|
"Raslan Musa" <raslanmusa@lycos.com>
To: editor1@umno-reform.com
Date: Sat 05/27/06 06:17 AM
Saya ingin menarik perhatian tuan-tuan dan puan-puan bahawa
terdapat beberapa orang pensyarah di Jabatan Radiologi, Hospital
Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian yang berkelakuan sangat
buruk.
Hospital USM di Kubang Kerian memperkenalkan sistem pesakit
bayaran sendiri melalui cabang swasta USM iaitu USAINS, sejak
satu tahun yang lepas. Ini membolehkan pensyarah mendapat
pendapatan yang lebih. Ini memang langkah yang murni tetapi ada
kalangan pensyarah telah menyalahgunakannya. Penyalahgunaan ini
amat ketara di Jabatan Radiologi. Para pensyarahnya MEMAKSA
pelajar perubatan saujana radiologi ( Master student ) melakukan
kes bagi mereka dengan bayaran yang amat minimal.
Pelajar-pelajar perubatan saujana radiologi memang tidak
bersetuju kerana mereka telah dibebankan kerja harian yang
banyak. Kes-kes USIANS selalunya pada waktu malam.
Malangnya, apabila pelajar-pelajar menolak permintaan pensyarah
( sejak 6 bulan yang lepas ), pensyarah-pensyarah memaki-hamun
mereka, membatalkan kelas-kelas serta memberi markah rendah
kepada kerja-kerja akademik pelajar.Untuk pengetahuan tuan-tuan
dan puan-puan, sistem khursus radiologi di USM memberi peluang
kepada pensyarah untuk menindas pelajar. Jika pelajar gagal
dalam peperiksaan mereka terpaksa dilanjutkan pengajian selama 6
bulan. ( Di UM atau UKM, mereka cuma perlu mengambil
semulapeperiksaan tanpa memanjangkan tempoh pengajian )
Paling buruk ialah kejadian pada 3hb Mei 2006, pensyarah telah
memanggil semua pelajar dan memaki mereka beramai-ramai dengan
kata-kata yang sungguh menjijikan. Pensyarah-pensyarah yang
terbabit adalah seperti berikut:
1. Dr Rohaizan Yunus
2. Dr Noreen Norfaraheen Lee Abdullah
3. Dr Win Mar @ Salmah
4. Dr Nik Munirah Nik Mahdi
Adakah kelakuan pensyarah berkenaan bersesuian dengan budaya
kita? Lebih-lebih lagi ada di kalangan mereka adalah warga asing,
dan sanggup menganiya doktor tempatan. Wajarkah?
Semoga tuan-tuan dan puan-puan dapat berbuat sesuatu untuk
menyelamatkan pelajar-pelajar berkenaan
Yang benar,
Dr Razlan Musa
yang prihatin
|