BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar


raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>
Subject: PESAKIT STROK MERANA

Petaling Jaya, 22 Mac ? Seorang pesakit dari Shah Alam yang mengalami strok diarahkan pulang setelah pihak hospital memberikan ubat-ubatan untuk menahan sakit dan beliau diminta datang semula ke hospital berkenaan, pada bulan May akibat ketiadaan doktor pakar.

Pesakit tersebut yang berasal dari seksyen 19, Shah Alam, dihantar ke HOSPITAL UNIVERSITI, Petaling Jaya pada pagi ini dengan bantuan jiran terdekat. Beliau diserang strok pada pagi yang sama dan terpaksa menunggu jiran untuk dihantar ke hospital dan perjalanannya memakan masa selama 45 minit akibat keadaan lalu lintas yang sebok. Beliau menunggu hampir 1 jam dan kemudian diberitahu oleh seorang jururawat bahawa beliau terpaksa datang semula dalam tempoh 1 bulan setengah akan datang.

Beginilah agaknya kehebatan kerajaan yang asyik menggunakan wang rakyat kepada jalan yang bukan-bukan. Akibatnya rakyat tetap dengan keadaan hidup yang susah, malah akhir-akhir ini bertambah susah. Dalam sebok kerajaan mengatakan bahawa kualiti perubatan Negara sudah maju, tetapi ini lah hakikatnya.

Menteri-menteri juga sebok memberikan penipuan yang serupa, malangnya mereka sendiri tidak mempercayai sistem perubatan Malaysia dan berubat dengan pakar-pakar di hospital-hospital antarabangsa. Tidak hairan juga, ramai dikalangan menteri dan kakitangan kerajaan yang berpangkat menghantar keluarga mereka ke hospital luar Negara.

Beginilah nasib rakyat, menggunakan perkhidmatan hospital yang murah dan berhadapan dengan ketiadaan pakar dan doktor. Perkara ini sudah berlaku sejak beberapa tahun yang lepas lagi. Biar menteri bertukar, kabinet berubah tetapi kualiti hospital bukan maju tetapi bertambah mundur, untuk dikongsi dikalangan rakyat yang berpendapatan rendah.

Malangnya rakyat sendiri tidak sedar dan sengaja membutakan mata dan mudah tertipu oleh dakyah kerayaan dalam menyatakan TIADA KERAJAAN LAIN yang boleh memerintah kecuali UMNO. Kerajaan yang ternyata CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG dalam menipu dan memperbodohkan rakyat yang sememangnya bodoh - RJ




 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762