BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar


From: raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>
Subject: KENAPA RAKYAT JUGA YANG DIPAKSA BERKORBAN?

Date: Fri 03/17/06 05:17 AM



Tiada ketelusan bukan sahaja pada PETRONAS, begitu juga pada syarikat lain. Bagaimana dengan, LUTH, MAS, Telekom, MARA, TNB, BANK dan lain-lain. Jika tidak, masa kan MAS kerugian berjuta-juta ringgit. Masakan mampu membanyar kos poster pilihanraya BN sehingga berbillion-billion ringgit. Darimana datangnya duit? Adakah BN sanggup mengeluarkan wang sebegitu banyak? Dari mana pula punca wang tersebut, jika bukan wang rakyat? Apa ketelusan yang kita ada?

Sejak dahulu sehingga kini masih lagi begini, malah mungkin akan berlanjutan untuk berpuluh tahun akan datang sehingga Negara tidak mempunyai apa untuk ditinggalkan kepada anak dan cucu. Sendikit penyelewangan besar-besaran kerajaan, semua di pendam. Sedikit toleh dari kerajaan berjaya menutup semua mata, membeku semua otak dan mendiamkan rakyat seribu bahasa. Apa yang anda tinggalkan kepada anak anda untuk 20 tahun akan datang? Tanah berapa ekar? Wang berapa juta? Atau adakah wang itu hanya cukup sementara kita hidup untuk 5 tahun? Rakyat ketakutan. Takut kepada kerajaan, kepada Menteri, kepada SPR, kepada kakitangan kerajaan yang menakut-nakutkan rakyat dengan undang-undang yang mereka sendiri abaikan.

Kenapa rakyat diam sedangkan setiap hari, setiap saat dan setiap detik kerajaan berusaha untuk songlap semua kekayaan Negara. Dalam rakyat sebok mencari sesuap nasi, kerajaan sebok mencari bersuap-suap nasi bekalan mereka sahaja. Seolah-olah mereka akan hidup berjuta-juta tahun seperti Raja Firaun. Menongkat langit, tidak mahu mati dan sentiasa mahu bahagia.

Kenapa kita tidak bangun dan bantah keputusan kerajaan hanya kerana memperolehi projek RM1juta dari kerajaan. Projek yang diperolehi dengan menyuap semua orang yang bersangkutan. Bagaiman dengan hari esok?

Bagaimana rakyat Malaysia boleh bertahan sabar, hanya kerana kerajaan asyik berjanji untuk sejahterakan rakyat, walaupun janji tersebut sudah berulang berjuta kali tetapi kenyataannya tidak pernah terbukti. Kita masih perlu bekerja untuk membayar segala cukai atas arahan kerajaan. Semua ini adalah untuk kesenangan kroni mereka, untuk penyokong kuat mereka, untuk
keluarga dan anak menantu mereka. Sedangkan orang kampung hanya diberi RM50 untuk memegang sepanduk, RM20 untuk memalu kompang dan RM10 untuk sumbangan kain kapan. Mereka memperolehi beribu-ribu kali ganda dari apa yang kita semua dapat.

Kerajaan UMNO melayan rakyat seperti melayan penduduk berKASTA di India. Bantuan mereka berperingkat mengikut kepentingan jawatan. Layanan yang tinggi kepada menteri-menteri, kepada ketua polis, kepada ketua SPR, kepada ketua Petronas, kepada Tawkey Keparat, kepada penyumbang parti, kepada Ahli Parlimen dan kepada wakil rakyat. Peruntukan mereka selesai sehingga kesitu dan rakyat hanya memperolehi hampas bagi melepas nafas lega, bagi rakyat terus menyokong mereka. Bersyukur rakyat bersyukur yang tidak menentu, berdoa tanpa usaha, berjuang tanpa pembalasan yang sepatutnya.

