|
DIKTATOR GILA TALAK
daripada Rakyat Melayu Jati
Isu Mahathir menyerang Pak Lah sebenarnya sudah lama. Dalam
laman web ini Mahathir telah membentangkan pendapatnya bersama
sekian banyak surat perhubungannya dengan pemimpin Singapura
tentang isu pembatalan jambatan bengkok (memang dah bengkok pun
perhubungan itu). Mungkin apa yang dikemukakan dalam laman web
ini tidak begitu diambil perhatian oleh pelayar, maka dia
membuat persidangan akhbar, dihadiri oleh pemberita-pemberita
asing yang memang mengambil kesempatan untuk melaga-laga
pemimpin negara kita. Maka muncullah di muka hadapan Berita
Harian "Mahathir Kritik Pak Lah" - suatu isu yang memang
dinanti-nanti oleh akhbar arus perdana sekarang yang dimiliki
oleh golongan tertentu untuk kepentingan "perut" melalui wadah
akhbar yang mereka kuasai. Maka hancurlah Melayu!
Tidak terfikirkah kita bahawa Mahathir sebenarnya seorang
DIKTATOR? Terdapat sekian banyak bukti keditatorannya itu:
Pertama: Perhubungan beliau dengan kerajaan Singapura,
merupakan perhubungan peribadi, sebagai seorang diktator. Jika
tidak mengapa surat-surat itu tidak dikemukakan kepada kabinet
atau Parlimen? Mengapa??? Kita percaya jika surat-surat tersebut
dikemukakan sudah pasti terdapat para menteri yang sekian ramai
masih kekal dalam kabinet Pak Lah termasuk Najib dan Pak Lah
sendiri mempertimbangkan isi surat-surat tersebut. Tiba-tiba,
apabila kabinet membuat keputusan membatalkan projek jambatan
itu, Mahathir MELENTING! - sesudah tidak mermpunyai kuasa lagi
masih menunjukkan gigi dan siungnya. Itulah DIKTATOR!
Kedua: Sesiapa saja sudah menyedari dan mengakui bahawa
rancangan menukarkan bahasa Melayu ke bahasa Inggeris untuk mata
pelajaran Sains dfan Matematik adalah di bawah kehendak dan
arahannya sendiri - tanpa kelulusan kabinet atau Parlimen, apa
lagi mendapat mandat rakyat! Dan kini anak-anak Melayu yang 75
peratus tinggal di luar bandar, kebanyakannya sama sekali tidak
dapat menguasai bahasa Inggeris TERNGANGA-NGANGA apabila belajar
kedua-dua pelajaran itu dalam bahasa Inggeris (para guru pula
teragak-agak mengajar kerana tidak mahir berbahasa Inggeris).
Apa akan jadi kepada anak-anak Melayu di luar bandar itu?
Anak-anak itu menangis! Ibu bapa menangis! Siapa yang membela?
Ahli-ahli UMNO? Pemimpin-pemimpin UMNO? seorang pun tidak berani
menentang, amat takut "periuk nasinya terburai" dan tidak
mendapat "habuan-habuan" yang lumayan daridapa sekian banyak
projek. Itulah ahli-ahli UMNO sekarang.
Sedangkan orang-orang Cina menentang habis-habisan! Apa akan
jadi kepada anak-anak Melayu kita masa akan datang? Negara mana
dalam dunia yang menggunakan bahasa Inggeris untuk mata
pelajaran tersebut di sekolah-sekolah mereka? Wahai orang-orang
UMNO (Melayu) fikir-fikirkan! Mengapa sehingga anak-anak bangsa
kita akan tengelam dan lemas, orang-orang UMNO masih
berdendang-riang dengan keseronokan dan wang ringgit??? Sepuluh
tahun lagi percayalah, anak-anak itu akan kecam habis-habisan
dan menuduh pemimpin-pemimpin Melayu sekarang adalah sebagai
pengkhianat bangsa! Dan sebelum itu tunggulah Allah s.w.t akan
menurunkan bala kepada para pengkhianat!
Siapa yang berani mengubah kembali dasar atau rancangan itu? Pak
Lah, Najib, Hishamuddin? Pak Diktator yang tidak berkuasa itu
akan menunjukkan gigi dan siungnya. Mereka akan lari
lintang-pukang! Demikianlah percaturan politik orang/pemimpin
Melayu sekarang! Sungguh buruk dan hodoh!
Ketiga: Sekian banyak makmal komputer di sekolah-sekolah
dibina secara tergesa-gesa keran mengikut perintah yang MAHA
DIKTATOR itu, akhirnya berlaku sekian banyak makmal yang
terbengkalai, rosak, adadi antaranya projek itu hilang lenyap.
Program Khidmat Negara dijalankan juga secara tergesa-gesa,
menggunakan wang rankyat ratusan juta ringgit. Sekian banyak
pula berlaku kekecohan dan pergolakan.
Demikianlah jika pemimpin kita (Melayu) kini memejamkan mata,
memekakkan telinga apabila rakyat bersuara, menegur dan memberi
pendapat. Seolah-olah pendapat mereka saja yang betul. Yang
diktator itu pula gila talak. Tapi tunggulah suatu hari nanti,
kamu, pemimpin Melayu yang membunuh anak-anak bangsanya akan
menerima padah juga. Tunggulah!
|