BALIK KE MUKA UTAMA


raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>
editor1@umno-reform.com
Date: Thu 05/18/06 12:59 PM

Janji sudah berTABURan di Sarawak.

Sudah menjadi ?trend? kerajaan ketika musim pilihanraya, maka berterbanganlah pemimpin UMNO seluruh pelusuk alam menuju ke Sarawak untuk menaburkan janji-janji mereka. Negeri Sarawak yang selama ini senyap, tiba-tiba setiap malam ada sahaja berita itu dan berita ini. Semua berita adalah khabar-khabar gembira untuk penyokong kerajaan dan kutukan-kutukan DEWATA kepada Pembangkang.

Pemimpin Kerajaan juga tidak semena-mena bijak bercerita tentang Sarawak sedangkan mereka sendiri mungkin sudah lupa Sarawak itu dimana, berapa luasnya dan berapa rakyatnya. Tidak lah menjadi kemushkilan kepada rakyat Malaysia kerana sudah menjadi adat, apabila musim pilihanraya maka bertaburan lah janji, untuk laksana itu dan ini, memberikan harapan kepada rakyat yang rata-rata diam tunggu apa yang pemimpin ingin janjikan. Selepas dengar ucapan pemimpin, mereka pulang tunggu berita RTM, kalau-kalau ada muka keluar TV dan esok seperti biasa bertani dan menangkap ikan.
 

Tiada beza dan tiada lainnya.

Begitu juga dengan sepanduk pembangunan kerajaan yang kelihatan masih cantik biru warna nya dan tertulis pelbagai bentuk projek kerajaan. Cantik warna nya menunjukkan bahawa sepanduk baru dicacak, untuk media ambil gambar dan tunjuk kehebatan kerajaan.

Berikut adalah janji-janji kerajaan yang sempat diambil oleh penulis yang hanya ditaburkan oleh sebahagian pemimpin-pemimpin yang bersusah payah membuat ucapan, Meredah belantara, mandi diperigi, tegur sana dan tegur sini. Mungkin ada rakyat Sarawak yang terkejut, lihat Najib berbasikal, berkain pelihat, menari Kadazan dan iban. Ramai juga lah pemimpin yang mula bercakap loghat Sarawak. Kalau ditanya datang dengan apa, maka jawab pemimpin, "NIKI BELON." katanya.

Janji 1

Usaha juga sedang dijalankan dan akan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk menghubungkan Song dengan Kanowit melalui jalan Song-Nanga Ngungun berharga RM78 juta.

Janji 2

"Kita juga merancang membina sebuah sekolah menengah baru berharga RM30 juta dan dua sekolah rendah masing-masing di Nanga Musah dan di pekan ini, dengan setiap satunya dianggarkan berharga RM20 juta," katanya.

Janji 3

Katanya sebuah lagi klinik berharga RM25 juta telah diluluskan untuk kawasan Nanga Temalat, kira-kira sembilan kilometer dari sini.

Janji 4

Kementerian Kerja Raya memperuntukkan RM1.96 bilion untuk melaksanakan 58 projek infrastruktur di Sarawak dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Janji 5

Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu berkata antara projek yang akan dilaksanakan ialah jambatan baru Batang Lupar, jalan baru Kuala Tatau-Kuala Balingian, menaik taraf Jalan Mambong-Sejingkat (Kuching), Jalan Miri-Lutong (Miri), Jalan
Limbang-Lawas dan pembinaan jalan bertingkat di Miri.

Janji 6

Jambatan sepanjang 1.25 kilometer itu merentangi sungai terpanjang negara, Sungai Rajang, dan terletak 30 kilometer dari Sibu di Terminal Feri Sibu/Durin. Ia merupakan penyambung terakhir bagi Lebuhraya Trans Borneo dari Kuching ke Miri.

janji 7 (Terus ditunaikan)

Dua unit kereta jenis Mahindra Scorpio yang harganya berjumlah RM160,000 disumbangkan oleh Anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing. Ianya diterima oleh Timbalan Pengarah Rela Sarawak Julihi Tol pada satu majlis di sini.

Janji 8

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari Khamis merasmikan Taman Sahabat Malaysia-China di sini yang melambangkan hubungan berpanjangan antara Malaysia dan China. Taman itu, yang mengetengahkan Taman Malaysia dan Taman China, terletak pada kawasan seluas 2.8 hektar di Tabuan Heights, sebuah kawasan perumahan.

Janji 9

"Usaha mewujudkan taman rekreasi seperti itu merupakan sebahagian daripada strategi kerajaan bagi memastikan rakyat menikmati kehidupan, persekitaran dan pembangunan seimbang yang lebih baik," kata Taib ketika merasmikan taman berkenaan.