Bukan rakyat mahu kaya seperti mereka, cukup sekadar harga barangan murah, mudah mempunyai rumah, kurang tanggunan, murah bil elektrik dan air, murah bil telipon dan tiada tol. Rakyat kini begitu bodoh untuk menerima semua tindakan dan arahan kerajaan. Terima apa yang mereka arah. Menyanggupi semua yang mereka paksa. Membayar bil tinggi, membeli minyak mahal, membayar tol untuk jalan yang berlobang-lobang, membayar tol untuk jalan yang sentiasa sesak, membeli kenderaan yang tinggi nilainya, membayar cukai pendapatan seolah-olah rakyat tidak mempunyai tanggung-jawab lain, selain membayar kepada mereka.

Bagaimana dengan ibu tua yang mengharap anak mereka menghantar belanja untuk mereka hidup dikampung? Sudah lah mereka susah, anak tidak menghantar wang? Anak apa kah kita semua ini? Anak tidak mengenang jasa dan budi yang selama ini mereka taburkan. Malah kerana kesusahan, tanah mereka pula terpaksa dijual untuk menyokong kehidupan anak dibandar.

Kepada siapa kita perlu berlindung. Jika kerajaan yang sepatutnya bertanggung-jawab mempertahankan rakyat juga tidak memikirkan kita? Adakah Ahli Parlimen sering bertanya khabar dari kita? Apakah wakil rakyat selama ini membantu rakyat untuk membayar segala bil?

Adakah mereka yang membantu kita membayar cukai pintu? Adakah mereka yang membantu rakyat membayar cukai tanah?

Segala-galanya kita perlu kita bayar sendiri? Dengan wang gaji, kita perlu bayar sewa rumah, perlu bayar hutang kereta motor, perlu bayar bil-bil, perlu bayar anak ke sekolah, perlu beli peralatan sekolah mereka dan perlu menghantar wang ke kampung.

Apa yang ada, apa yang kita miliki, bukan hak mutlak kita. Segalanya masih milik kerajaan. Kerajaan memaksa kita membayar atas semua yang kita miliki. Atas apa yang kita usahakan. Adakah wang gaji yang kita terima, hanya untuk membayar cukai yang bakal dibelanjakan kerajaan untuk perkara tidak berfaedah? Pernahkah kerajaan secara telus menceritakan perbelanjaan atas wang kutipan cukai kita? Dari mana mereka memperolehi harta berbilion ringgit dan belanja poster pilihanraya yang berbillion ringgit setiap 4 tahun sekali?

Bagaimana dengan tahun tahun selainnya? Dengan wang siapakah mereka berbelanja?

Kerajaan tidak sedar. Bermula dari rumah sehinggalah ke tandas, bermula dari rambut hinggalah hujung kaki, semuanya rakyat yang bayar. Tahukah rakyat bahawa selama ini orang yang kita taja, sebenarnya menghentam dan menyusahkan kita pula. Kenapa ini berlaku? Kerana rakyat tidak peka, peka kepada alam sekeliling, peka kepada kehidupan rakyat yang semakin susah dan semakin tertekan.

Pernahkah kita memperolehi kontrak kerajaan, sehingga kita lupa untuk bangun menentang. Berapa kerat dari saudara kita yang boleh kaya dengan kontrak kerajaan? Berapa ramai saudara kita yang lupa akan kita kerana mereka bersekongkol dengan kerajaan? Adakah saudara kita itu ingat akan kita dan membantu kita? Bukan kah kita masih lagi berusaha untuk mencari rezeki yang bukannya mudah hanya untuk menyara keluarga? Apakah tiada masalah lain selain memikirkan masalah kewangan kita? Bagaimana dengan tanggung-jawab kita yang lain, kepada agama, kepada masyarakat, kepada ibu tua, kepada anak yatim sehinggakan kita leka mencari rezeki untuk dipotong oleh kerajaan bagi membiayai perbelanjaan menteri-menteri.

