|
raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: PERJUANGAN MELAYU, PERJUANGAN IKAN TONGKOL.
Date: Mon 04/03/06 04:26 AM
Sejak British datang ke Tanah Melayu, Melayu berjuang. Tidak
pernah menang. Pahlawan lari meninggalkan perang. Pejuang
dipenjara hanya kerana tulisan. Apabila merdeka, Melayu ingat
melayu menang. Tapi sebenarnya bukan Melayu yang gagah. Cara
hidup, cara berhiburan, cara menyambut hari jadi dan cara
anak-anak berbicara. HAPPY VALENTINE, HAPPY BIRTHDAY dan HAPPY
HALLOWEEN!!!
British memerintah dengan sistem pecah dan perintah. Maka
berbalahlah 3 bangsa dalam satu Negara. Melayu, Cina dan India.
Bangsa Melayu sejak dahulu ditipu dengan pelbagai pakar cerdik
pandai Eropah untuk terus hidup seperti sekarang, berbalah
sesama sendiri. Melayu telah lama hilang identiti. Identiti pada
bangsa yang sepatutnya tidak ujud. Maka diseru sicerdik pandai,
dari Professor sampai lah sebijak keldai. Beratus dijemput
tetapi semuanya cerita karut. Salah dapat dikesan, tapi masih
tiada jalan. Jalan menuju kejayaan dan jalan menuju kemakmuran.
Melayu masih disitu, pemimpin kata Melayu mudah lupa, perlu
subsidi, perlu bantuan. Bantuan yang tidak pernah dirasa dan
bantuan tidak pernah berjaya diminta.
British tidak takut pada Melayu. British kata Melayu "very
friendly". Baik di Malaysia atau pun di merata dunia. Petik jari
untuk dikalahkan. Sedikit ugut, Melayu lari kecut perut. Nazri
guna kaedah yang sama, bawa isu demonstrasi ke Parlimen, KLCC
kembali aman tenteram. Yang bising jadi diam, yang marah kena
siram. Cina ketawa lah lagi.
British tidak takut Melayu, kerana British takutkan Islam. Islam
yang selama ini jarang kecundang dalam mana-mana perjuangan.
British takut Islam jadi penghalang, maka UMNO ditubuhkan.
Tertubuhnya UMNO kononnya untuk berjuang, tidak sedar Negara
sudah pecah 3 kumpulan. Kehidupan yang aman bertukar perang.
Melayu berpecah 2 kumpulan. PAS dan UMNO. Pas kata UMNO salah
dan UMNO kata PAS tipu. Bangsa Melayu Islam terikut-ikut rentak
dan tidak bersatu, kini berpuak-puak. Sejak dahulu sehingga
sekarang tidak pernah ada kesedaran bahawa Melayu sedang
dipermainkan. Berbalah kerana politik, berbalah pasal kebenaran.
Demokrasi mahu kita berbalah, berasuah, bermusuh pada saudara,
bergaduh sesama bangsa . Akhirnya apa yang kita lihat? Melayu
yang bedemo, Melayu yang memukul, Menteri Melayu yang marah,
Melayu yang ditangkap. Yang bodoh tetap Melayu. Kalau kuda boleh
berkata, kalau anjing boleh bersuara. Tentu mereka kata,
bodohnya manusia. Ada otak tapi tidak bijak, ada akal macam
keldai.
Para cerdik pandai, asyik mencari idea. Menyalahkan sini dan
sana. Idea bagaimana hendak satukan bangsa. Masing masing tunjuk
hebat, ada yang macam Hang Tuah dan ada yang macam Hang Jebat.
Tidak sedar Melayu semakin merempat. Hilang tanah, nak tidur pun
tiada tempat. Kononnya rakyat tidak menurut perancangan, tetapi
sebenarnya ia mereka tidak pernah akui
kesilapan, kesilapan membuat perancangan sehingga Melayu
kekeliruan dan kebingungan.
