BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar  UMNO BAKAL TERIMA PADAH, tungguuuu


raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: UMNO BAKAL TERIMA PADAH, tungguuuu
Date: Thu 03/16/06 12:05 PM


Kerajaan menyangka mereka sesungguhnya bijaksana dan apa sahaja alasan yang diberi akan difahami rakyat. Dalam yakin ada risau dan dalam risau ada bimbang. Tahukah anda bahawa kini, Pemimpin Kerajaan tidak boleh melelapkan mata, kerana syurga dunia mereka bakal berakhir, dan neraka dunia mereka akan menjelma.

Segala pujian yang diberikan oleh perwakilan UMNO adalah lahir dari diri mereka sahaja dan bukan dari rakyat. Sungguh sedih. Wahai Pak Lah, Najib dan semua pemimpin kerajaan, ketawa lah lagi.

Mereka ini tidak sedar bahawa api sudah mula menyala dan menunggu masa untuk membakar singgah sana kerajaan yang ada sekarang. Jika tidak esok, lusa dan jika tidak lusa mungkin hari-hari berikutnya. Menteri tidak akan dapat tidur lena lagi akibat nafsu dan sikap bongkak mereka dalam membuat keputusan bodoh sehingga menyebabkan terperciknya semangat kesedaran yang akan timbul dikalangan rakyat akibat keadaan ekonomi yang semakin meruncing.

Kroni dan keluarga rapat UMNO mungkin tidak menyedarinya kerana mereka asyik dengan hidangan berita yang indah-indah oleh alat media mereka. Akibat kelekaan tersebut maka masa akan menentukan sampai bila mereka boleh bertapak atau mereka terpaksa meninggalkan kemewahan yang mereka miliki. Kemarahan rakyat semakin menjulang dan tidak boleh dibendung lagi.

Walau bagaimana pun, terima kaseh lagi sekali kepada Kerajaan Malaysia kerana jika kenaikan harga ini tidak dibuat, mungkin rakyat masih lagi buta dan tidak sedar. Sikap mementingkan diri sendiri rakyat akan hilang dengan sendirinya dan rakyat akan kembali menyalahkan kerajaan. Kami bakal tidak makan. keluarga kami bakal menghadapi kesusahan. Inilah permulaannya kuasa keramat rakyat.

Berikut adalah senario yang berlaku semenjak akhir-akhir ini akibat kenaikan harga bahanapi. Penulis hanya sempat melihat keadaan disekitar Kelang dan Shah Alam memandangkan perjalanan penulis kini terhad.

PEKERJA KILANG.

Melalui temubual yang dibuat kebanyakan pekerja kilang yang dahulunya mampu memiliki kancil dengan gaji RM800.00 RM1200, mereka sudah mula berikhtiar untuk menukar kenderaan mereka kepada motosikal kerana tidak sanggup untuk berbelanja unutk membeli petrol lagi. Walaupun memiliki kereta berjenama Kancil, tetapi ternyata, minyak bukanlah satu-satunya yang mereka bimbangkan. Mereka mempunyai tanggung-jawab yang lebih dari itu.

Akibat kenaikan tinggi tersebut mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan perjalanan kerja kerana perlu membayar sewa rumah, makan siang dan malam hari serta membayar pelbagai jenis bil termasuk, elektrik dan talipon. Malangnya kepada mereka kerana mereka tidak dapat menjual kenderaan mereka kerana, tiada kedai kenderaan yang mahu membeli kenderaan mereka dengan harga yang tinggi. Harga kenderaan terpakai buatan Malaysia sudah jatuh teruk. Jika harga Kancil baru berharga RM 30,000 ke RM40,000, kini kedai kenderaan terpakai hanya mampu mengambil dengan harga sebanyak RM15,000 ke RM18,000 sahaja. Bertambah malang kerana kebanyakan mereka masih menanggung hutang untuk 3 ke 4 tahun lagi.

