|
raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: MAAF TERBUKA UNTUK PROWARIS
Alhamdullillah, lega rasa nya apabila adanya sekelompok insan di
kalangan rakyat Malaysia yang sanggup bersengkang mata, berbasah
kuyup, bertunggang-langgang, bermati-matian berkorban demi
bangsa Melayu yang terus kuyu dan layu.
MINTA MAAFLAH penulis kepada PROWARIS kerana buruk sangka. Bukan
senang berjuang diera baru, apabila kita sendiri tidak kenal
kaca dan permata. Kerana terlalu banyak lah kaca yang ingin jadi
permata. Lupa asal usul, lupa perjuangan apabila kemewahan
datang merentang ditengah jalan. Buta mata, buta hati, lupa diri
dan hilang akal. Kononnya perjuangan belum
selesai, tetapi sebenarnya harapan rakyat sudah lama berkecai.
Bersetujulah dengan PROWARIS adanya, terkilan akan bangsa Melayu
yang hanyak hanya bijak memberi komen sedangkan tiada usaha
dilakukan, seperti diri penulis sendiri.
Sebenar Penulis juga terkilan dengan bangsa Melayu yang
menjadikan Melayu sebagai batu loncatan. Menggunakan bangsa
untuk kejar kuasa dan kekayaan. Harapkan sokongan hanya ketika
mula, sudah berkuasa, orang dibawah tidak disapa. Bukan semua
Dato? berkhidmat kepada rakyat dan bukan semua Dato? yang kawin
artis. Perlu ada nama baru berjuang, perlu ada
gaji baru bertugas. Ada kerja ada gaji.
Akibatnya, ramai Melayu sudah putus asa. Putus harapan kerana
tiada siapa lagi yang boleh diharapkan. Berapa ramai pejuang
bertukar pengkhiant, demokrasi bertukar autokrasi dan Pemimpin
bertukar penyangak.
Fobia dengan keadaan dan ragu akan perjuangan, apabila sejarah
kerap kali berulang. Berapa ramai rakyat bangsa Melayu yang
kecewa? Tidak perlu berbicara tentang Melayu kerana musuh Melayu
adalah bangsa Melayu sendiri. Melayu dibawah harap Melayu di
atas. Akhirnya Melayu di atas membantu rakan dan taulan
sedangkan kuasa ada ditangan. Sehinggakan RM0.30 pun hendak
dilenyapkan.
Pelbagai usaha dibuat untuk mencapai satu tujuan. Umpama kisah
hidup pencari madu dihutan. Bijaknya lebah apabila bersarang
dipohon yang tinggi dan sukar untuk capai. Maka pencari madu
lebah terpaksa memanjat pokok yang berhampiran untuk mencapai
sarang. Walaupun mereka memanjat pokok yang berlainan, tetapi
niat mereka hanya satu, mencari MADU LEBAH. Dan begitu juga
dengan dunia politik. Manusia semakin bijak, pelbagai kaedah
digunakan untuk tujuan yang satu. Ini bukan sindiran, tetapi
sekadar pengalaman dan pandangan.
Beruntunglah nampaknya rakyat apabila ada PROWARIS.
Sekurang-kurangnya ada juga yang bimbang tentang nasib bangsa
dan bimbang nasib Negara. Maklum lah kebanyakan bangsa dah lupa
bangsa. Baik kiranya PROWARIS nasihatkan mereka.
Sekurang-kurangnya ada juga pejuang-pejuang bangsa yang masih
mampu berjuang seperti Mat Kilau dan Bahaman. Cuma masa berubah
dan kaedah berlainan. Yang menakutkan, banyak juga penasihat
yang berubah hasrat.
Oleh kerana PROWARIS pejuang bangsa dan Negara, maka berharap
sangat lah rakyat untuk meminta tolong dedahkan pelbagai
penyalahgunaan kuasa. Dan pastinya bukan MRR2 sahaja. Berikut
disertakan beberapa isu yang masih belum terjawab. Harapkan
penjelasan, tetapi pertanyaan sering di biarkan. Biar rakyat
senyap, biar rakyat lupa. Bukan paksaan, sekadar pelawaan.
