini.
PROWARIS, nama yang agak baru, mula menunjukkan
taring. Mereka bukan dari golongan pembangkang. Mengikut bentuk
pakaian dan cara mereka berdepan dengan media, jelas menunjukkan
mereka ini penyokong kerajaan, lapisan ke 2. dalam membuat
perancangan.
Kononnya master mind. Dengan siapakah agaknya mereka ini
bersekongkol?
Jika dilihat dari umur dan ketrampilan, maka sesuailah jika
dikatakan bahawa mungkin Khairi Jamaludin (menantu PAK LAH)
terbabit dalam penubuhan PROWARIS. Dengan pelbagai projek sejak
akhir-akhir ini, sikap tamak dan haloba mungkin memaksa beliau
menggunakan PROWARIS sebagai jentera untuk menambahkan lagi
nilai kekayaan dan jumlah perniagaan. Tidak diketahui sebenarnya,
siapakah jentera kepada siapa.
Keakraban mereka dengan golongan ahli Politik menunjukkan bahawa
PROWARIS sebenarnya adalah merupakan tidak lebih dari hanya
suatu alat yang cuba untuk menjalankan pendedahan dalam bagi
merebut jawatan. Dalam banyak isu yang kini berlaku, PROWARIS
lebih memfokuskan kepada projek MRR2, yang menjadi baby kepada
Samy Vellu. Pendedahan demi pendedahan
yang dilakukan untuk mencari aib bagi mengukuhkan syarat untuk
menjatuhkan kedudukan si Samy Jambatan Goyang. Tetapi adakah
Samy boleh digoyangkan? Ini terserah kepada keupayaan mereka.
PROWARIS di dominasi oleh anak muda Bangsa Melayu, yang baru
belajar untuk bermain api. Menjalankan tugas bagi kepentingan
politik. Sedangkan Samy Vellu sudah nyata berpengalaman
disamping mempunyai pertalian yang hebat dengan kepimpinan.
Semua kesalahan dan rahsia pemimpin ada di tangan Samy Vellu.
Ini mungkin akan mejadi alat nombor satu untuk mengelakkan
beliau turun kuasa. You scratch my back, I scratch your back.
Jawapannya yang menyakitkan hati dalam setiap temubual, bukan
lah menjadi jawapan kepada soalan yang diajukan, tetapi lebih
kepada jawapan yang melahirkan rasa bengangnya kepada seseorang.
Jawapan sambil lewa beliau sering disalah ertikan. Beliau bukan
bodoh tetapi jika menurut pakar, cukup sekadar lenggok badan
Samy Vellu ketika menjawab, jelas menunjukkan ia
sebenarnya ugutan dan sindiran. Mungkin jauh di dalam hatinya,
beliau mencabar, Kalau kamu hebat, jatuhkan lah aku. Siapa yang
makan cili pasti terasa pedasnya dalam setiap sindiran beliau.
Sindiran bukan kepada rakyat, tetapi kepada mereka yang cuba
bermain api.
Maka sehingga hari ini PROWARIS asyik dengan lawatan dan
pantauan yang mereka buat terhadap proses membaik pulih jejantas
MRR2 tersebut. Kesudahannya masih menjadi tanda tanya. Apa yang
pelek, pada setiap lawatan, akan adanya media yang membuat
lapuran. Layanan yang mereka terima tidak seperti layanan yang
diterima jika lawatan dibuat oleh Abdul Hadi dan Hassan Ali.
Media membontoti, seolah-olah mereka ini mempunyai satu tujuan
dan satu matlamat.
Dengan pembabitan media prima dalam mensensasikan berita MRR2,
semakin jelaslah bahawa ia adalah satu agenda politik sesorang
yang terus mencuba untuk menjatuhkan ahli politik yang lain.
Apabila sebut sahaja Media Prima (TV3), Khir Toyo adalah invidu
yang turut menjadi mangsa. Disini kita melihat bangsa digunakan
untuk perbalahan. PROWARIS menyerang Samy
Vellu dan Karam Singh menyerang Khir Toyo. 2 agenda 1 matlamat.