Pekerja kilang juga akan berhadapan dengan masalah gaji dan pemberhentian kerja akibat majikan yang tidak mampu menggajikan mereka. Menurut mereka semenjak selepas Tahun Baru Cina, majikan tidak menerima bayaran dan perkara ini merunsingkan majikan-majikan di sekitar Shah Alam dan mereka merasakan ini adalah permulaan kepada permasalahan pengangguran yang besar dalam tempoh yang terdekat ini, seperti yang pernah terjadi pada tahun 1998 dahulu.

PENJUAL KENDERAAN.

Menurut penjual kenderaan pula, mereka tidak mendapat pesanan pelanggan semenjak harga minyak diturunkan kerana rakyat takut untuk membeli kenderaan baru. Dan kebanyakan pemilik kenderaan yang datang untuk menukar kepada kenderaan yang lebih rendah ccnya namun mereka menghadapi masalah untuk menjual kenderaan yang mereka miliki kini akibat kejatuhan harga.

Para penjual kenderaan menjangkakan bahawa sekiranya masalah ini berlarutan, pihak bank akan terpaksa menarik kenderaan yang banyak jumlahnya dari pemilik-pemilik yang tidak mampu membayar pinjaman mereka. Keadaan ini dijangka lebih teruk dari tahun 1998 kerana sejak 2 ke 3 tahun yang lepas, banyak kenderaan dijual dengan tempoh pembayaran semula sehingga selama 9 tahun.

PEMANDU TEKSI

Mereka mengatakan bahawa mereka kekurangan pelanggan kerana rakyat terpaksa menaiki bas untuk mengurangkan belanja, sementara diwaktu malam rakyat tidak keluar rumah untuk lebih berjimat. Pemandu teksi yang ditemui berkata bahawa, jika ini berterusan mereka akan menghadapi masalah yang hebat kerana setiap hari mereka perlu membayar wang permit secara harian dan setiap penghujung bulan mereka perlu membayar sebanyak RM 6000 untuk pinjaman kenderaan pula.

KAKITANGAN KERAJAAN

Mereka merasakan kenaikan kali ini sememangnya tidak adil berbanding kenaikan gaji mereka yang sebanyak hanya RM20. Sedangkan kenaikan perbelanjaan mereka kini sudah melebihi jumlah kenaikan tersebut. Mereka merungut bahawa selain perbelanjaan untuk bekerja, mereka juga terpaksa berhadapan dengan kenaikan perbelanjaan menyara keluarga di kota Shah Alam dimana ia jauh berbeza berbanding bekerja di kawasan kampung dan Bandar kecil.

RESTORAN

Rakyat kini sudah kelihatan tidak memenuhi restoran seperti sebelum ini. Perbezaan yang ketara adalah diwaktu malam, dimana sebelum ini, ramai pelanggan yang datang bersama rakan atau keluarga tetapi akhir-akhir ini pelanggan retoran berkurangan sebanyak hampir 60%. Kebanyakan mereka menjamu selera dirumah dan tidak lagi membazirkan wang untuk makan diluar memandangkan keperluan mereka untuk menjimatkan perbelanjaan bagi menampung kos yang mungkin akan meningkat bila-bila masa akibat kenaikan harga bahanapi. Fenomena ini juga berlaku kepada restoran makanan segera Mc Donald dan KFC.

BANK

Pekerja-pekerja bank juga melahirkan perasaan terkejut kerana bank kini kelihatan lengang dan tidak seperti kebiasaan. Pelanggan mereka ramai merungut bahawa kutipan semakin berkurangan sementara mereka yang mempunyai simpanan dibank yang banyak, tidak mengeluarkannya kerana alasan untuk mengurangkan belanja dan berjaga-jaga.

JALANRAYA DAN PONDOK TOL

Pengguna jalanraya kelihatan berkurangan sebanyak 20% semenjak awal minggu ini. Jumlah kenderaan dijangka akan terus menurun memandangkan rakyat yang kini semakin bimbang dan merancang setiap perjalanan mereka. Menggunakan kenderaan hanya pada waktu yang perlu. Kenderaan tidak lagi sesak diwaktu pagi dan petang ketika waktu pergi dan pulang kerja.

