|
raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Cc: marhaen@gmail.com
Subject: MENCARI ISTILAH KETUANAN
Date: Sat 04/15/06 04:15 AM
MENCARI ISTILAH KETUANAN
Islam mesti sedar. Sedar ketika berakhirnya zaman, ketika itu
Melayu sudah lama terkubur. Hang Tuah tidak pernah berkata, ?Tidak
Melayu hilang didunia.? Siapa yang ada buktinya Hang Tuah
berkata demikian rupa? Siapa ada sejarah Hang Tuah yang berjuang
untuk Melayu? Perjuangan Hang Tuah bukan untuk bangsa, ia hanya
untuk ketua. Buang Jebat, buang saudara,
berjuang pemimpin ada upahnya. Ketuanan Sultan di zaman dahulu.
Terima kaseh kepada kesemua penulis yang bersengkang mata, tiada
upah dan tiada imbuhan, demi untuk melihat bangsa kita ke depan,
demi untuk menyedarkan. Bersama-sama kita sedarkan, memberi
cahaya dikegelapan, agar rakyat boleh membezakan antara
perjuangan sebenar dan ketuanan rekaan.
Perjuangan melayu sebenarnya rekaan British. Yang mahu rakyat
berpecah dan berbelah. British yang mahu menyekat dan sekat.
Untuk biar 3 bangsa bertelagah. Kini tanggung-jawab disambung
oleh UMNO yang terikut pada kiblat nya dibarat. Di lokasi Bush
dilahirkan, di lokasi Blair dibaptiskan.
Rakyat menurut perintah, sejak dahulu sehinggalah kini. Yang
mengarah dipanggil Tuan, Tuan dari segala Tuan. Dahulu Sultan
menjadi Tuan dan kini Kerajaan Menjadi Tuhan. Adakah ketuanan
milik Melayu?
Melayu hanya pandai mengikut. Ikut apa yang pemimpin mahu kita
ikut. Ikut yang merosakkan. Assalamualaikum kata aku. What?s up
bro. Katanya. Asalamualaikum kata ku, See ya!! katanya. Melayu
jadi kayu kerana ikutkan sangat mereka sehingga lahirlah
jenerasi ? Melayu
What?s up?. Jenerasi Melayu Hip Hop.
Kerajaan bimbang Islam bangun menentang. Maka dimusnahkan
sekolah agama, Parti Islam, Tamadun Islam dan Undang-undang
Islam. Undang-undang yang melarang mereka beRASUAH,
undang-undang melarang mereka BERZINA, undang-undang yang
melarang MEROMPAK, yang melarang mereka berBAZIR. Maka lahirlah
Islam Hadhari, Islam yang tidak pada setiap hari. Islam seperti
Marina dan seperti Nori. Bersekongkol dengan persatuan yang
imamnya bukan lagi lelaki. Memersoalkan isi Al-Quran dan Islam
hakiki. Maka hilanglah ketuanan Islam.
Bangsa harus sedar, kita tidak mahu lagi pemimpin Melayu, kita
mahu pemimpin Islam. Pemimpin Melayu kita, sudah lama Islamnya
luntur. Luntur kerana benarkan judi, luntur kerana benarkan
loteri. Luntur kerana halalkan Calsberg dan Brandi. Luntur
kerana kerajaan benarkan rasuah dan benarkan murtad. Usaha tidak
untuk menghindar. Konon nya hidup berbilang bangsa. Membiarkan
murtad berleluasa, supaya mudah mereka berkuasa, biar rakyat
keliru dengan halal dan haram. Lantas membenarkan kerajaan
lakukan apa sahaja. Kerana kitab Melayu kata semuanya halal.
Bagaimana agaknya kerajaan mengatur strategi? Untuk berjuang
demi bangsa dan dalam masa yang sama memerintah Negara yang
majmuk rakyatnya. Ada masa dan ketika, bercerita tentang bangsa,
dan ada masa dan ketika, mahu rakyat bermuhibbah. Ramai bijak
pandai.
Tapi ramai yang bijak untuk merosak, ramai yang bijak untuk
memusnah. Ilmu untuk menyamakan manusia denganlembu. Tuan jadi
kan lembu sebagai mangsa, untuk dimakan dan untuk disembelih
hidup-hidup.
Tentu ada yang keliru, ketika kerajaan melancarkan RMK9 kononnya
peruntukan untuk Melayu dan dalam masa yang sama beri sokongan
pada syarikat bangsa asing. Persoalannya, mana sebenar hala tuju
jika perancangannya sudah keliru. Memakmurkan melayu atau
memakmurkan rakyat?
