BALIK KE MUKA UTAMA


raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>
Subject: MARAH SENATOR, MARAH YANG KELAKAR (Geli yang digeletek)
Date: Mon 05/29/06 02:39 AM


Benarlah seperti pepatah melayu yang menyebut. "Sudah Terhantuk Baru Hendak Terngadah." Kerapnya kerajaan Malaysia dan Kelab Senator, apabila ketua sendiri diperlekehkan oleh NST, maka bersahutlah suara burung tiung dan kakak tua. Maka bersambutanlah suara ungka dihutan. Soalnya, Senator jadi Ungka atau Ungka jadi Senator?

Dengan perasaan kecewa, Persatuan Senator berjaya membawa isu ini sendiri kepada Perdana Menteri. Kecewa yang punyai berkesempatan, kecewa yang minta diberi peluang, kecewa yang mungkin dapat perhatian. Lalu si PM pun ucapkan 'terima kaseh' kerana Persatuan Senator begitu perihatin. Puas hati lah senator dengan balasan PM tersebut. Kesian Senator yang sudah tidak banyak kerja.

Maka ketawa lah seluruh alam, syaitan berjoget, iblis berpesta, gembira akan melihat karenah manusia yang sesunguhnya bijak tapi bodoh. Bijak kerana mengambil kesempatan atas apa yang mereka lihat dan bodoh kerana menggunakan tektik yang sama untuk menaikkan nama.

Iklan "Tiger Beer" tu sudah lama dikeluarkan oleh NST. Ianya bukan sehari dua, sudah bertahun. NST cuba untuk menyedarkan rakyat bahawa botol tu dengan bentuk badan PM Malaysia, sudah sama dan Buih 'Tiger Beer' tu umpama kepala hotak PM yang bagai nak pecah sebab memikirkan soal negara yang makin meruncing, wang makin kehabisan, rakyat makin kemarahan.

Sedangkan Senator-senator sebok usung akhbar kesana dan kemari hendak tunjuk salah orang lain dan dalam masa yang sama lupa tanggung-jawab, lupa kesalahan sendiri.

Nasihat Radin Jowo,

"Sudah lah tu, gunakan lah tektik lain untuk menaikkan nama. Tektik ni budak sekolah rendah sahaja gunakan. Kepada mereka yang berkedudukan dan berprestij, kepada yang bijak pandai, gunakanlah kaedah yang lebih canggih dan berkesan. MENGADU adalah cara lama, cara zaman kuno. Kaedah yang digunakan untuk menaikkan nama sendiri dengan tonjolkan salah orang lain.

Jangan lah hendak bersandiwara. BODEK dan TANGGUNGJAWAB adalah dua aktiviti yang berbeza.Hanya kita cuba kategorikannya sebagai TANGGUNGJAWAB kerana kita tidak mahu dikatakan BODEK. Kaedah ini adalah amalan berpolitik sejak dahulu hingga kini. Tidak cuba diperbaharui, tidak cuba dimodenkan.

Cadangan kepada Senator: -

Pertikaikan dan HARAMkan IKLAN BEER itu dahulu, kemudian baru lah dikaitkan dengan gambar disebelah. Ini baru strategi, dan rakyat tidak akan labelkan tindakan ini sebagai BODEK.

Kepada abang-abang senator, otak tu biar lah gerakkan, jangan beku macam 'ais kepal'. Tanggung jawab senatorbanyak, Kalau nak mengadu, baik jadi SB? Maruah Agama dan Nabi kita pun perlu di pertahankan. Kita tidak perjuangkan agama kerana mungkin tiada balasan, tiada pujian atau kita sendiri tidak percaya pada Nabi dan Agama?

Suka hati lah, dewakan seseorang pemerintah adalah amalan Hindu. Ambil sahaja gambar Pah Lah, tampal didinding, kalungkan bunga, lepas tu, di puja sambil ketuk loceng, Waktu Taipusam nanti, letak gambar pada kavadi, dan beratur panjat bukit. Hindu puja Tuhan, Senator puja PM. Dewasa kan lah diri itu jika mahu disesuaikan GELARAN dan diri. SENATOR bukan Ketua Pengawas !!


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762