|
raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: PERJUANGAN BANGSA ADALAH LAWAK SEPANJANG ZAMAN
Date: Mon 05/08/06 02:45 AM
Bermula pada zaman kemerdekaan, politik memainkan peranan
penting untuk melakukan penipuan besar-besaran kepada rakyat
Malaysia yang ketika itu hidup bertani dan menjadi nelayan. Di
zaman penjajahan, apa yang rakyat mahu ketika itu adalah
KEAMANAN dan KEDAMAIAN. Kemasukan penjajahan yang menyekat itu
dan ini dan menyerang sana dan sini adalah strategi yang
digunakan untuk menakutkan bangsa Melayu dan sebagai penghujung
perancangan adalah dengan penubuhan UMNO yang kononnya berjuang
menentang penjajahan Malayan Union dan mendapat sokong padu dari
rakyat yang rata-rata terdesak untuk DAMAI.
MUSUH TAPI BERSAMA
Dalam berseteru sebenarnya UMNO dan British adalah dari rumpun
yang sama. Ramai yang menjadi pemimpin awal dan sehingga kini
adalah terdiri dari mereka yang mempunyai kaitan dengan British.
Kroni disana dan sini. UMNO juga bersama British menyekat
perjuangan KOMUNIS, menghapuskan parti politik lain seperti KPMM,
AWAS, API dan bersama memusuhi Ahmad Boestaman, Dato Burhanuddin
Helmi dan lain-lain lagi. Digelar sebagai musuh, dipenjara dan
dihina. Siapa kata UMNO halau British? Siapa kata UMNO musuh
BRITISH? Lawak jenaka ini bertahan untuk tahun yang ke-60.
Onn Jaafar, keturunan Turki bekerja sebagai District Officer
(DO) dari Batu Pahat, berkelulusan Universiti di England,
beristerikan seorang wanita bernama Hanim Rogayah yang juga
berasal dari Turki. Turki berjuang untuk Melayu dan digelar
Pejuang Melayu? Boleh ke? Tetapi pada Melayu, JOWO tidak boleh
berjuang untuk Melayu, Perjuangan Melayu adalah hak Melayu.
Pelik yang menggelikan.
Melayu sendiri keliru dengan bangsa sendiri. Puja bangsa lain
sehingga digelar pejuang tetapi keliru dengan istilah RUMPUN
MELAYU. Mahunya pejuang Melayu itu namanya mesti lah Melayu
seperti Kassim Masdor, Abdullah Ahmad Badawi, Nazri Aziz, Najib
Razak, Mahathir Mohamad dan lain-lain. Tidak kira bangsa Turki,
Bangladesh atau Afghanistan tetapi namanya mesti di Melayukan
dahulu untuk berjuang sebagai pejuang Melayu. Mungkin ada juga
YAHUDI yang sudah bertukar nama menjadi Melayu.
Pejuang Melayu sebenar sudah lama hidup merempat. Dikejar sana
dan sini, dipenjara dan diseksa. Marah sungguh Melayu jika ada
yang mengatakan Hang Tuah datangnya dari Cina. Apa beza Hang
Tuah dan Onn Jaafar? Gelinya hati.
Pokoknya bercerita sedikit tentang perjuangan, maka mereka bebas
menggelar diri mereka sebagai pejuang. Kerana itu banyak lah
pertubuhan baru dari jenerasi politik baru yang bercerita
tentangan Perjuangan Bangsa Melayu. Sejauh mana kebenarang
perjuangan itu, ia terserah kepada NIAT sebenar pejuang
tersebut..Adakah ia tangga perjuangan atau sebagai
satu tangga untuk kejayaan.
Perjuangan yang dilaungkan oleh UMNO misalnya adalah satu kaedah
untuk mendapat sokongan bangsa Melayu. Bangsa yang sejak dahulu
tunggu untuk dibantu. Ditekan dan dipijak oleh British dan ahli
politik UMNO. Bangsa melayu terlalu bangga akan bangsa mereka
dan jalan terbaik untuk memerintah bangsa Melayu adalah
menubuhkan UMNO, sejak itu, Melayu sudah mula menggadai maruah
dan harta negara. Penyerahan Singapura, perjanjian minyak dengan
Jepun, menjual pasir dan pembekalan air, sudah menjadi perkara
biasa. Mungkin banyak lagi yang kita tidak tahu. Ini urusan atas,
dan rakyat tiada masa untuk fikirkan kerana apa ada dalam kepala
rakyat ketika ini, bagaimana hendak mencari wang untuk sara anak
dan keluarga?
Perjuangan Melayu kini tidak lebih dari satu gurauan, jenaka.
Pemimpin yang asyik berpolitik, sudah tiada masa untuk berjuang.
"Aku sebok ni." Politik adalah pekerjaan dan bukan perjuangan.
Kerana itu ramai anak muda menceburkan diri dalam arena politik
kerana mereka merasakan politik boleh memberi kekayaan. Contoh
sudah ada dimana-mana. Serius kah perjuangan bangsa?
UMNO tidak membawa sebarang perjuangan. Menjadi ahli politik
memberikan mereka kemewahan yang tiada tandingannya. Kerana itu
lah maka peguam, doktor dan sebagainya sudah lama menceburkan
diri di dalam politik. Mereka tahu pendapatan berpolitik adalah
jauh lebih mewah dan sumbernya juga pelbagai. Ia mampu
menjutawankan mereka di dalam tempoh yang paling singkat. Tidak
perlu merawat pesakit, tidak perlu hadir ke Mahkamah, tidak
perlu mengajar murid, mereka hanya perlu turun ke kedai kopi
bertemu penyokong, kesana-kemari untuk tunjuk diri lalu
bercerita tentang perjuangan bangsa. Begitu lah kehidupan ahli
politik yang semudah nya menggelarkan diri mereka PEJUANG BANGSA.