Banyak mana RMK sekalipun, Melayu masih disitu. Berjuang kerana
Melayu kerana pemimpin bimbang pada bangsa lain. Perjuangkan
bangsa kerana memudahkan mereka mengeluarkan peruntukan
pembangunan yang ada. Kononnya memimbangkan ekonomi. Sedangkan
bangsa Melayu sebenar masih menunggu dan termanggu-manggu. Sudah
ngantuk disorong bantal. Bukan tambah melegakan tetapi melayu
lena kelaparan.
Peruntukan lesap, Melayu masih merempat, dan belum sempat
bersoal, keluar lagi perancangan baru, kononnya untuk membantu
lagi Melayu. Begitulah seterusnya dan bangsa yang leka, masih
berjuang untuk bangsa menggila-gila. Terjerit sini, terjerit
sana, memuji-muji pemimpin, berketuk-ketuk meja, hanya kerana
BARU MERANCANG. ? Bijak nya Pak Lah, bijaknya Kerajaan.?
Kejayaan belum lagi, sudah diberi puji-pujian. Bangangnya mereka.
Rakyat sudah mula sedar, bahawa bangsa tidak akan membawa kita
kemana-mana kecuali agenda kerajaan untuk terus boros berbelanja.
Malu untuk mengaku Melayu kini, kerana pemerintahan Melayu lah
yang mengakibatkan banyak projek terbengkalai, banyak jambatan
tersadai dan banyak syarikat yang terjual. Kerana pemimpin
Melayu lah banyak perancangan tidak terlaksana dan seterusnya
peruntukan untuk Melayu sendiri sudah semakin berkurang. Tetapi
kerajaan tidak boleh dimarah, tidak boleh dilarang. Bodoh mana
pun Tuan tetapi Tuan.
Kalau tidak menipu bukanlah UMNO. UMNO lahir untuk menipu. Tipu
yang dibawa keturunan sejak zaman dahulu. Dari Tunku Rahman,
kepada menteri-menteri yang ada. Pemimpin melayu hanya mampu
membina jambatan yang terbengkalai, terjulur dan
terjuntai-juntai. Akhirnya rakyat diketawakan kerana mempunyai
kepimpinan yang maju tapi kebelakang.
UMNO sudah gelisah. Rakyat sudah mula ambil kesah dan rakyat
sudah mula ragu-ragu akan perjuangan bangsa yang sejak dahulu
tidak pernah nyata, Yang pasti kejayaan UMNO, adalah kejayaan
membawa Melayu semakin mundur. Kejayaan yang membawa Melayu
rebah. Kejayaan khayalan dan bukan realiti. Menunggu waktu untuk
terus mati. Biarkan Melayu mati kerana Tuan boleh terus hidup.
Untuk majukan Melayu mudah, untuk matikan Melayu lagi mudah.
Setiap perancangan kerajaan, ada niat yang berlainan, ianya
untuk kroni dan rakan-rakan. Maka kerana itu Melayu masih ada
yang sengsara dan masih ada yang menderita. Menderita kerana
bantuan tidak kunjung tiba dan malangnya, tiba-tiba kerajaan
bersuara. ? Rakyat tidak boleh bergantung kepada kerajaan.?
Pulak dah. Masa berjuang cerita semua indah-indah, kini tidak
boleh bergantung dan tidak boleh mengharapkan. Mereka lari dari
tanggung-jawab. Rakyat kerut dahi, ketuk kepala, tidak faham
maksud kerajaan.
RMK 8 menelan belanja RM170 billion, jika diberikan sama rata
kepada rakyat yang seramai 23, 953, 136 juta orang penduduk
Malaysia (2005), Melayu tidak perlu merempat. Tapi kecewa Melayu,
membawa diri, lalu dipanggangnya siput babi. Untuk makanan
keluarga berhari-hari. Islan Hadhari sudah menghilangkan diri,
kerana Islam Hadhari adalah Islam biskut. Islam penakut.
Akhirnya ketuanan bukan milik semua.
RMK 9, dilancarkan lagi. Lantas sipengampu melompat gembira,
bagai nak gila. Gantung sepanduk, ketuk meja dan menjerit
melolong. Macam pontianak disampuk polong. Tidak jelas lagikah
bangsa dengan kepimpinan yang sedia ada. Tidak sedarkah lagi
rakyat dengan semua kisah yang menyanyat. Sedih bila melihat
melayu miskin tetapi dalam masa yang sama setuju untuk
TIDAK bergantung kepada kerajaan dan semesti tanggung-jawab
kerajaan untuk berbudi dan berbakti. Lantas apa tugas kerajaan?
