BALIK KE MUKA UTAMA


raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>

To: editor1@umno-reform.com

Subject: PERJUANGAN MELAYU UNTUK MEMBUNUH DIRI

Date: Wed 05/10/06 02:35 AM


Kritikan terhadap UMNO sudah semakin lantang dikeluarkan di internet dan media. Sayang kerana kerajaan mengawal ketat siaran TV, yang jelas mencatu komen rakyat kepada kerajaan. Jika tidak mungkin beribu-ribu sumpah seranah diterima untuk menyambut ulang tahun UMNO ke 60.

Ke-60? Tua benar sudah UMNO, patut nya sudah masuk kubur dan ditalkinkan dengan sempurna. Jika dikebumikan jangan dibuka ikatan dikepala, bimbang menjadi hantu yang akan datang mengundi pada pilihanraya, di Sarawak nanti.

Setiap kali UMNO berkata, bangsa Melayu adalah perjuangannya. Sebenarnya perjuangan UMNO adalah perjuangan diri sendiri. Menjual gula dan minyak. Menyeludup masuk balak dan segala bentuk barangan untuk lari dari cukai dan sebagainya. Pemimpin UMNO sesungguhnya tiada maruah dan sanggup melakukan apa sahaja untuk hanya digelar ?ORANG KAYA?.

UMNO mahu bangsa Melayu berjuang untuk Melayu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. Berlawan dengan musuh bangsa, tetapi UMNO sudah menjual senjata dan membiarkan Melayu berjuang dengan gusi dan lidah serta tulang empat kerat. Akhirnya melayu bukan sahaja kalah, malah terkorban maruah dan nilai bangsa. Dihantar berjuang tetapi sebenarnya dikerah untuk membunuh diri beramai-ramai. Apa ke jadah semua ini? Melayu dikerah untuk menegakkan UMNO
dan bukan untuk mengutuhkan maruah bangsa.

Rakyat kini berhadapan dengan masalah baru, GULA. Gula hilang tidak tahu kemana. Begitu lah kata Shafiee Apdal, wakil Kementerian Perdangan Dalam Negeri. Siapa ?menatang beruk? Shafiee ini? Beliau adalah satu batang yang lurus dan berbendul dan tunggu masa reput dan menjadi makanan anai-anai serta sepah bulan. Jenuh menjawab itu dan ini tetapi sebenarnya beliau tidak mampu bertindak sepertimana yang rakyat harapkan. Jadual kerjanya, lebih kepada ?YA? kan ketua. Tidur dan bangun keesokan paginya untuk meng ?YA? kan lagi ketuanya. Selagi hayatnya masih ada.

Kononnya bingung, apabila GULA tiada dipasaran. Lakonan drama ASTRO yang ulang-ulang dan terus diulang dalam channel 41, 42 dan 43. Lalu akhirnya jawapan beliau pastinya, ? GULA DISELUDUP.? Jika anda tidak percaya, tunggu dan lihat apa kata beliau nanti.

Jawapan yang sama ketika kekurangan minyak berlaku. Penyeludup membawa keluar gula dan minyak menyebabkan kekurang stok di Negara kita.

Aktivit penyeludupan minyak masih berterusan dan kini isu penyeludupan gula pula. Bagaimana cara kerajaan mengatasinya? Dengan cara tidur dan berdengkur.

Berharap agar penyeludupan berhenti dengan sendiri kerana KASTAM tidak boleh bertindak sesuka hati. Jika KASTAM bertindak lagi, ada lagi menteri yang akan berhenti.

Kekurangan pekerjaan bukan sahaja berlaku kepada para siswazah. Wakil-wakil Parlimen pun kelihatan sudah tidak mempunyai kerja. Lalu tugas baru mereka adalah menyeludup masuk balak bergergaji untuk ditukar dengan GULA ke Indonesia. GULA? Patutla gula kurang di Malaysia. MP Jasin menyelam sambil minum air juga sambil mencari mutiara. Serampang 14 mata. Melakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Kehebatan MELAYU yang bukan sahaja berdiri sama tinggi, malah sama beraktiviti.