Sedarlah rakyat, bahawa kita perlukan lebih dari ini. Lebih istimewa sebagai rakyat dan bukan hamba yang hidup seperti berkerajaankan komunis. Mengharap rakyat untuk membayar itu dan ini, hanya kerana untuk mereka hidup senang dan mewah. Untuk ditipu dan diputar belitkan dengan kenaikan harga minyak dunia, dengan kejatuhan nilai wang, dengan kononnya banyak pelaburan luar masuk. Tetapi semua itu hampas, tidak telus dan khabar yang indah tetapi bukan reality. Khabar yang buruk tetapi dipesongkan kebenaran. Seolah mereka tidak salah dan yang salah adalah semua pihak lain.

Bangun lah rakyat untuk kumpulkan semula kuasa yang kita ada. Kita tidak perlu pilihanraya 2008 lagi. Menunggu buah yang tidak gugur. Menunggu hanya akan memberi kesempatan kepada menteri-menteri untuk menyediakan pelbagai alasan. Memberi kesempatan untuk mereka lari dari tanggun-jawab dan lari dari hukuman. Perlukah masa untuk mereka lagi, perlukah alasan dari mereka lagi, selain dari hukuman yang sepatutnya mereka terima akibat kedurjanaan dan pengkhianatan mereka bersandarkan bangsa dan agama.

Kerajaan kita bukan seperti kerajaan Jepun dan Korea. Bertanggung-jawab bila bersalah. Bertanggung-jawab bila tidak berupaya. Ada bila kita perlu bantuan. Kerajaan mereka kerajaan yang terbuka. Kita cemburu akan mereka, kerana kerajaan menghormati rakyat. Kerajaan Malaysia seolah tidak pernah membuat silap. Kesilapan hanya dilakukan oleh rakyat dan pihak lain. Mereka tidak pernah memohon maaf untuk kesalahan yang menelan belanja berbillion ringgit.

Apakah MAS dan TNB rugi kerana rakyat? Adakah mereka boleh salahkan pengurusan sedangkan setiap tahun mereka dipantau oleh kerajaan? Adakah pengurusan bersalah apabila wang keuntungan mereka dilarikan oleh Kerajaan? Adakah pengurusan bersalah jika semua projek diserahkan kepada ahli politik kerajaan yang tidak tahu menghargai kontrak yang diberikan? Kontrak yang dijalankan tanpa kualiti, menyebabkan mereka perlu menambah belanja untuk membaiki, membaik pulih dan memastikan rakyat tidak menjadi mangsa korupsi ahli politik kerajaan. Akhirnya sudah berjuta-juta terpaksa di wartakan. Kerana bimbang rakyat tahu sendiri sebelum mereka sempat menutup kesalahan.

Nasib baik jambatan retak. Kerana keretakan dapat menunjukkan rakyat bahawa kerajaan tidak menjalankan tugas. Bukan satu tiang, malah 13 tiang. Kenapa perlu kerajaan belanjakan lagi wang sebanyak 1 juta untuk satu tiang hanya kerana kesilapan kroni kerajaan? Siapa punya wang pula menjadi mangsa membaiki tiang tersebut, jika bukan wang rakyat?

Apa ini semua, buta kah rakyat? Bodoh kah rakyat? Bebalkah rakyat? Ditipu sedemikian rupa dan menerima semua alasan menteri yang menjawab seperti manusia bodoh dan bangang. Jawapan yang menyakitkan hati, jawapan yang hanya sekadar menjawab.

Bangun lah bangsa, bangun lah rakyat,

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Rakyatkan gagah dan berkuasa.

Kita sudah tiada masa. Ekonomi akan terus merudum. Kita tidak perlukan tipu helah, kita tidak perlu kerajaan yang mewah. Kita mahu kerajaan berkhidmat untuk rakyat, bukan rakyat berkhidmat untuk mereka. Kita selama ini memberi ruang kemaafan, ruang peluang hanya untuk mereka terus tindas dan membangangkan rakyat. Berapa banyak lagi kerugian yang mampu kita tanggung? Berapa banyakkah lagi pengorbanan yang perlu kita lakukan?

 
 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762