Mahu berbelanja tetapi tidak mahu bertanggung-jawab dan tidak
mahu bersoal jawab. Tuan tidak perlu menjawab dan tuan tidak
perlu berkerja.
Kuli ada merata-rata, tidak kira bangsa tidak kira agama.
Salahnya bangsa Melayu kerana memilih ketua. Salah nya Melayu
kerana terikut untuk perjuangan. Perjuangan yang tidak diberi
pedang. Perjuangan untuk bangsa dan Negara, sebenarnya itu semua
dusta dan agenda. Serang tanpa senjata seperti benteng tunggu
untuk rebah. Diserang dan dihentam, ketua masih dibelakang
dengan gundik dan hidangan.
Bodohnya melayu kerana keliru dengan istilah kehidupan. LEMBU
untuk dikorbankan dan bukan untuk jadi KERAJAAN. KELDAI untuk
bantu membawa peti dan bukan untuk jadi MENTERI. Kerana keliru
maka, LEMBU sudah jadi KERAJAAN dan KELDAI sudah jadi Menteri.
Hilang akal hilang tujuan. ?eh ookkk, eh ookkk.? sahut keldai
sambil najis keluar bertabur-tabur, minta dijilat oleh rakyat
yang akur.
Tiada istilah perjuangan bangsa. Perjuangan bangsa adalah
mengada-ngada, perjuangan yang sengaja di ada-ada. Perjuangan
bangsa membabi buta, membabi khinzir dan membabi haram. Bangsa
lain menjadi musuh dan berpecah dan berbelah. Sudah cukup
penderitaan bangsa, jangan gunakan bangsa lagi untuk berjuang
kerana berjuang untuk bangsa hanya lah agenda.
Sedarkan diri dan anak cucu kita. Betulkan haluan hidup dan
jangan tertipu dengan helah kepimpinan yang mahu kita berpecah
dan mudah untuk kita diarah. Sudah berakhir perjuangan bangsa,
sudah berakhir perjuangan UMNO. Perjuangan UMNO membazir adanya.
Perjuangan UMNO bukan mengundang keuntungan, malah membazirkan.
Perhimpunan setiap tahun, tapi hasilnya SIFAR. Ketuanan yang
suka membazir, setiap tahun akan lahir.
Baik Pak Lah, baik cucu ulamak. Semua sama sahaja. Bila duduk
diatas, lupa rakyat dibawah. Sekarang zaman imam ditangkap basah,
bilal ditangkap khalwat dan ustaz bergelang dan bertatoo. Cucu
ulamak bukan bermakna pemimpin itu tulus dan ikhlas. Kini semua
sudah tunggang terbalik. Kita tidak mahu bentuk kepimpinan Islam
Hadhari, kepimpinan yang kecundang berkali-kali, projek yang
tebengkalai menjadi-jadi.
JAMBATAN MENJADI JETI. Rakyat Singapura, ketawa berhari-hari.
Masa sudah tiada, waktu semakin singkat. Sedarkan kaum seagama.
Tinggalkan perkara yang sesat dan tuju kepada perjuangan Islam.
Tinggalkan istilah bangsa. Kesihankan anak dan cucu kita. Kita
masih lalai bermakna, tiada wasiat harta. Wasiat yang ada,
adalah wasiat kata-kata. Kata-kata maaf kerana kita terlalai dan
tersilap adanya. Wasiat yang mahu anak cucu
berubah. Berubah kerana selama ini datuk dan nenek degil, leka,
lalai dan tidak mahu berubah. Asyik terikut dan mengikut. Asyik
memberi peluang demi peluang. Kata mereka,? BERILAH PELUANG
KEPADA PAK LAH.? Tapi Pak Lah tidak pernah memikirkan untuk
memberi PELUANG kepada rakyat. Tuan yang terus diberi peluang.
Sebok dengan bangsa, menjadikan kita semua leka, mencari pemilik
status "ketuanan". Semuanya sama sahaja. Malah Melayu yang jauh
merana, kerana asyik dengan janji diBANTU. Lalu berharap dan
lupa berusaha. Akhirnya melayu tertipu, tertipu dengan istilah
ketuanan. Istilah yang bukan dinikmati oleh kumpulan yang besar
tetapi oleh kumpulan yang kecil. Ketuanan Melayu yang sebenarnya
KETUANAN PEMIMPIN, KETUANAN UMNO. Sejak dahulu lagi.
|