BALIK KE MUKA UTAMA

Rakyat kecewa



Kuala Lumpur, 1 Mac -- Kenaikan harga minyak baru-baru ini jelas memeranjatkan rakyat dan pengguna diseluruh Lembah Kelang. Kenaikan sebanyak RM0.30 ini dikatakan mempengaruhi perbelanjaan bulanan mereka. Untuk pertama kalinya, media tidak menyiarkan sebarang temubual yang dibuat bersama pengguna. Keadaan ini tidak seperti kebiasaan, dimana media-media akan menemuramah penggunapengguna di stesyen-stesyen minyak sejurus berlakunya kenaikan harga barangan.

Media juga dikatakan tidak mampu melayan sebarang pertanyaan talipon, secara terus menerus dalam sebarang rancangan mahu pun pada waktu biasa. Ini berikutan kemungkinan media tidak mampu untuk menjawab sebarang pertanyaan yang bakal diutarakan oleh ramai pengguna yang kecewa akan pengumuman kenaikan tersebut.

Sikap kerajaan ini juga secara tidak langsung menunjukkan kelemahan menteri-menteri dalam pentadbiran sesebuah negara. Selain dari itu, punca ketakutan kerajaan berdepan dengan rakyat adalah kerana alasan yang sama, digunakan berulang-kali. Ini
lebih menimbulkan kemarahan kepada sebilangan rakyat seolah-olah, kenaikan ini dibuat tanpa perbincangan. Ianya seperti satu tindakan yang bukan datang dari kerajaan yang berkredibiliti. Selanjutnya, kenaikan ini seolah-olah dibuat tanpa perbincangan di Parlimen terlebih dahulu seperti kebiasaan.

Isu kenaikan harga barangan nampaknya menjadi-jadi dengan adanya projek yang tidak sempurna dan tidak berkualiti. Oleh itu, kerajaan dikatakan tidak mempunyai pilihan lain kecuali mendapatkan bantuan kewangan dari rakyat yang ternyata sudah sekian lama tertekan dengan kenaikan barangan secara berterusan. Kerajaan dikatakan akan menggunakan wang tersebut untuk menaik-tarafkan projek perhubungan awam dan sebahagian akan digunakan untuk menyiapkan projek-projek yang banyak terbengkalai sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Selain dari itu, perbelanjaan juga diperlukan untuk membaiki jambatan yang retak dan rosak akibat pembangunan yang tidak dipantau dan tidak berkualiti.

Menurut seorang pengguna kenderaan di Kuala Lumpur, beliau berkata bahawa, Kerajaan kini bersikap sambil lewa, mudah berbelanja, menyalahgunakan kuasa dan tidak langsung memikirkan rakyat. Sementara itu menerusi temubual yang dibuat bersama seorang ibu yang tidak mahu dikenali berkata, Perbelanjaan beliau untuk petrol bagi menghantar anak sekolah, bekerja dan membeli barangan dapur akan mencecah RM900.00 sebulan. Jumlah ini ternyata melebihi jumlah bayaran bulanan
kereta beliau.

Beberapa pengguna yang ditemui sekitar Bandar Kelang juga memberikan pandangan yang negatif di atas kenaikan harga minyak tersebut. Mereka kesemua sudah hilang kepercayaan terhadap pemerintah yang kerap menyerahkan tanggung-jawab kepada rakyat diatas segala bentuk kesilapan mereka.

Membalas wawancara yang dibuat oleh media bersama Menteri yang bertanggung-jawab, YB Datuk Shafiee Apdal, pengguna menyatakan bahawa menteri tersebut terpaksa memberi alasan yang sama dan menurut segala perintah Perdana Menteri untuk berdepan dengan rakyat.

Beliau kelihatan tergagap-gagap ketika diwawancara. Ini adalah kerana sebelum ini, janji yang dibuat untuk memastikan tiada kenaikan barang lain juga menjadi janji yang tidak pernah terlaksana 100%. Akibatnya pengguna akan turut berdepan dengan kenaikan barangan secara umum. Pengguna menjangkakan bahawa, jika pemantauan tidak buat, menteri berkenaan kelak akan
memberi alasan kekurangan kakitangan dan sebagainya. Fenomena ini betul-betul terjadi sehari selepas kenaikan harga petrol tersebut. Disesetengah kedai runcit dan pasar, menunjukkan kenaikan harga pada sesetengah barangan.

Pengguna-pengguna yang ditemubual, rata-rata mencadangkan agar menteri-menteri yang ada meletakkan jawatan dengan secara hormat dan mereka menyarankan agar jawatan tersebut diberikan kepada mereka-mereka yang jauh berpengalaman dan mampu untuk menangani masalah semasa. Mereka juga turut menyarankan agar Perdana Menteri membubarkan Parlimen sekiranya mereka tidak mampu mentadbir negara. Ramai pengguna meminta supaya rakyat bersatu hati untuk melahirkan kekecewaan dengan tidak mengundi BN dan UMNO untuk pilihanraya yang akan datang.



Raden jowo
 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762