Begitu juga yang kelihatan di pondok-pondok tol. Sebelum ini kebanyakan pondok tol akan dilalui oleh kereta yang banyak diwaktu bekerja sehinggakan kesesakan kerap berlaku. Tetapi sejak awal minggu ini, perjalanan kenderaan adalah jauh lebih lancar.

Diwaktu malam pula lampu-lampu jalan dikebanyakan lokasi di Kelang tidak dinyalakan. Keadaan ini disedari berlaku semenjak awal minggu lepas. Tidak diketahui kenapa ini berlaku, mungkin ia ada bersangkutan dengan lapuran hutangTNB yang melebihi
RM20 billion sebagaimana yang diwartakan.

PUSAT MEMBELI BELAH.

Penulis tidak dapat melihat keadaan sebenar DI DALAM pusat membeli-belah kerana penulis tidak ada keperluan untuk kesana. Keadaan tempak letak kereta yang lengang menunjukkan bahawa terdapatnya pengurangan pelanggan.

JANGKAAN PENULIS DAN RAKYAT TENTANG MASA DEPAN Merujuk kepada keadaan terkini, rakyat merasakan bahawa sesungguhnya nasihat Najib kepada rakyat untuk menukar cara hidup, bukan lagi pilihan, malah terpaksa dilakukan akibat kebodohan pemimpin-peminpim yang melahirkan idea-idea yang tidak berkualiti serta berbelanja tidak berhemah. Sikap mereka yang mementingkan diri sendiri merosakkan kehidupan dan keharmonian rakyat. Semenjak Pak Lah memegang jawatan PM, tiada pelaburan dari luar dilapurkan, walaupun PM dan TPM asyik berkunjung kesana dan kemari. Ini jelas menunjukkan bahawa, dalam media asyik melapurkan kecemerlangan pemimpin UMNO dalam setiap lawatan, hakikat adalah disebaliknya.

Namun sejauh mana ia disedari oleh kepimpinan dan penyokong kuat UMNO. Walau bagaimana bodohnya keputusan yang mereka buat, sudah pasti ada yang mahu memuji. Tidak lain ianya datang dari penyokong dan pengampu UMNO sendiri. Namun kerajaan akan melihat samaada alasan mereka selama ini boleh diterima oleh rakyat atau tidak, dalam tempoh terdekat ini.

Secara otomatik, rakyat yang rasa semakin terhimpit dengan keadaan ekonomi ini, sudah pasti beramai-ramai bangun dan menyalahkan kerajaan.

Kesempitan hidup rakyat juga akan membuatkan rakyat lupa akan hakikat bahawa ekonomi sememangnya sudah jatuh dan menimpa seluruh Negara, bukan hanya Malaysia. Namun, percayalah, kita akan melihat pemimpin-pemimpin UMNO ini akan dipersalahkan. Kita juga akan lihat bagaiman rakyat akan bersatu walau pun mereka berlainan parti politik, bangsa dan agama.
Kerajaan sudah terlambat untuk berundur. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Anggapan mereka akan kebodohan rakyat selama ini akan terjawab. Mereka akan tahu bahawa rakyat tidak selamanya bodoh dan kerajaan tidak boleh selamanya memperbodohkan rakyat. Mungkin tahun 2006 ini adalah penghujung jalan kepada kepemimpinan diktator UMNO. Kerana kebodohan mereka akan terserlah dan terbongkar angkara ketamakan dan kerakusan mereka sendiri.

Untuk memulihkan ekonomi Malaysia, memerlukan masa yang lama. Oleh itu sebarang tindakan susulan selepas ini, rakyat tidak lagi akan terima, dan nescaya, jalan yang terbaik adalah untuk UMNO melepaskan kepimpinan mereka.

Oleh itu, bersama-samalah kita berdoa agar mereka sedar dan dengan kejatuhan UMNO kelak, akan membolehkan rakyat menuntut demokrasi sebenar dan membawa pemimpin-pemimpin yang KORUP ini ke muka pengadilan. Kita hukum mereka didunia, dan kita berserah kepada Allah swt menyambung hukuman tersebut diakhirat kelak, kerana walau sebijakmana manusia sekali pun, tidak akan boleh mededahkan keseluruhan kesalahan mereka kecuali Allah taala.

Wasallam




 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762