BALIK KE MUKA UTAMA


Ketetapan Ahli UMNO nampak tegas - Rafidah letak jawatan

Ghazali Mat Dom - kerajaan bukan Santa Claus tetapi Santa Claus itu wujud dalam Kementerian untuk orang -orang tertentu

PAK LAH : Tiada siapa boleh menafikan bahawa untuk tempoh masa yang lalu, ada di antara kita yang menerima terlalu banyak bantuan dan peluang. Ada juga yang menerima bantuan dan peluang terlalu sedikit. Ada pula yang tidak langsung mendapat bantuan atau peluang. "Ini tidak adil. Ini jauh dari saksama. Ini sama sekali tidak boleh diteruskan. Ini perlu dihapuskan dari kamus amalan kita.

Begitulah antara pesanan - pesanan Presiden UMNO sewaktu membuka Persidangan UMNO di PWTC baru - baru ini. Perhimpunan kali ini memberi fokus terbesar kepada isu AP yang melibatkan Datuk Paduka Rafidah Aziz. Pendedahan penerima AP ini menaikkan kening mata ahli - ahli UMNO yang bagi saya sudah tahu tapi masih bersuluh. Apa pun pendedahan kali ini se akan memberi kekuatan untuk ahli - ahli UMNO berhujah senada dengan kehendak Perdana Menteri Malaysia mengenai isu orang yang dapat lebih peluang. 

Persidangan kali ini menyaksikan antara lain adalah isu AP dan pengagihan AP yang tidak bagi mereka adil. Mereka berhujah dengan nada tegas tetapi tidak kesampaian untuk memberi tahu secara langsung bahawa mereka sudah hilang kepercayaan atas kementerian yang di pegang oleh Rafidah Aziz. Mereka secara jelas mengatakan bahawa Rafidah dan kementeriannya telah bertindak jauh menyimpang dalam menentukan keadilan dalam pengagihan permit atau apa yang di sebut AP.

Persoalan AP sebenarnya adalah satu kemelut yang berjaya dibongkarkan oleh Pejabat Perdana Menteri. Pendedahan penerima di buat oleh Pejabat Perdana Menteri yang sebelum ini turut mengatakan bahawa bukanlah dasar kerajaan untuk mendedahkan siapa yang memperolehi AP. Ini bagi kami di www.umno-reform.com satu langkah pertama dan penerusan membongkar penyelewengan Kementerian dan ketidakadilan pengagihan kontrak perlu di laksanakan.

Namun apa yang penting adalah isyarat tegas kalangan ahli yang mampu mengerumus kepada panggilan untuk Rafidah Aziz meletakan jawatan. Pembentangan isu ini dikaitkan juga dengan pembelaan hanya segelintir - atau tongkat yang di beri hanya kepada segelintir Melayu dengan menidakkan Melayu terbanyak. Sungguhpun benar kata Pak Lah bahawa kerajaan bukan "Santa Claus" namun pengagihan kontrak kepada beberapa kerat Melayu hanya memberi isyarat bahawa Santa Claus berlaku tidak adil dan patut di pecat. 

www.umno-reform.com melihat isu ini sebagai satu isu yang melibatkan kepincangan sesebuah Kementerian yang akhirnya menimbulkan spekulasi bahawa ada penyelewengan dalam penganugerahan lesen dan permit. Kementerian dalam isu ini gagal menyempurnakan tanggung jawab mereka khususnya menteri yang terlibat dalam melakukan ketidakadilan. Justeru itu www.umno-reform.com akan bersetuju sekiranya panggilan bukan hanya untuk membanteras keadilan malah panggilan untuk Menteri yang bertanggungjawab untuk melepaskan jawatan beliau. 

Dalam hal ini ahli telah menunjukkan ketetapan mereka terhadap isu AP dan Rafidah harus memahami isyarat bahawa beliau perlu letak jawatan. 




  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762