BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar


DEBAT PERDANA BUKAN UNTUK BUKTI KEADILAN KERAJAAN
Date: Mon 03/20/06 05:36 AM
 

Semua orang tahu, tidak mudah untuk UMNO memberikan kebebasan dalam bersuara. Tidak kepada rakyat yang diKASTAkan, tambah lagi kepada mereka yang sudah dilabelkan sebagai pembangkang. Bukan sahaja media, malah permit untuk penerbitan akhbar pembangkang pun bukan suatu yang mudah diperolehi. Debat Perdana hanya sekadar 1 bukti yang boleh kita tonton, kononnya menjadi wadah keadilan di Malaysia. Tetapi segalanya adalah jelas lebih menyebelahi kerajaan.

BUKTI KETIDAKADILAN

Ia merujuk kepada jumlah ahli panel, yang terdiri dari 2 orang dari wakil politik UMNO, 1 orang intelek yang merupakan panel untuk merujuk kepada pandang orang berilmu dan 1 sahaja wakil dari pembangkang. Disini kita nampak erti keadilan yang mereka maksudkan.

Bagaiman pula dengan Dato Johan Jaafar? Jelaskah bahawa sebenarnya KERAJAAN diwakili oleh 3 orang wakil yang pastinya menyebelahi kerajaan membabi buta dan menghentam 1 orang sahaja wakil pembangkang. Dimana-mana pun sekiranya diadakan pertandingan dan perbahasan, pengerusi sepatutnya terdiri dari mereka yang bebas dari memihak mana-mana peserta.

Selain dari itu faktor masa, dimana kita perlu sedar bahawa masa selama kurang dari 1 jam itu, hanya 1/5 sahaja diberikan kepada pembangkang. Itu belum tentu lagi. Dan jika ia mahu betul-betul adil, pastinya ia dilakukan seperti mana pertandingan perbahasan yang dianjurkan di universiti-universiti. Masa dikawal oleh seseorang dan tempohnya adalah sama, selain dari itu
pihak pengerusi tidak boleh memberi sebarang soalan untuk menyebelahi mana-mana pihak, biarkan perdebatan berlaku diantara peserta. Mungkin DEBAT PERDANA menunjukkan keadilan yang sebok diperkatakan oleh kerajaan.

Merujuk kepada situasi tersebut, maka wakil parti pembangkang, perlu menggunakan debat ini sebagai salah satu cara untuk memprotes sikap kerajaan dengan bijaksana dengan mengambil kira faktor masa dan sikap pengerusi yang meyebelahi kerajaan. Jika dilihat pada Debat Perdana yang baru berlangsung malam tadi, wakil PAS, Dato Hassan Ali, nampaknya diserang oleh 4 orang dimana 2 pihak dari mereka adalah terdiri dari bekas pembangkang. Maklumlah, pepatah Melayu menyebutkan
Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, wakil dari dun Kemaman berubah haluan dan kini bersekutu dengan kerajaan dalam banyak hal. Itu tidak perlu dipertikaikan kerana kita tahu bagaimana sikap seorang pengkhianat.

Politik penting diri sendiri, bila ditekan kuat ketika membangkang, maka jalan yang mudah ialah bersekongkol dan mengenakan semula mereka yang pernah bersama. Inilah politik dan inilah orang politik dizaman moden ini. Perjuangan kerana mahu dikenal, dihormat dan mampu menaikkan nilai seseorang itu.

TIDAK MAMPU MEMBALAS

Tetapi yang menyedihkan, Dato Hassan Ali juga nampaknya tidak dapat memanafaatkan masa perdebatan untuk menunjukkan kelemahan kerajaan, malah ada ketika beliau tidak dapat menjawab apabila wakil UMNO Terengganu yang mempersoalkan tindakan kerajaan PAS dalam menhalau kanak-kanak tadika. Dato Hassan hanya mampu menjawab di dalam bentuk seolah mengatakan dulang, paku serpih. Tetapi bagaimanakah persepsi rakyat, adakah jawapan ini boleh diterima?

Adalah baik sekiranya Dato Hassan Ali mempertikaikan tuduhan itu dan berikan alasan yang sewajarnya? Jika tidak, rakyat akan beranggapan bahawa PAS juga seperti UMNO. Membalas dendam ketika memerintah, dan ini pasti menakutkan rakyat yang mahu menyokong PAS kerana tidak percaya dengan UMNO sejak akhir-akhir ini. Kepincangan Dato Hassan lebih jelas dengan sikap emosionalnya dalam berhujah dan mengganggu ketika pihak lawan berhujah. Walau bagaimana pun terserah kepada penonton untuk menilai sikapnya.