Tugas-tugas seorang MP UMNO: -

1. Wakil Parlimen
2. Membela rakyat
3. Menaikkan taraf bangsa Melayu
4. Mewakili kerajaan sambil berketuk meja
5. Membawa masuk balak bergergaji
6. Membawa keluar dengan gula
7. ?Negotiator? dengan KASTAM
8. Bangkang usul Pembangkang

Begitu lah tugas seorang Melayu Sejati. Perlu dicontohi dan perlu diikuti untuk memakmurkan bangsa Melayu seluruhnya untuk tidur sama leper, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, mati sama kubur, kencing sama berlari dan bodoh sama bangang. Bagaimana dengan MP yang lain?

Mungkin ini lah saranan kerajaan kepada bangsa Melayu untuk mula berniaga. Kerana perniagaan akan menghasilkan 90% pendapatan dan rezeki. Mungkin selepas ini rakyat boleh juga mula menyeludup keluar gula dan minyak kerana aktiviti mereka diretui oleh KEPIMPINAN. Jangan bimbang kerana PEMBANGKANG tidak boleh membangkang. Mereka hanya mampu menjerit.

Cuma apakah layanan kerajaan kelak? Pujian atau kutukan? Pembelaan atau dipenjarakan? Penulis percaya aktiviti serupa ini bukan sahaja dilakukan oleh MP Jasin, malah ramai lagi. Cuba nasib sahaja yang berbeza. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Bukan sahaja hujan, malah dipanah PETIR. Kaboommmm!!!!

Melayu UMNO tahu mereka dapat pembelaan, kerana itu ramailah usahawan-usahawan UMNO dilahirkan, setanding dengan bangsa lain dan setanding dengan mafia-mafia lain. Tidak boleh dikritik dan tidak boleh dikomen. Kelak ketua nya akan menyerang dan sekali lagi ada Menteri yang dilucutkan jawatan.

Maka tidak hairan lah kekurangan gula dan minyak dan tidak hairan lah maksiat, murtad, dadah, vcd haram, pelacuran, rasuah sukar untuk ditangani. Kerana tiada siapa mampu mengkritik. BEGITULAH KESIMPULANNYA.

Perkara sedemikian rupanya sudah lama berlaku. Sudah 14 kali ditahan? Kerana itulah rakyat berebut untuk menjadi ahli Politik UMNO. Kerana ia adalah LESEN BESAR untuk melakukan rasuah, jenayah dan perkara-perkara yang tiada maruah. Kerana itulah
kerusi UMNO sentiasa direbut kerana halal dan haram bukan lagi halangan.

Bangun lah SHAFIEE, bangun lah Melayu. Tidur sampai dini hari merosakkan jiwa dan minda. Perjuangan Melayu tidak akan berjaya kerana Melayu diarah untuk berperang tanpa makanan dan senjata. Peperangan MELAYU hanya berbekalkan doa. Betapa susahnya untuk menang selagi kapten. Mejar General nya yang asyik menjual senjata untuk menyara hidup anak dan isteri.

Biarlah Melayu berjuang dengan lengkap bersenjata. Jika pemimpin masih tidak sedar diri Melayu bukan lagi berperang, tetapi pergi untuk membunuh diri. Mati Melayu, mati jenerasi, mati segala-galanya.

Dulu ?anak kecil main api? sekarang ?anak kecil bunuh diri? lalu perlu diubah lagunya, berubah mengikut kemodenan dunia masa kini : -

ANAK KECIL DAH BESAR (Tajuk)

Anak kecil bunuh diri
Terbakar, rambut sampai kaki
Akibat perangai, menteri-menteri
Tergadai harta seluruh negeri

MP sudah kaya raya
Seludup minyak juga gula
Akibat nak kaya, harta dan kuasa
UMNO lahirkan buaya serta naga.

Chorus
KASTAM sudah tiada kuasa
BPR juga tiada guna
Marilah bersama, menghuni neraka
Penuhkan dengan bangsa kita

Kini sudah sampai masa
Seluduplah barangan lain juga
Apa nak dibimbang, siapa nak melarang
Lupakan halal ataupun haram.

(Ulang rangkap diatas, sampai mengah)
Chord: A Major atau B# minor atau morris minor


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762