BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar


formmail.to: umnoreform

From_Email: magelenjowo@yahoo.com

From_Name: RJ

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan: Terima kaseh atas komen yang anda berikan. Saya masih baru  dalam penulisan, tetapi bukan baru dalam politik.

Jika kita tahu akan sejarah politik dunia, kita akan tahu apakah  kejayaan yang dimaksudkan dan apakah pembangunan yang diertikan. Cuma  kita perlu berpandangan luas, mengambil kita soal implikasi pemerintahan  Mahathir kepada Agama dan Bangsa.

Sistem proksi sudah lama diguna pakai. Kebanyakan penggunaan proksi  adalah bertujuan penutupan. Penutupan kepada sesuatu keburukan. Sejauh  mana ia disedari oleh rakyat, itu bergantung kepada kebijaksaan pemimpin  tersebut. Kerana dalam perjanjian ada perjanjian. Tok Dalang menggunakan  Patung untuk bercerita. Bukan patung yang mereka-reka, tetapi tok dalang
punya angkara.

Namun jelas disini bahawa Mahathir sememangnya bijak, mungkin kepada  manusia tetapi bukan pada Allah swt. Jelas disini bahawa beliau bukan  sahaja berjaya menunjukkan kemajuan Malaysia dengan bangunan yang  mencakar langit, beliau juga berjaya menghasilkan produk jenerasi rakyat  Malaysia masa depan yang bijak seperti anda.

Sejauhmana kebijaksaan kita, cuma Allah sahaja yang tahu kerana, dalam  mengaku kita pandai, ada yang lebih pandai dan dalam mengaku kita  berkuasa, ada yang lebih berkuasa.

Bergantung kepada rakyat untuk menilai diri masing-masing tetapi yang  jelas, semakin manusia pandai semakin mudah ditipu. Fikir-fikirkan.


 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762