![]() |
|
|
|
|
Laporan Bernama terpanggil untuk saya memberi komen kepada laman ini. Saya bukan berhajat untuk memperkecil - kecil Dato Syed Razak tetapi usaha untuk mempamerkan diri sebagai seorang yang telah sembuh bagi saya tidak berjaya. Saya melihat bagaimana TV3 menayangkan Syed Razak sihat - tetapi nyata Syed Razak masih tidak begitu sembuh dan kalau sembuh pun masih tidak sihat sepenuhnya.
Bagi saya, jalan mudah untuk Syed Razak menentukan
kesihatannya adalah untuk tidak lagi menyuarakan hasratnya untuk
kembali berkhidmat. Saya simpati dengan Syed Razak tetapi bagi saya masa
sudah sampai untuk beliau melepaskan jawatan tersebut.
Saya percaya dan berterima kasih atas sumbangan yang telah beliau berikan kepada rakyat Kedah tetapi saya juga sekali lagi percaya inilah masa untuk Dato Syed Razak melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah.
|
|
Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762
|