Kita keliru dengan identiti. Cina kahwin Melayu, dipanggil apa?
Arab kahwin Melayu, kita panggil apa? Eropah kahwin Melayu, di
panggil apa? Mereka bukan lagi Melayu jati. Mereka Melayu campur.
Melayu seperti ABC, semakin cair. Akhirnya bertukar menjadi air.
Hilang semangat hilang perjuangan. Tidak tahu apa yang hendak
diperjuangkan. Ayah ku Mat Salleh, ibu ku Melayu. Bangsa apa
hendak diperjuangkan dan bangsa apa yang hendak ditentang?
Hendak bermusuh dengan Cina, takut Cina itu Islam. Hendak
bermusuh dengan India, takut India itu juga Islam.
Bagaimana Melayu hendak berdakyah. Sedangkan tujuan berubah-ubah.
Di depan mualaf, KITA MESTI BERJUANG UNTUK ISLAM, tetapi bila
berhadapan dengan Melayu, KITA MESTI BERJUANG UNTUK MELAYU?.
Keliru dan mengelirukan. Cina ketawakan lagi.
Bukankah mudah kalau kita ambil satu jalan. Jalan perjuangan
Islam. Biar berhadapan dengan apa jua bangsa. Kita satu bahasa,
satu tujuan dan satu matlamat. Untuk meneruskan perjuangan ke
atas ISLAM. Biar depan mualaf, biar depan Mat Salleh, biar depan
petani mahu pun jutawan. Dengan nama Islam kita berjuang.
Eropah takut Islam, kerana musuh yang ditentang ada diluar dan
ada didalam. Maka sebok lah Presidennya menyerang dan menyerang.
Kerana apa? Kerana bimbang akan kebangkitan Islam. Kerana
bimbang akan kebenaran cerita di dalam AL-Quran. Menjadi agenda
pemerintahan Eropah, walau Presiden bertukar rupa, walau Perdana
Menteri bertukar nama, Islam tetap ditentang. Sejak dahulu
sehingga kini, Islam tidak pernah dipandang sepi. Terus
dimusnahkan dari akar ke umbi.
Eropah tidak bercerita tentang bangsa Melayu kerana bangsa
Melayu hanya seciput dan sejemput. Sejemput yang hanya perlu
dihembus untuk dihapus. Seciput yang hanya perlu ditebar untuk
berserakan. Melayu tidak perlu ditentang kerana Melayu akan
ditentang dan diserang oleh bangsa Melayu sendiri. Tidak perlu
keluar modal, tidak perlu diberi bantuan kerana Melayu tahu
bagaimana untuk menjatuhkan Melayu. Atas hentam bawah, bawah
hentam kiri dan kiri hentam tengah.
Akhirnya Melayu termengah-mengah kerana yang dihentam adalah Pak
Ngah, Mak Ngah dan Cik Sapiah yang menjual ikan tongkol RM45
bersama kuah dan telur.
Eropah tahu bahawa, Islam sokongannya seluruh alam. Melayu juga
tahu jika perjuangan Islam, sokongan bukan sahaja dari Malaysia
malah dari Iran, Afghanistan, Eropah dan sebagainya. Tetapi,
"APO NAK DIKATO." Kerana Melayu suka berjuang, berjuang di
Malaysia, berteraskan Melayu dan berjuang diarena antarabangsa,
berteraskan Islam. Asyik berjuang sehinggakan Melayu tidak tahu
apa yang dijuangkan. Dunia berang jika Islam diserang. Adakah
dunia marah kalau Melayu dibogelkan? Untuk bersama mangsa, polis
itu melayu. Hendak bersama polis, mangsa itu pun melayu.
