BALIK KE MUKA UTAMA

 

"Tuduhan rasis adalah senjata segelintir kepimpinan kaum  bukan bumiputera"

Celaan Zainuddin Maidin mengenai "mentaliti rakyat kelas 3" dan rasis telah menimbulkan kemarahan pelayar dalam laman www.malaysiakini.com  yang melibatkan kaum - kaum bukan bumiputera. Saya setuju dengan pendapat agar siaran langsung parlimen di buat dan bagi saya keengganan siaran langsung atau siaran menyeluruh sidang parlimen tidak melibatkan apa yang dikatakan "rasis". Bagi saya keengganan penyiaran menyeluruh adalah untuk menjaga kepentingan politik tertentu.

Saya menolak penjelasan Zainuddin Maidin mengenai punca ketiadaan siaran menyeluruh sidang parlimen adalah kerana "rasis" tetapi tidak menolak bahawa tuduhan masalah perkauman yang ditimbulkan oleh Zainuddin Maidin wujud dan benar. Beberapa insiden  menyebabkan saya berpendapat bahawa tuduhan rasis ini adalah senjata buat segelintir kepimpinan kaum - kaum bukan bumiputera untuk menuntut supaya hak - hak bumiputera yang diperuntukan oleh perlembagaan dihapuskan.

Saya membaca secara menyeluruh isu - isu yang di terbitkan oleh laman ini. Bagi saya ini adalah satu - satu laman yang menyedarkan kita mengenai isu rasis dan perkauman. Saya tertarik khususnya dengan tulisan  editor laman ini mengenai Tanah Melayu, Ketuanan Cina.

Kita perlu melihat perkara - perkara asas mengenai isu rasis dan siapa yang sebenarnya "rasis". Melayu sudah memiliki keistimewaan jauh sebelum kaum pendatang - pekerja import Cina dan India hadir di Malaysia. Kenapa perlu Melayu bersikap "rasis". Cuma yang wujud sekarang ini adalah kesedaran orang - orang  Melayu zaman ini dan keperluan mereka untuk bangkit mempertahankan hak mereka yang tergadai oleh kerakusan beberapa kerat kepimpinan Melayu.  Ini bukan sesuatu yang palsu. Utusan Malaysia 27hb April 2006 menggariskan bagaimana Melayu bangkit marah dengan formulasi Malaysian Union yang ditandatangai oleh Raja - Raja Melayu. Dalam rencana tulisan Rohani Ibrahim beberapa perkara terserlah.

  • Pengadaian hak Melayu oleh Sultan - Sultan pada waktu itu yang merangkumi hak - hak keistimewaan orang - orang Melayu dan
     

  • Bagaimana British mahu kewarganegaraan Tanah Melayu di buka kepada semua kaum - kaum lain

Ini adalah hakikat hak - hak Melayu yang telah dijual oleh pemerintah dan hari ini perkara tersebut berulang lagi. Maka atas kesedaran itu kita hadir untuk membicarakan hak dan bukan isu - isu yang menggalakkan persengketaan kaum. Adakah persoalan rasis timbul bila orang  - orang Melayu membicarakan hak - hak mereka? Jelas jawapan sebenarnya tidak. Kita tidak membincangkan hal - hal perkauman malah hanya membincangkan hak - hak kita. Dalam nada yang sama kita lihat kaum lain khususnya Cina mempersoalkan hak - hak keistimewaan orang  - orang Melayu. Adakah itu "rasis" atau sebenarnya biadap.

Menuntut hak yang sedia ada pada Melayu, mempersoalkan hak - hak orang - orang Melayu atas dasar keadilan adalah hipokrasi sesetengah kepimpinan bangsa - bangsa bukan Melayu. Persoalan keadilan yang  - dituntut hari ini sebenarnya menganggu jugat erti keadilan bagi bangsa Melayu dalam konteks keseluruhan. Keadilan yang dibicarakan hari ini oleh bangsa - bangsa asing adalah suatu yang tidak adil pada bangsa Melayu atas kesediaan mereka berkongsi tanah ini kepada kaum pendatang. 

Sekali lagi saya ingin merujuk tulisan Rohani Ibrahim, perjuangan untuk bangsa Cina mendapatkan hak di bumi negara ini juga tidak dilakukan oleh bangsa itu secara total malah ia hadir dari penipuan Inggeris dan kealphaan kesultanan Melayu pada waktu itu. Sikap opurtunis ini dan sikap mengatakan perjuangan mempertahankan hak sebagai 'rasis' adalah senjata ampuh yang digunakan oleh segelintir kepimpinan bangsa - bangsa asing untuk menuntut hak yang lebih dari Melayu.

Hari ini saya terkilan dengan tindakan mereka yang membicarakan mengenai Bangsa Malaysia dengan syarat utama bangsa Malaysia adalah untuk Melayu melucutkan hak - hak yang sedia ada. Ada yang  semakin bongkak dengan mengatakan Malaysia ini maju dengan hasil mereka, titik peluh mereka tetapi apa yang jelas adalah kehadiran mereka untuk mencari ruang bagi mengkikis hak - hak Melayu.

Bagi saya - itulah yang dimaksudkan oleh Zainuddin Maidin - sebagai "rasis" dan bagi saya adalah lebih tepat lagi kalau Zainuddin Maidin secara terbuka mengatakan segelintir golongan bangsa lain khususnya kepimpinan mereka sebagai bersikap "rasis" dengan tindakan mereka yang memperjuangkan bangsa tanpa mengetahui hak mereka sebenarnya.  Mereka perlu ingat bahawa hak - hak yang sedia ada pada Melayu sekiranya dituntut secara rakus tanpa memikirkan sensitiviti kaum  hanya kan mengeruhkan keadaan.

Hakikat kehadiran hak - hak keistimewaan Melayu harus difahami. Sebarang perjuangan yang mahu mengkikis hak  - hak ini adalah satu tindakan biadap.

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762