|
Beruntungnya Org Kaya Dr.Liew, Kes Kemalangan
dibawa ke Kabinet!!
Dilulus terbit pada Saturday, January 07 @ 13:50:58 CST oleh LinuxPro
http://www.tranungkite.net/
Oleh Reformis muda
Jarang jarang kita mendengar kes melibatkan kemalangan ditapak pembinaan
di ambil berat dan peduli oleh pak pak menteri Umno dan Dato¡¯ Bandar,
malah yang lebih Istimewanya ia akan dibawa ke kabinet secepat mungkin ,
agaknya jika mangsa tersebut orang miskin dan rakyat asing dari
Indonesia suasana dan respon pak menteri dan Dato Bandar pasti berubah..
Bukannya satu kes.. dah berlambak kes kemalangan seperti ini berlaku
antaranya Kren pembinaan tumbang, bahan pembinaan jatuh ke kawasan
perumahan, tanah terhakis dek kerana kerja meratakan tanah, pengorekan
pasir sehingga rumah sekitarnya diambang maut sehinggakan ada rumah yang
sudah dihanyutkan arus deras akibat kerja kerja pembinaan dan pengorekan
pasir. mereka bertanggungjawab adalah Kontraktor dan pemaju yang kebal
di era hadhari. Semua ini adalah kerana mereka kontraktor ini kaya dan
boleh menyuap mana mana orang termasuk Dato Bandar termasuk Dato Bandar
yang dilaporkan penuh dengan skandal. Apa yang lagi menarik Presiden
Gerakan dan seluruh warganya membidas Dato Fong Chan On sebagai
bertanggung jawab seakan akan Dr. Liew itu seorang Perdana Menteri.
Mungkin juga mereka ini terkilan matinya seorang Master Mind yang
amat rapat dengan menantu Perdana Menteri Al Hadhari dan berperanan
sebagai jurujual asset dan harta orang Melayu kepada bukan bumiputra dan
kerajaan singapura.
Pemaju dan kontraktor ini ,oleh kerana berduit dan kaya raya , mereka di
anugerahkan tanah bernilai di kawasan strategik dan rakyat miskin yang
duduk di setinggan dihalau bagaikan pendatang asing! Malah kawasan hutan
simpan pun boleh dimiliki mereka sepertimana yang berlaku di bukit
cerakah. Tanah yang sudah berpuluh tahun diduduki dijadikan hak milik
pemaju yang berduit. Kes terbaru penduduk setinggan di Hulu Klang yang
dihalau MPAJ walaupun 40 tahun menetap dikawasan berikut. Sepatutnya
mereka ini layak diberi hak milik tanah bukannya dihalau di tanah air
sendiri. Entah kemana Keris yang dipegang Hishamudin sewaktu perhimpunan
agung Umno lalu ketika orang melayu ditekan hanya kerana mahu memuaskan
nafsu serakah Khir Toyo dan cita cita Hadhari iaitu setinggan sifar.
Alahai.. melihatkan visual di TV3 Dato Bandar, Najib dan Ong Ka Ting,
muka mereka nampaknya lebih sedih berbanding keluarga simati hanya
kerana dia seorang yang kaya. Dan kayanya bukan sebarang kaya ianya dek
kerana menjual semua harta strategic negara bersama sama menantu si
Perdana Menteri yang sunyi si Khairy al Hadahari. Nasiblah Pak Lah
hadhari sedang bercuti kalau tidak mungkin Paklah sendiri akan melawat
keluarga Dr. Liew sebagai penghormatan kepada pengkhianat negara..kalau
beginilah sikap pak menteri, patutlah Si Perdana Menteri Hadhari ini
lebih suka ke Majlis konsert Vincest Tan dan terbuka Krismas daripada
menghadiri Kongres Melayu. Patutlah juga Paklah melepaskan Kontraktor
dan Menteri bertanggung jawab Samy Vellu dalam kes MRR2 yang retak itu
setahun yang lalu. Rupanya mereka ini terbela dibawah pemimpin Hadhari.
Tanpa kita sedari rupanya pada hari yang sama, hampir seratus keluarga
Melayu Miskin di lembah Klang di halau dan dirobohkan rumah mereka oleh
MPAJ. Antara mangsanya adalah seorang artis Safura. Tertanya juga ,
agaknya mana pergi Senator Jin Samsudin si pengampu yang menagis teresak
esak ketika Endon meninggal dunia Oktober lepas. Mana pergi Najib yang
kononnya bersimpati dengan rakyat miskin di Pengkalan Pasir. Mana pergi
Khairy yang membawa Agenda Melayu Nasional dan .mana pula hishamudin
yang mengunuskan keris bagi membela melayu. Mana? Mana? Tiada seorangpun
keluarga melayu tersebut dibela. Hanya surat lakonan pak pak YB sebagai
syarat menunjuk simpati seperti lagu Tik Tok Simpati yang dibawa
kumpulan Ahli Fikir. Yang sedihnya mereka bakal menyambut Hari Raya
korban tanpa tempat untuk berteduh. Apakah isu ini menjadi agenda
Kabinet?
Najib dan Dato Bandar lebih selesa pergi ke rumah keluarga pengkhianat
Dr Liew di Sri Damansara yang sudah sedia kaya raya hasil penjualan
asset negara untuk memberi penghormatan,manakala dalam waktu yang sama
orang melayu dihalau bagai binatang. Tanah mereka diserah kepada pemaju
yang bermasalah. Apa yang mengejutkan hanya kerana Dr Liew perkara ini
dibawa ke Kabinet. Apakah kes Dr Liew dijadikan agenda negara untuk
dibawa kabinet? Beruntungnya orang kaya yang bernama Dr Liew ini.
bagaimana pula dengan kes penduduk setinggan yang dihalau MPAJ. apakah
ia dibawa ke Kabinet oleh pemimpin UMNO? Seperti kata saudara Anwar -
Nehee..
Lawan tetap lawan
Reformis muda
|