|
1. Apakah Interfaith Commision (IFC)?
IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religous
Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang
dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan
berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang
boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama
Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini
berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala
keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang
bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti
SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan
berkaitan dengan agama.
2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?
IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian
Consultative Council Of Buddhism, Christianity,
Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis
Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu
dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam
bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V.
Harcharan Singh.
3. Siapakah yang paling bersemangat sekali
menyokong penubuhan IFC?
Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak
Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan
amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti
berikut:
• Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima
satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara
ini dan selepas itu ide penubuhan IRC berjalan
dengan lancar.
• Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan
forum mengenai ‘Kebebasan Beragama’ dan menerbitkan
jurnal khas bernama INSAF.
• Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan ‘Festival of
Rights’ diadakan dengan tema ‘Kebebasan Beragama’.
• Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang
keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal
apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada
terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM,
ACCIN , JUST dan Sisters In Islam5 termasuk Dr
Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang
mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana
pun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan
menyokong penubuhan suruhanjaya ini.
• Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan
mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan
wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik
kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis
Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa
pengetahuan mereka.
• Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan
IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan
cadangan penubuhan IFC.
4. Apakah matlamat penubuhan IFC?
Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran
asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan
berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan
Islam.
5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang
dibuat melalui IFC?
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam
tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama
Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali
kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh
dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada
bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh
mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah
sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan
seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki
menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan
orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar
daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin
dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan
apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar
agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan
hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai
hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk
Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta
pesakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang
mencukupi untuk membina dan menyelenggara
rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana
kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan
rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu
adanya peraturan-peraturan tertentu.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan
tidak boleh dihalang daripada menggunakan
perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan
sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia
sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum
secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama
itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa
ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program
dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah
dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda
masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak
sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai
pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan
juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan
pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal
pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
5. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?
Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC,
suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya
kepada Islam dari sudut:
1. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan
Islam mencampuri hal ehwal agama Islam. IFC jelas
sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah
campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama
Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama
sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan –
Freedom of religion (Kebebasan beragama) tidak
berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan
tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain
dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan
kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak
untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri
tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan
urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya.
Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah
diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam
Islam sendiri.
2. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk
kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh
manusia yang menjejaskan aqidah. Norma-norma
antarabangsa tersebut ialah:
• Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948 • Konvensyen
untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap
wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995) •
Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.• Deklarasi
untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan
diskriminasi berasaskan agama. • Deklarasi mengenai
hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan, sukukaum,
agama dan bahasa minoriti. • Deklarasi Vienna dan
plan tindakan.
Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan
oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya.
IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut
ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma
antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang
Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturan
untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi
norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh
manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan
dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini
bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma
antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang
Muslim.
3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja • Manusia
adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas.
Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk
mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh
mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan
beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma
antarabangsa di atas.
4. Orang Islam bebas untuk murtad • Deklarasi
sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan
‘setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir,
suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar
agama....(artikel 18)’. Ini bermaksud status sebagai
seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi
ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma
antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang
penganutnya keluar daripada Islam kerana itu
dibenarkan oleh norma antarabangsa.
5. IFC berhak menentukan status agama seseorang.
• Seseorang yang ingin murtad boleh
mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya
akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya
adalah bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang
amat nyata dalam hal ehwal agama Islam. Jabatan
Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan
seseorang untuk menukar nama daripada nama Islam
kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan
untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini
menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama.
Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf
undang-undang IFC.
6. Apakah sikap PM dan menteri?
Menurut kenyataan Perdana Menteri Abdullah Ahmad
Badawi, penubuhan IFC cuma ditangguhkan.
Penubuhannya tidak pernah dihalang. Jawatankuasa
Kaukus Parlimen Berkenaan Hak Asasi Manusia melalui
pengerusinya, Dato’ Sri Mohamed Nazri Aziz yang juga
Menteri di Jabatan Perdana Menteri sepakat bersama
50 NGO menolak penggunaan undang-undang dalam
menjaga moral individu. Ini kerana moral adalah hak
peribadi individu dan kewujudan undang-undang untuk
mengawalnya dikira melanggar hak asasi manusia.
Kenyataan ini bermaksud, peraturan dan undang-undang
Islam tidak boleh digunakan untuk mengawal akhlak
orang Islam atau dengan kata lain, Al-Quran dan
hadis tidak terpakai dalam kehidupan individu. Orang
Islam bebas melakukan apa sahaja atas tiket “hak
asasi manusia”. Kenyataan ini nampaknya selari
dengan tuntutan IFC.
7. Apakah sikap kita?
Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC dan
mengutuk sikap Umno yang bersekongkol dengannya .
Kita sanggup mati demi agama kita. Penubuhannya
bukan sekadar perlu ditangguhkan, tetapi jangan sama
sekali dibenarkan. Semua saluran perlu digunakan
untuk menghalang penubuhan IFC.
Jika anda mencintai Islam, anda sepatutnya
menyebarkan risalah ini
|