|
PETITION TUNTUTAN DAN GESAAN
DEMI UNTUK KEHIDUPAN & MATA PENCARIAN NELAYAN
Warga Nelayan Desa KEDA, Sungai Udang Yan, Kedah
Warga Nelayan Kuala Sala, Yan Kedah
Kami Jawatan Kuasa Mewakili Suara Nelayan Pantai, dan seluruh warga Nelayan Desa KEDA, Sungai Udang, Yan Kedah dan Nelayan Kuala Sala, Yan Kedah terasa tertipu dan tertindas di atas bentuk bantuan bot faiber glass yang diberikan kepada. kami ingin menyatakan situasi hal yang terpaksa kami tanggungi dan bebani, ANTARANYA IALAH ;
1. Kami yang merupakan mangsa bencana tsunami telah menerima bantuan berupa bot fiber glass bagi menggantikan bot yang telah musnah dalam bencana tersebut. Ternyata kualiti bot fiber glass baru ini sangat teruk dan tidak selamat digunakan oleh nelayan untuk turun ke laut.
2. Kami terpaksa menerima bebanan kos bot fiber glass baru ini dalam jumlah yang amat tinggi, iaitu RM 200 bagi setiap kaki. Kos ini jauh lebih mahal dari harga pasaran yang hanya mencecah RM 180 atau RM 170 bagi setiap kaki. Dalam masa yang sama, perkhidmatan untuk memperbaiki bot-bot yang rosak juga perlu ditanggungi oleh pihak nelayan. Tenyata harga yang mahal ini tidak berbaloi malah memeritkan bebanan tanggungan nelayan. Purata kos membawa membaiki bot nelayan ( Kuala Sala, Yan )yang bocor sekitar RM 250 termasuk kos sewa lori, ( untuk dibawa dari Kuala Sala ke KEDA Sg. Udang Yan Kedah, tempat LKIM ).
3. Perkara yang berlaku ini telah mengakibatkan banyak keluarga nelayan yang hilang sumber mata pencarian utama untuk menyara keluarga. Ini kerana keupayaan bot fiber glass ini untuk turun ke laut amat diragui oleh nelayan. Keluarga nelayan kini berhadapan dengan krisis saraan hidup yang cukup kritikal, mereka tidak mampu turun ke laut dan perbelanjaan terpaksa diagihkan seadanya. Perbelanjaan ke sekolah, bil-bil tanggungan dan sebaginya.
4. Kami juga melihat, pengurusan oleh pihak yang terlibat dengan peruntukan bantuan kewangan untuk mangsa tsunami ini tidak telus dan intergriti. Ini kerana terlalu banyak birokrasi, proses dan juga kos-kos tidak jelas dikenakan kepada nelayan ini untuk memperolehi bantuan peruntukan bot fiber glass ini.
Maka atas dasar itu, Jawatan Kuasa Mewakili Suara Nelayan Pantai menuntut dan menggesa agar hak-hak nelayan ini dibela dengan sebaiknya. Berikut adalah tuntutan yang disuarakan ;
1. Kami menuntut agar elaun sara hidup keluarga dapat diperuntukan kepada seluruh warga nelayan yang menjadi mangsa kepada bencana tsunami, bermula dari tempoh masa kami tidak dapat turun ke Laut, sehinggalah kini. Perkara ini amat perlu untuk menampung keperluan perbelanjaan harian keluarga.
2. Kami juga menuntut agar segala kos perbelanjaan untuk membawa bot fiber glass yang rosak setelah dimasuki air, apabila nelayan turun ke laut, ditanggung oleh pihak LKIM.
3. Kami juga menggesa agar penyiasatan yang telus dapat dilakukan terhadap budget bantuan bot mangsa tsunami di Kawasan Yan. Ini kerana terdapat bukti, apabila nelayan terpaksa menangung KOS TIDAK JELAS.
|