BALIK KE MUKA UTAMA

Email dari pelayar ( bukan pedapat www.umno-reform.com )

 

`Tindakan mereka wajar'
Oleh: MARHAINI KAMARUDDIN dan RAJA LUVENA SHARIFUDDIN

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Datuk Seri Rafidah Aziz membuat kejutan lagi. Beliau berkata, tindakan sembilan menteri Kabinet bukan Islam mengemukakan memorandum kepada Perdana Menteri supaya menyemak semula undang-undang berkaitan pertukaran agama sebagai wajar.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu tidak menganggap tindakan tersebut sebagai satu tekanan atau ugutan sebaliknya usaha `rakan-rakan Kabinet' mewakili pendapat dan pemikiran orang bukan Islam.

Rafidah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika ditanya keperluan mengemukakan memorandum sedangkan isu itu boleh dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri berkata:

``Tak apa... yang pentingnya memorandum itu sampai (kepada Perdana Menteri). Pada saya tidak jadi masalah kerana menteri Kabinet itu mewakili perasaan orang bukan Islam.

``Pada saya mereka objektif dan sebagai anggota Kabinet, mereka merasakan wajar konstruktif dalam hal ini.''

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pada pendapatnya, kebimbangan yang dibangkitkan oleh menteri Kabinet bukan Islam itu sama dirasai oleh orang Islam juga.

``Pada pendapat saya, rakan kita dalam Barisan Nasional (BN) telah mengemukakan pandangan membina.

``Saya bukan peguam tetapi dari segi prinsipnya kena betulkan kalau ada salah tafsir supaya masyarakat tidak keliru dan tidak ada tafsiran salah demi kepentingan rakyat,'' katanya.

Ditanya adakah ini bermakna pergerakan itu sedia menyokong pindaan Perlembagaan seperti dicadangkan dalam memorandum tersebut, Rafidah berkata, perkara itu tidak dibincangkan.

Bagaimanapun, menurutnya: ``Kerajaan sudah mengatakan akan kaji, jadi kita menyokong kajian itu dibuat supaya tidak ada lagi kekeliruan atau percanggahan, antara bidang kuasa siapa hendak menentukan seseorang itu Islam dan siapa pula yang hendak buat susulan.''

Baginya, Wanita UMNO menerima pandangan bahawa pindaan adalah wajar supaya penentuan dibuat tentang prosedur yang berkenaan.





Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762