1. Betul ke MAS Rugi?
2. Betul ke PETRONAS untung?
3. Apa jadi pada AP gula?
4. Betul kah Pak Lah tolong Khairi?
5. Betul kah Rafidah tolong Naza?
6. Betul kah Najib tolong Rosmah?
7. Betul kah Samy tolong Thambi?
8. Apa? Ubah suai kediaman sehingga berjuta-juta?
9. Betul kah TNB Rugi berbillion?
10. Banyak nya wang belanja untuk PERTAHANAN?
11. Logik ke Kontraktor Kelas A dan F Melayu tiada projek?
12. Benarkah Bangunan Kementerian Pertahanan terbengkalai?
13. Untuk pembangunan, orang Melayu kena halau?
14. Ramai nya Ahli Politik jual tanah?
15. Kastam asyik tangkap lori tiada driver?
16. Apa jadi pada Komputer sekolah?
17. Air ini rasanya macam tahi babi?
18. Seboknya menteri itu berniaga?
19. Tiada CF lagi?
20. Senangnya dapat lesen judi?
21. Kayanya menteri itu?
22. Dah dapat kondom percuma?
23. Tingginya fail BPR, ada nama menteri ke?
24. Siapa bekal baju PLKN, Tentera?
25. Guru Besar takut pada Pengerusi PIBG?
26. Guru Besar pilih buku untuk sekolah?
27. Asyik kursus ,bila masa guru mengajar?
28. Polis takut pada Datuk?
29. Ramai nya Dato? tahun ini?
30. Rasuah semuanya tidak sama?
Dedahkan dengan kebijaksanaan dan kehebatan kalian. Tentu ada
yang jemu melihat senarai persoalan tersebut. Persoalan masih
menjadi persoalan selagi ia tiada jawapan. Kalau adapun, masih
diragukan, masih disangsikan. Hanya sekadar ucapan dan bukan
fakta dan data. Banyak juga yang terbiar dan dilupakan. Timbul
hanya sebentar dan dibiarkan tenggelam semula. Tenggelam timbul
seperti Luncai dan Labu sayungnya. Asalkan luncai tidak terus
tenggelam.
Mujurlah ada PROWARIS. Dapatlah teruskan perjuangan dan
mengungkai segala persoalan. Jangan ada yang ditentang dan
dikasihan dalam membuat sebarang tindakan. Nanti rakyat kata,
PROWARIS asyik tolong kawan. Jangan samakan perjuangan dan
kemaafan. Nanti rakyat kata, PROWARIS agen kerajaan.
Kalau ramai Melayu yang hanya pandai berkata, biar PROWARIS yang
mengotakan. Hilangkan keraguan dengan tindakan. Jangan ada niat
lain yang tersimpan, niat untuk berkepentingan.
Penulis hanya boleh menulis kerana terlalu banyak halangan untuk
kebenaran. Tiada kebenaran untuk ditonjolkan kerana kebenaran
tidak mendapat keutamaan. Semua pihak mahu tutup dan guna kuasa
untuk menutup, pendamkan selagi boleh dipendam. Mana lah tahu
ada sinar membawa harapan. Boleh lah simiskin menambah
pendapatan.
Tidak berupaya untuk berusaha maka tulisan melahirkan kata. Itu
yang mampu melayu lakukan. Pokoknya usaha diteruskan. Untuk
berdemo, kerajaan haramkan, untuk berpolitik, pengalaman tidak
mengizinkan, untuk berjuang pasti dapat tentangan. Bukan takut
tapi dah jemu. Jemu dengan kepimpinan yang hilang akal, lupa
tanggung-jawab dan minta sentiasa setuju atas apa yang diaju.
Ragu-ragu perlu diperjelaskan. Bukti perlu ada ditangan. Jangan
kata menutup cerita. Tetapi dalam hati masih berbicara. Terlalu
banyak udang disebalik batu, terlalu bijak orang berpolitik.
Bicara tentang harapan tapi akhirnya kemusnahan, bicara tentang
bantuan akhirnya penantian. Terlalu banyak untuk diungkap kerana
terlalu banyak rahsia tersirat. Bukti, yang rakyat nanti, jangan
bukti dibawa pergi.
Sejauh mana PROWARIS boleh diharap? Rakyat akan tunggu dan
sentiasa melihat. Sekira tersasar, rakyat boleh perjelaskan.
Diam bukan sentiasa bodoh, bising bukan sentiasa pandai. Harap
benarlah orang-orang kampung kepada PROWARIS menjadi
kesinambungan perjuangan. Asalkan, jangan pengkhianat melahirkan
zuriat. Kelak Melayu juga yang merempat. Akhirnya Melayu terus
mengharap.
Si Bodoh berharap pada si pandai, si miskin berharap pada si
kaya. Tetapi sayang, si pandai biasanya lupa diri, dan si kaya
biasanya lupa daratan. Ini bukan sindiran, tetapi cabaran.
Cabaran kepada mereka yang mengaku pejuang.
|