Bukan sejarah sahaja dapat membuktikan, malah Eropah sendiri
terpaksa akur bahawa banyak sejarah gemilangan dahulu kala,
hasil usaha umat Islam. Bermula dengan pemerintahan Khalifah
sehingga lah pemerintahan Genghis Khan. Sedar tidak sedar,
banyak ilmu orang Islam yang diguna pakai, baik pada bank, pada
perniagaan, matematik, pada sains dan kaji bintang. Ini lah
sejarah Islam. Perjuangan yang sudah ada sejak azali. Jalan
sudah lama diturap, tapi orang Melayu bina jalan baru. Sedangkan
tujuan nya sama, untuk memertabatkan Islam dan Melayu.
Bersetujulah bahawa, sebenarnya kita sudah silap berjuang,
perjuangan yang melintang-liuk. Berjuang pada perkara kita
sendiri tidak pasti. Kita hanya perlu mengukuh dan membina
kesinambungan perjuangan dan buktikan bahawa kita benar-benar
pejuang Islam.
Mengakulah bahawa sebenarnya kita sendiri takutkan Islam. Takut
kerana selama ini kita langgar semua hukum hakam. Melayu takut
dipotong tangan kerana biasa mencuri wang rakyat, Melayu takut
disula kerana biasa bersetubuhan haram, Melayu takut direjam
kerana biasa berzina, Melayu takut dibunuh kerana suku sakat
sudah ramai yang murtad. Maka dengan sendirinya kita lari dari
Islam dan berjuang untuk kononnya MELAYU.
Perjuangan yang tidak kenal halal dan haram. Perjuangan yang
tidak kenal pantang dan larang.
Apabila pemimpin bimbang akan hukuman, maka yang peliknya rakyat
pun ikut bersama, bersama terjun, bersama melolong, bersama
menjerit dan bersama melaung. Tidak sedar rakyat menjadi LABU
kepada Pemimpin. Apabila pemimpin sudah mendapat LABU, maka
terjun lah si LUNCAI.Tenggelam timbullah LABU untuk memastikan
LUNCAI boleh bernafas dan boleh terus merampas, boleh terus
memerintah.
Kita perlu sedar bahawa, kita terikut dengan permainan musuh.
Asyik dengan gelanggang yang sudah diatur. Kita tidak perlu
menyesal dan berundur, hanya kita perlu perbetulkan dan sedarkan
bahawa tidak perlu PAS, tidak perlu UMNO, yang perlu adalah
perjuangan yang menyatukan PAS dan UMNO. Bersatu bersama atas
nama ISLAM. Kelak Cina berhentilah ketawa.
Siapa yang menjadi pemimpin sudah pasti perlu bersih. Pemimpin
yang kaut harta, gila kuasa, lupa hukum dan agama akan sendiri
turun takhta. Tidak perlu berdemo.Tidak perlu sampai ke Parlimen.
Pemimpin yang bersyarat, pemimpin yang mengikut syariat.
Diakhirat tiada UMNO, tiada PAS dan tiada REPUBLIKAN. Yang ada
hanya kafir dan Islam yang semuanya dibogelkan. Kenapa kita
masih membuang masa, mengelirukan lagi yang sudah keliru,
membingungkan lagi yang sudah bingung. Kita perlu leraikan
persengketaan. Persengketaan akibat fahaman tentang perjuangan.
Persengketaan akibat gila kuasa dan gila harta.
Kalau masih ada parti yang pelbagai, maka akan adalah gila kuasa,
gila harta, rasuah, bunuh kawan dan sebagainya. Melayu tidak
akan maju. Kita bimbang akan istilah pejuangan untuk
dipergunakan.
Melayu akan berhenti berjuang apabila tiada Melayu lagi yang
hendak ditentang. Melayu akan berhenti berjuang apabila lihat
tanah air diambil orang. Tiada harta maka tiada modal untuk
berperang, lalu senyap dan lenyap bersendirian.
Perbetulkan isi dan tujuan perjuangan kerana Melayu tidak mahu
PERJUANGAN IKAN TONGKOL. Berjuang untuk jatuhkan Melayu sendiri.
"SAMPAI HATI." kata makcik Sapiyah.
|