|
Subject: PAH LAH Perdana Menteri 1 penggal - maklum balas
Date: Tue 05/09/06 07:37 AM
Perlantikan Pak Lah adalah kerana TEORI RAHMAN yang digunakan
oleh pemimpin-pemimpin UMNO sejak dahulu. Akibat taksub teramat
sangat, maka pemimpin menjadikan teori ini sebagai satu syarat
dalam perlantikan pemimpin-pemimpin negara.
BAGAIMANA BELIAU DILANTIK?
Trajedi perlucutan jawatan Anwar Ibrahim, menimbulkan keraguan
di atas teori tersebut, lalu perlantikan Abdullah Ahmad Badawi
mengembalikan kepercayaan bahawa ia masih lagi diguna pakai.
Kemungkinan besar ini adalah merupakan salah satu alasan
perlantikan Pak Lah sebagai Perdana Menteri.
Persoalan disini, adakah Pak Lah sememangnya tersenarai atau
beliau sekadar pemain simpanan yang menunggu masa untuk
dikeluarkan? Karektor Pak Lah lebih kurang serupa dengan sikap
Allahyarham Ghafar Baba. Manusia seperti ini, tidak boleh
memimpin Negara dan kelayakan mereka hanyalah sebagai pak angguk
dan pak turut kepada pemimpin nombor 1. Berceramah
dikampung-kampung dan menggunakan bahasa kampung. Tetapi
Mahathir tiada pilihan lain. Dengan jolokan cucu ulamak ia
mungkin dapat mengubati perasaan rakyat yang terluka akibat
pemecatan Anwar Ibrahim.
Tetapi Pak Lah yang dilantik hanya sekadar syarat dan apabila
tibanya waktu dan ketika, beliau perlu meletakkan jawatan secara
hormat. Dan ini akan berlaku di dalam tempoh yang terdekat untuk
memberikan laluan kepada Najib Razak pula.
MUSLIHAT PAK LAH
Akibat pemerintahan Mahathir yang semakin tidak popular. Pak Lah
dapat menyeimbangkan keadaan dengan kemunculan beliau dengan
Anti-Rasuahnya. Sikap ini seperti ini adalah jelas bersententang
dengan sikap PM sebelumnya dan rakyat berjaya diubah hati mereka
untuk kembali menyokong perjuangan dan perlantikan beliau.
Semangat beliau itu rupakan hanya lah senjata untuk
mengembalikan kepercayaan rakyat dan tidak lebih dari itu.
Selepas penangkapan ikan-ikan bilis, semangat itu semakin pudar
dan penglibatan menantunya memberikan tanggapan yang berlainan.
secara tidak langsung ia menjelaskan bahawa beliau adalah tidak
ubah seperti pemimpin yang lain juga.
Untuk terus menjadi Perdana Menteri, beliau berhadapan dengan
Pilihanraya yang terdekat, yakni pada tahun 2004. Akibat
kepercayaan rakyat yang sudah luntur dan semakin hancur, beliau
tiada mempunyai pilihan lain kecuali menggunakan Islam Hadhari
untuk mengambil hati rakyat yang semakin ramai beralih arah
menyokong PAS. Sekali lagi rakyat tertipu dan dalam pilihanraya
2004, beliau memenanginya dengan majoriti yang agak tinggi.
Kemenangan akibat penipuan oleh SPR dan bantuan hantu-hantu yang
pulang kerumah untuk mengundi.
ISYARAT AWAL
Pak Lah tidak lama menjadi Perdana Menteri. Ini adalah kerana
beliau sesungguhnya tidak layak dengan tanggung-jawab yang besar
ini. Beliau mempunyai tarikh tamat yang terlekat di dahi beliau.
Seperti botol makanan yang ada tarikh luputnya. Namun beliau
tidak terkecuali untuk menyapu bersih peluang yang ada didepan
mata. Peluang ini diambil dengan menggunakan khidmat menantu
beliau Khairi. Kekukuhan fakta pemberhentian awal Pak Lah adalah
merujuk sikap Khairi yang cuba memonopoli peluang yang ada
secara gelojoh.
Sikap terburu-buru beliau seakan menunjukkan bahawa beliau sudah
tiada masa dan peluang yang ada perlu disapu secepat mungkin.
Semua pemimpin tahu, akan sikap Khairi ini namun mereka
mendiamkan diri dan kekadang memberi sokongan kerana semua tahu
bahawa hanya inilah masa bagi beliau bertindak sedemikian.
