|
raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: MAHATHIR YANG SEPERTI SESUMPAH
Date: Tue 05/09/06 04:14 AM
Selepas pengunduran beliau, Mahathir dilihat senyap sebentar dan
kembali mengkritik kerajaan atas dasar tertentu yang dilakukan
oleh Pak Lah. Pernah kah kita terfikir bahawa yang dikritik
adalah Pak Lah, yang beliau sendiri lantik ketika beliau menjadi
PM dahulu.
Adakah Mahathir terlalu pandai untuk mengkritik itu dan ini, dan
adakah beliau terlalu bodoh kerana melantik Pak Lah dahulu? Isu
yang perlu kita fikirkan.
Telah terlalu jelas, bahawa walaupun beliau mengkritik sistem
permerintahan Abdullah Badawi, tetapi mereka saling bertemu dan
bertukar-tukar fikiran. Sehinggakan kenaikan harga minyak tempoh
hari, adalah sejurus selepas Abdullah dan Najib bertemu dengan
beliau.
Politik sebenarnya semakin kotor dan semakin BANGSAT. Mungkin
ada yang sedar bahawa segala-gala perbalahan adalah seperti
dilokan-lakonkan. 'Kubur kata mari' tidak membimbangkan Mahathir
untuk merubah diri menjadi datuk yang baik, membelai cucu
diwaktu lapang. Beliau masih berpolitik dan mengkacau bilaukan
keadaan.
Keadaan yang sama juga berlaku ketika Mahathir mengutuk
pemerintahan BUSH dahulu dan dalam masa yang sama beliau terus
menemui BUSH untuk merancang sesuatu. Yang menyedihkan ada
rakyat yang terpengaruh dan bersorak apabila Mahathir menghentam
Pak Lah dalam isu pembatalan jambatan BENGKOK tempoh hari.
Rakyat tidak tahu apakah tujuan dan apakah haluan mereka
sebenarnya. Rakyat boleh menjangka tetapi rakyat tidak boleh
meneka apakah tujuan mereka sebenar.
Perlu diingatkan bahawa, Bentuk Politik Kerajaan di Malaysia
sudah banyak merosakkan Negara. Dan Rakyat jangan terpengaruh
dengan lakonan para pemerintahan yang dilihat cuba untuk
melarikan fokus rakyat dari isu-isu penting. Ketika rakyat
menerima kenaikan harga minyak, isu Jambatan dilihat sebagai
cermin yang akan memesongkan cahaya kepada arah lain. Lantas ia
berjaya melenyapkan isu kenaikan harga barangan lain yang
berpunca dari kenaikan harga minyak. Jambatan boleh diteruskan
atau dibatalkan. Tetapi harga barang terus naik dan tidak boleh
diturunkan lagi. Mana yang lebih penting?
Mahathir tetap Mahathir dan beliau tidak pernah bertukar menjadi
NIK Aziz atau Ahmadineejad. Beliau akan kekal menjadi bapa
kepada Marina (SIS) dan MIRZAN (KLB). Yang pernah dibantu ketika
kemelesetan ekonomi tahun 1998 dahulu. Menggunakan segala kuasa
untuk membantu anak ketika syarikat mereka berhutang. Kerana itu
Malaysia masih terikat dengan perjanjian penjualan minyak
Petronas kepada Jepun dengan harga yang lama dan di dalam tempoh
yang lama. Masih ingatkah kita?
Jangan sesekali kita tenpengaruh bahawa Mahathir sudah bertukar
fikiran dan menjadi pembangkang kerana Mahathir licik orang nya.
Bijak menggunakan akal pembelitnya untuk membelit rakyat
Malaysia. Jangan sesekali kita lupa bahawa Mahathir telah secara
tidak langsung menyebabkan harga elektrik bakal meningkat
dibulan Mei ini. IPP yang berada dibelakang TNB adalah diantara
syarikat kroni-kroni beliau.
Rakyat perlu bijak membezakan antara reality dan fantasi,
kebenaran dan kebathilan. Para pemimpin kerajaan menimbulkan
banyak tajuk-tajuk utama perbincangan. Kita seperti penonton
yang memberikan pelbagai bentuk komen untuk sebuah filem
terbitan.
AKhirnya pengarah dan penerbit yang menjadi jutawan. Bertengkar
dan bertumbuk untuk menegakkan perkara yang tidak perlu
ditegakkan. Pada kerajaan komen adalah tidak penting, yang
penting adalah sesuatu isu itu berjaya mendapat perhatian dan
seterusnya menutup isu utama yang cuba didiamkan.
Mahathir umpama sesumpah yang boleh bertukar kulit dan wajah.
Menjadi pembangkang dan kadang-kadang menjadi kerajaan.
Kebebasan ini diperolehi apabila beliau meletakkan jawatan. Tapi
nyata, tangan beliau masih bergerak untuk menarik boneka-boneka
untuk melakonkan segala lakonan yang beliau arahkan.
Berjaga-jaga dan waspada selalu.
|