Bilakah masa mereka berjuang?
Ketika pilihanraya, berhadapan dengan bangsa Melayu dan
berbicara tentang bangunkan BANGSA. Dihadapan bangsa lain,
mereka laungkan PERPADUAN DAN KERJASAMA. Kemana hala tuju mereka
sebenar?
Perjuangan bangsa ahli politik adalah perjuangan sendiri-sendiri.
Perjuangan yang mahu nya hanya ditangga pertama. Tiada penyokong
kerana semua mahu jadi ketua. Untuk menjadi ketua, maka mereka
perlu menjadi kaya dan mampu membeli undi-undi. Mengamalkan
sikap binatang yang tidak kenal kawan dan lawan. Mengawan sana
dan sini untuk lahirkan jenerasi Melayu terkini.
Menjadi PEJUANG wajib ada projek disana dan disini, menipu itu
dan ini. Lantas kerana kesibukan maka, siapa yang berjuang hari
ini? Fokus mereka berubah dari perjuangan kepada cari kekayaan.
Contohi Pah Lah yang berjuang bermati-matian mencari Al Ghazali
dan As Shafie. Tiada usaha melainkan hanya berkata dan berkata.
Pak Lah tidak ketemui Al-Ghazali kerana yang ditemui hanyalah
Khairi. Cari As-Shafie yang ditemui juga Khairi. Khairi ada
dimana-mana, menebeng tunggu peluang tunggu janji.
Berapa ramai pejuang yang masanya digunakan untuk berbincang
tentang kemunduran dan masalah bangsa masa kini? Dikedai kopi
pejuang bangsa bercerita tentang persatuan itu dan ini.
Berbicara tentang buruk dan kutuk. Projek itu dan projek ini.
Pejuang mencari peluang untuk ketengah dan mencipta nama.
Perjuangan Bangsa sekarang lebih kepada perjuangan berprestij.
Isu yang bakal memberikan mereka laluan untuk terus berjaya dan
mencipta nama. Dikenali seantero Negara dan mudah memperoleh
jalan kehidupan yang mewah dimasa hadapan. Isu Jambatan misalnya
adalah isu yang selamat untuk dibicara. Isu bangsa Melayu miskin,
isu bangsa Melayu merempat, isu Melayu
dihalau, isu Melayu ditipu oleh projek perumahan tidak glamour
maka tidak perlu disentuh. Panaskan isu Jambatan kerana isu
Jambatan lebih pendedahan. Isu yang mendapat keizinan.
Bangsa Melayu tidak boleh diselamatkan lagi, kerana bangsa
Melayu sudah semakin punah. Punah diluar dan punah di dalam.
Mengecil dan terus kecil. Tidak mendapat sambutan. Jangan lah
menyebut tentang perjuangan Melayu kerana perjuangan Melayu
tidak akan berakhir dengan kejayaan tetapi berakhir dengan
terbengkalai dan kecundang. Asyiknya terbengkalai.
Perjuangan Melayu adalah perjuangan yang TIADA NOKTAH tetapi ada
TANDA KOMA, TANDA SERU dan TANDA SOAL. Berjuang dan boleh
berhenti seketika. Berjuang dan menjerit-jerit dan akhirnya
keliru dengan perjuangan.
Pejuangan bangsa Melayu sekarang serba mewah. Pejabatnya
mestinya besar, keretanya dari jenama yang bagus, bajunya sudah
pasti yang mahal, elaun nya sahaja sudah mencecah ratusan ribu
setahun dan gajinya pula hebat.
Berebut lah anak bangsa yang mahu menceburkan diri dalam politik
dan memperolehi kemewahan seperti itu. Projek sana sini dan
peluang dan sini dan situ. Lupa akan perjuangan kerana
perjuangan bangsa tidak lebih dari seminggu dalam setahun di
PWTC. Siang berceloteh dan malam berdangdut. Tidak percaya?
Macam-macam pastinya ada.
Semua orang boleh mengaku sebagai pejuang, tetapi sejauh mana
tulennya perjuangan itu? Tepuk dada tanya selera. Lain mulut
lain dihati. Memang lidah tidak bertulang. Mulut bisa berkata
akan perjuangan kerana mulut sentiasa menipu. Kalau hati boleh
mengeluarkan kata-kata, kalau telinga dan hidung boleh berbicara,
maka kita tahu perjuangan apa sebenarnya MEREKA.
Perjuangan bangsa selama 60 tahun akhirnya berjaya melahirkan
anak yang nikah nya diluar, Islamnya diluar, bangsa yang
hidupnya dengan dadah, bangsa Melayu yang dihalau kesana dan
kemari. Bangsa yang tahu nya berhibur. Perjuangan yang
melahirkan bangsa Melayu yang sengsara, tidak kaya dan tidak ada
kerja.
Tahniah sekali lagi kepada barisan pejuang bangsa yang sungguh
berwibawa. 60 tahun perjuangan berakhrnya dengan kejayaan.
Kesinambungan perjuangan anda akan terus ada kerana yang tua
akan mati dan yang mati akan diganti dengan jenerasi perjuangan
yang baru dan dengan kaedah perjuangan yang lebih moden dan
canggih. Teruskan berjenaka kerana dengan jenaka sebegini cukup
untuk menghilangkan dahaga akibat gusi yang tidak pernah kering.
Ketawa tidak henti kerana perjuangan bangsa adalah lawak
sepanjang zaman.
|