![]() |
|
Reezal rakus - menjadikan GPMS batu loncatan politik beliau semata - mata Saya membaca dengan teliti - dokumen - dokumen yang telah dihantar oleh salah seorang ahli GPMS kalau tidak salah saya Sdr Azdy mengenai kepincangan kepimpinan Suhaimi Ibrahim selaku Presiden GPMS. Anehnya dalam usaha rakus Reezal dengan kumpulan - kumpulannya ttelah menyelitkan penyata akuan Azan Ismail yang dipersoalkan.
Ini adalah penyata kewangan peribadi beliau. Dari mana
Reezal dan kumpulannya dapat. Apakah strategi ini diharap dapat membunuh
kumpulan Suhaimi Ibrahim?
Apakah dengan mempamerkan penyata kewangan perbadi Bendahari GPMS tersebut tidak menunjukkan penggunaan kuasa Reezal sebagai Pegawai dalam Kementerian Kewangan untuk memperolehi salinan penyata kewangan yang sepatutnya rahsia. Apakah ini diperolehi dengan cara melanggarkan peruntukkan kuasa yang membolehkan Reezal dipersoalkan. Tindakan Reezal mempamerkan semua hutang - piutang dalam GPMS adalah seperti meludah ke langit kerana beliau dan angkatan barisan baru beliau rata - rata terlibat sama dalam perjalanan GPMS sewaktu itu. Inilah cara orang politik bertindak dengan kerakusan untuk menentukan beliau mendapat tempat dalam GPMS. Bagi Reezal saya percaya, adanya jawatan Presiden akan membolehkan beliau bertahan dalam keadaan beliau yang semakin terpinggir dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Bagi saya Reezal hanya menggunakan GPMS sebagai platform untuk terus relevan dalam politik UMNO yang diberitakan semakin merundum. Apa yang saya nampak dengan tersiarkan dokumen - dokumen tersebut, menunjukkan kelemahan pentadbiran yang sewaktu itu termasuk dengan Reezal Merican sekali. Hari ini Reezal seolah - olah membujur lalu melintang patah dalam cubaan beliau merampak kuasa.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|