Kenapa? Cuba fikirkan.
Dimana ada gula, disitulah ada semutnya. Maka kedudukan Khir
Toyo yang jelas berada di tampuk pemerintahan negeri yang paling
maju, menjadikan sesiapa sahaja meleleh air liur lantas
menghidupkan api cemburu dikalangan ahli politik BN. Mereka pun
dapat melihat. Di Selangor banyak projek dan banyak peruntukan,
berpandu kepada jumlah penduduk dan sumbangan ekonomi. Tetapi
malangnya peluang yang ada, tidak boleh ditumpang. Maka hati
menjadi bengang, teman-teman isytihar perang.
Untuk PROWARIS menukar fokus, mungkin agak tergesa-gesa.
Memandangkan usaha menjatuhkan MRR2 masih belum nampak kejayaan,
masakan mereka boleh memperolehi lampu hijau untuk melakukan
satu lagi serangan. Masing-masing ada tanggung-jawab
masing-masing. Kata orang putih, JOB DELEGATION. Gamaq er la (loghat
perak)
Dalam diam, ada dendam, dalam dendam ada perancangan dan dalam
perancangan ada habuan. Maka itu lah perjuangan PROWARIS.
Berjuang bermatian menegakkan kebenaran, dan berakhir dengan
upah dan habuan dari pihak yang menang. Jika PROWARIS berjaya
menjatuhkan Samy Vellu, mungkin kita akan melihat lebih ramai
lagi ahli politik veteran yang bakal tumbang. Tetapi malangnya
Samy Jambatan Goyang, bukan lah segoyang jambatannya. Silap
tentang, PROWARIS yang kecundang.
Disini jelas, bahawa di dalam politik ada politik. Di dalam
berkawan ada lawan. UMNO dan BN dipenuhi dengan dendam kesumat.
Dalam mereka bersepakatan, sebenarnya mereka berlawanan.
Berlawan untuk mendapatkan habuan yang lebih besar. Maka sejauh
mana kreatifnya ahli politik dalam mencipta senjata untuk
peperangan serba sedikit menentukan kejayaan individu politik BN.
Memang amat jelas, jika merujuk kepada jalinan jalanraya dan
pembangunan yang tiada penghujungnya, menjadikan Samy Vellu,
sebagai sasaran pertama. Malah dengan berbangsakan India,
mungkin pada PROWARIS, ia mudah diserang kerana disaat-saat
tertentu isu bangsa boleh memberi sedikit bantuan. Namun dengan
terdedahnya sedikit demi sedikit sejarah penubuhan PROWARIS,
mungkin rakyat tidak berminat untuk bersama mereka. Kecuali
anak-anak muda yang cuba untuk mencuba nasib berpolitik,
maklumlah untuk menyertai Akademi Fantasi tidak layak kerana
suara sudah seperti katak, rupa sudah seperti pontianak. Maka
tiadalah jalan lain kecuali menyertai PROWARIS, pelapis ke-2
politik alaf baru.
Mari kita lihat badut-badut bergaduhan sesama sendiri.
Api-apikan mereka dan lihat sejauh mana, mereka boleh menipu
rakyat. Bertopengkan kebenaran, tetapi penuh dengan tujuan.
Muslihat di sorok, menggunakan BANGSA, mereka berkokok. Biar
PROWARIS terjun dengan perancang-perancangnya. Melayu sudah
tidak mudah ditipu seperti dahulu. Jika untuk membongkar
keburukan seseorang pemimpin, sudah cukup rakyat dengan PAS,
SUHAKAM dan KEADILAN. Tidak perlu lagi PROWARIS yang
berlagak seperti pejuang tetapi bila ditentang, larinya lintang
pukang. Kerana perancangan ada tujuan dan dalam tujuan adalah
muslihat yang tersimpan.
Tunggu masa untuk didedah. Berjaya atau tidak? Kita tunggu dan
lihat.
|