BALIK KE MUKA UTAMA


Melayu sendiri gusar dengan perlaksaannya

Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda UMNO - Reezal Naina Merican mula berbicara - Lihat ANB secara positif dan kemudiannya akan berterus bermesyuarat demi mesyuarat dalam memastikan ANB itu digunakan pakai sebagai teras kepada Rancangan Malaysia ke 9. Isu yang diperkatakan oleh anak muda ini - antara warga Pemuda UMNO yang paling berjaya masih berlegar sekitar memberi keyakinan bahawa ANB itu perlu dilaksanakan dan tidak bertujuan untuk membelakangi kaum lain. Kenyataan beliau dalam media arus Perdana dilihat masih cuba mencari justifikasi agar kritikan dan usul menolak DEB atau ANB oleh komponen Barisan Nasional dapat di sangkal. 

Namun bagi www.umno-reform.com isu kritikan bangsa lain adalah satu arena dan satu lagi arena yang perlu adalah untuk meyakinkan rakyat Melayu bahawa ANB tersebut bukan pewaris kegagalan DEB yang akan menyaksikan pisang berbuah dua kali. 

www.umno-reform.com membaca kenyataan Reezal Merican ini tidak menampakkan masalah sebenarnya yang dihadapi oleh Melayu dalam perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Malah isu kehadiran Melayu sendiri tidak pernah di pedulikan oleh Reezal Merican sewaktu cuba menangani masalah peneroka kota baru - baru ini.

Masalah sekarang bukan bantahan bangsa lain - mengenai DEB tetapi yang penting adalah masalah bangsa kita sendiri yang hilang keyakinan bahawa DEB atau ANB adalah formula baru untuk menjayakan orang - orang Melayu.

Bangsa lain secara umum turut mengatakan bahawa kegagalan DEB adalah kerana perlaksanaan DEB tersebut dan antara cadangan bernas mereka adalah keperluan kita melihat kesalahan perlaksanaan sebelum kita membicarakan secara terperinci formula baru tanpa mengambil kira kesilapan sebelum ini. Mungkin rancangan lagi bernas Pemuda adalah terus membuat formula baru dan menutup sahaja buku kegagalan DEB - malang ianya tidak di terima oleh Melayu secara menyeluruh kecuali mereka yang terpaksa mengangguk kepada setiap rancangan budak pintar Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. 


Mungkin Reezal tidak sempat dalam wawancara ringkas dengan media mengenai sumbangan mereka terhadap cara mana RMK 9 dapat membantu Melayu tetapi keyakinan orang - orang Melayu terhadap ANB memperlihatkan sesuatu yang serius perlu dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO. 



Lihat ANB secara positif: Pemuda
Oleh Ridzuan Yop
Berita Harian

KUALA LUMPUR: Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda Umno mahu pengenalan Agenda Nasional Baru (ANB) yang bersandarkan kepada semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) dapat diterima pakai generasi baru Barisan Nasional (BN).

Pengerusinya, Reezal Merican Naina Merican, berkata di sebalik kehangatan memperkatakan mengenai ANB, dasar itu perlu dilihat dari sudut yang positif dan berpandangan jauh.

Beliau berkata, ANB yang dicadangkan Pergerakan Pemuda Umno melalui usul yang dibawa Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin pada Perhimpunan Agung Umno Julai lalu akan diperhalusi untuk dilaksanakan sebagai agenda teras Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

"Bukanlah niat dan kemahuan ANB untuk melihat mana-mana kaum berasa sangsi dan gusar mengenai semangat sebenar DEB yang ingini diterjemahkan melalui dasar baru itu, kerana tidak ada sesiapa yang mampu menolak perubahan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.

"Dalam apa juga keadaan, formula perkongsian kuasa sedia ada wajar terus dipertahan dan sebarang usaha untuk mempertikaikan kepentingannya oleh mana-mana parti komponen adalah tindakan yang mengejutkan dan bersifat peribadi," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Reezal berkata, Pemuda Umno sentiasa berpandangan bahawa ANB perlu digubal dengan mengambil kira keadaan semasa.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda Umno berbesar hati dengan komitmen kepemimpinan MCA yang memahami formula kerjasama yang sudah dirangka BN.

"Mungkin kita biarkan saja pemimpin yang tidak selari dengan arus perdana terus hanyut dengan gaya politiknya tersendiri kerana minda bersendirian seperti ini tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada ikatan kukuh BN yang sedia terjalin.

"Kadang kala wujud kecenderungan di kalangan kita yang memberatkan perhatian kepada ANB dari perspektif memperkukuhkan ekonomi bangsa Melayu semata-mata, tetapi sebenarnya ia lebih menyeluruh dan bersepadu," katanya




Biro Ekonomi Pemuda harus sedar - selagi input adalah dari mereka yang masih mengharap - masih ada sekatan diri dan sekatan suara maka Biro Ekonomi Pemuda akan hanya tinggal nama dan perjuangan Melayu hanya perjuangan kertas kerja yang hasilnya juga akan hanya di catat dalam kertas laporan yang penuh ke - tidak - tahuan.


  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762