ISYARAT DARI MENTERI
Najib tahu akan kondisi Pak Lah sebagai Perdana Menteri, tetapi
beliau harus bersabar kerana masa dan ketika akan tiba. Pak Lah
bukan lah tandingannya dan apabila masalah datang bertali arus,
Pak Lah akan melangkah pergi dan Najib perlu menunggu sehingga
Pak Lah mengah sendiri. Terkapar-kapar dan tidak bernafas.
Beliau sendiri tidak hormat akan perlantikan Pak Lah kerana
beliau rasakan beliau adalah lebih bijak dari Pak Lah dan Pak
Lah bukanlah saingan baginya. Kerana itu Najib memandang remeh
atas apa yang Pak Lah cuba laungkan di dalam pemerintahan.
Sebagai contoh, istilah ISLAM HADHARI dan CEMERLANG, GEMILANG
dan TERBILANG. Najib tidak pernah menggunakan ayat-ayat tersebut
di dalam ucapan beliau. Ini jelas menunjukkan bahawa tiada
persetujuan diantara mereka dan baru-baru ini dalam Najib
menerima surat perletakan jawatan Shahrir Samad, lagi sekali Pak
Lah memberikan pandangan yang berbeza.
Najib mempunyai ramai penyokong kuat. Beliau adalah raja
dikalangan angkatan muda. Sikap tidak bersetuju dengan Pak Lah
juga menjadi ikutan kepada menteri-menteri yang lain dan sikap
ini tidak ditonjolkan secara terang-terangan bimbang diketahui
ramai. Khir Toyo, tidak dapat bersembunyi dari komplot ini
kerana beliau adalah menteri yang sering menjadi tumpuan Pak Lah.
Pelbagai kutukan diterima sejak Pak Lah memerintah, tetapi
beliau tidak langsung mengambil hati malah tersenyum sendiri.
Beliau tahu bahawa masa Pak Lah akan tiba dan itu janji Najib.
Dan kerana jaminan tersebut, Khir Toyo rasakan bahawa beliau
masih ada peluang untuk terus menjadi MB dan saingan dari bekas
Menteri di dalam Negeri, Noh Omar yang jelas menjadi orang kuat
Pak Lah tidak lagi bisa meracun lagi.
KESIMPULAN
Pak Lah tidak lama, begitulah kesimpulannya. Namun peluang yang
ada perlu dicapai dan disapu secepat mungkin. Perletakan jawatan
Pak Lah akan menjadi reality dan pastinya Najib akan gelak besar
kerana tidak lama lagi beliau akan menjadi naga yang besar untuk
merebut peluang yang lebih besar.
Malang bagi rakyat, walau siapa pun yang memerintah, selagi
masih kerajaan UMNO, ia akan tetap serupa. Perlantikan Najib
tidak akan membawa sebarang perubahan malah beliau adalah lebih
teruk dari PM sebelumnya.
Permainan politik ada dimana-mana, dan pastinya rakyat akan
menjadi mangsa dalam percaturan dan permainan politik yang ada.
Rakyat perlu berubah dari konsep yang diguna pakai. Rakyat tidak
mahu tahu akan TEORI RAHMAN tetapi rakyat perlu tahu adakah masa
depan untuk mereka. Rakyat tidak mahu kemajuan yang akan membawa
mereka ke alam kesengsaraan. Dengan kerjasama SPR dan pihak
POLIS, nampaknya Malaysia tidak kemana kecuali ke lembah
kehancuran yang lebih dahsyat.
Rakyat tahu siapa Najib tetapi apakan daya, terlalu ramai yang
masih lagi beku otaknya dan benak hatinya.
Kehadiran Najib kelak akan sedikit membuat perubahan dalam erti
kata sebenar. Segala kepincangan di dalam pemerintahan Pak Lah
ketika ini, akan cuba dibaiki. Beliau tidak banyak merancang
ketika ini, kerana segala-galanya akan diluah apabila beliau
dilantik sebagai PM kelak.
Tetapi tektik Mahathir atas perlantiakn PAK LAH adalah lebih
untuk menyeimbangkan pemerintahan Malaysia. Dari pemimpin yang
hebat (Mahathir), ke pemimpin yang lemah (Pak Lah) dan kembali
kepada kepimpinan yang sedikit baik (Najib). Namun jika diteliti,
semuanya hancus dan tidak boleh diguna pakai. Perlu dihapuskan
dan digantikan dengan produk baru yang lebih relevan dengan
keadaan kemajuan dunia sejagat hari ini. Sehingga berjumpa lagi.
|