BAHASA INGGERIS

Sungguh menyedihkan pula, ucapan Dato Hassan Ali, lebih menggunakan istilah bahasa Inggeris. Dimana makcik dan pakcik serta penyokong PAS sendiri tidak berapa biasa dengan istilah tersebut. Penulis tidak mengatakan ia sebagai kesalahan besar kerana mungkin Dato ingin memberitahu bahawa kepimpinan PAS juga memiliki pemimpin yang bijak berbahasa dan beristilah
Inggeris. Tetapi mungkin tidak sesuai kerana kita perlu ketahui kemampuan pendengar dan alangkah mudahnya jika ia disebut di dalam bahasa Malaysia sahaja yang pasti difahami oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia.

FAKTOR MASA

Dato juga perlu menggunakan masa sempurna. Bentuk ucapan ceramah dan debat jauh berbeza, tambah-tambah lagi, masa yang tidak mencukupi. Tidak juga meleret dengan menambah bunga bahasa sehingga focus sebenar perbincangan melencong entah ke mana.

Sila rujuk perbahasan pada minggu lepas yang dihadiri oleh En. Syamsul (wakil Keadilan) yang bijak menggunakan masa dan terus kepada matlamat ucapan. Berlandaskan dengan bukti bertulis dan dengan ucapan beliau, beliau berjaya membawa Johan Jaafar terus untuk melayan beliau dan mengenepikan ahli panel yang lain. Kerana mungkin geram dengan Syamsul, Johan Jaafar telah menggunakan kuasa agihan masanya untuk terus mempersoalkan beberapa keraguan beliau kepada Johan Jaafar. Ini adalah merupakan kebijaksanaan seseorang di dalam perbincangan, dimana pihak lawan nampaknya terbawa kepada permainan pihak lawan yang satu lagi. Disini, En Syamsul berjaya membuatkan Johan Jaafar tidak berpuashati dan mengutarakan pelbagai bentuk soalan yang jelas memberikan kelebihan kepada En Syamsul untuk terus mencari peluang berbicara dengan masa yang terhad.

PENONTON

Penonton juga memainkan peranan yang penting dalam debat tersebut. Kita lihat sejak dari minggu lepas, kebanyakan mereka yang mempersoalkan kepincangan kerajaan, kelihatan terlalu emosional dalam membuat pertanyaan. Tetapi perlulah kita memuji mereka kerana mereka mampu untuk menyoal pelbagai isu walaupun penggunaan bahasa dan emosi yang kekadang mengganggu soalan sebenar mereka.

Tetapi tidak lah hairan kerana rakyat sebenarnya tidak dibiasakan dengan sikap mempersoalkan. Apa yang dipupuk selama ini adalah menyetujui apa jua langkah kerajaan. Kerana itu adanya penonton yang seperti itu, setidak-tidaknya kerajaan tahu bahawa rakyat tidak berpuas hati dengan tindakan mereka sehinggakan mereka sanggup mempersoalkannya walaupun mereka tidak mempunyai kemampuan berbuat demikian. Sekalung tahniah untuk penonton tersebut yang sebenarnya wakil kepada
rakyat yang tidak berpuashati.

KESIMPULAN

Dan kerana itulah, kepimpinan pembangkang perlu fikirkan bahawa, dalam menyertai Debat yang jelas berat sebelah seperti ini, kita perlu fikirkan akan kredibiliti dan fokus agar jangan jauh menyimpang, kerana kelemahan ini akan ditonton ramai. Kita tahu
DEBAT PERDANA adalah alat kerajaan untuk menunjukkan rakyat akan kepincangan pembangkang tetapi dengan adanya wakil seperti Syamsul dan wakil yang mampu berbicara dan bijak berdebat, sekurang-kurang rakyat ada pilihan selain dari UMNO untuk menjadi kerajaan Malaysia satu hari nanti.

Tetapi diharap agar rakyat tidak mempersoalkan kredibiliti berbahas seseorang pemimpin kerana sikap sebenar seorang pemimpin adalah adil, tidak banyak bercakap tetapi bijak menjalankan tugas, takwa kepada agama, menerima dan mempertimbangkan saranan orang bawahan, kreatif dan peka akan situasi rakyat. Tidak seperti pemimpin kerajaan UMNO yang sudah lah bodoh, sombong pula dan menggunakan wang untuk sokongan.

Akhirnya rakyat rebah bersama kerajaan dan Negara.

InsyaAllah.





 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762