Janji 10

Menurut mereka, pembangunan pesat dan "Wawasan Miri 2020" yang telah digubal oleh SUPP, dijangka dapat membantu ketiga-tiga calon BN di sini menang besar dalam pilihan raya negeri Sarawak kesembilan ini.

Janji 11

Beliau juga berkata kerajaan akan memberi tumpuan khusus terhadap pembangunan kawasan luar bandar di Sarawak dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan ini terbukti menerusi peruntukan tambahan RM10 billion daripada kerajaan negeri.

Janji 12

Abdullah, yang juga Menteri Kewangan, berkata untuk tempoh lima tahun akan datang, peruntukan sebanyak RM15.1 bilion disediakan untuk pelbagai projek dan program yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan masa depan penduduk Sarawak.

Janji 13 (sudah diresmikan dan sudah menjadi beban rakyat)

Bukit Assek dan Pelawan adalah dua lagi kawasan yang dianggap sukar buat BN kerana tentangan daripada DAP. Bayaran Tol di Jambatan Batang Rajang di Hulu Lanang bernilai RM180 juta yang dirasmikan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 24 Mei lepas menjadi antara isu pembangkang di situ.

Janji 14

DAP menghadapi tugas yang sukar untuk menawan kerusi ini memandangkan kerajaan BN telah membawa pembangunan pesat ke Miri dan persekitarannya yang digandingkan dengan rancangan jangka panjang dikenali sebagai "Greater Miri Vision 2020".

Janji 15

Satu projek utama yang sedang dilaksanakan di sini ialah Tebingan Promenade Bintulu membabitkan kos lebih RM70 juta, membabitkan pembangunan semula tiga kilometer kawasan pantai dan tebing sungai di pusat bandar berkenaan.

Janji 16

Fasa keempat Rancangan Rumah Rakyat itu mengandungi 96 unit rumah teres satu tingkat dan 265 rumah teres dua tingkat. Kos pembangunannya sebanyak RM28 juta dibiayai oleh Lembaga Kemajuan Bintulu.

Janji 17

Jalan sepanjang 25 kilometer itu adalah dari Sungai Rayau di Rambungan ke Bulatan Petra Jaya dan dibina dengan kos RM315 juta. Projek itu dimulakan pada Julai 2002 dijangka siap September tahun depan.

Janji 18 (Baru tertunai selepas mungkin dinanti selama beberapa tahun)

Penyerahan geran tanah yang tidak sempat didengar oleh penulis yang keluar di berita perdana RTM. Pujian diberikan oleh rakyat (2 orang) ketika sedutan disiarkan.

Mohon maaf kerana diatas sahaja yang sempat dituliskan. Ia adalah janji-janji pemimpin Negara, 2 dari nya sudah pun terlaksana, cuma bayangkan lah, bagaimana lah pula janji yang diberikan oleh pemimpin ikan bilis yang turut membantu berkempen di Sarawak.

Sungguh memalukan sekiranya selama ini Sarawak diabaikan oleh pemimpin dan tiba-tiba dan dengan tidak semena-mena, seperti menyambut hujan emas bertaburan. Tidak sempat ditadah tangan kerana terlalu lah banyak pemberian dan janji-janji kerajaan. Itu belum bantuan kain batik dan anak ayam, bulu berwarna.

Pada hemat penulis, jika kerajaan janjikan jambatan, rasanya Sungai-sungai di Sarawak sudah lama ada dan kenapa ketika ini baru mampu dijanjikan. Berapa banyak balak dan ditebang dan berapa banyak gunung yang menjadi lapang? Mana pergi wang? Sebelum ini sudah berapa lama agaknnya rakyat yang asyik menempuh kesusahan dalam menyeberangi Sungai dan mungkin ramai juga yang mati kelemasan. Nasihat penulis adalah, jika rakyat Sarawak mahu menyeberani sungai, perlu lah mereka menanti musim pilihanraya, kerana tiba-tiba ada jambatan dan tiba-tiba ada feri.

Penulis kadang-kadang boleh meramalkan bahawa selepas, selepas ini akan banyak alasan sebanyak janji yang diberikan, akan ada projek terbengkalai, peruntukan belum sampai, peruntukan belum ada, kontraktor belum mulakan, papan sepanduk sudah diterbangkan, tanah belum dapat geran, wakil rakyat tiada dirumah, wakil rakyat tidak sempat tandatangan, biasiswa sudah tiada, rakyat tidak layak dapat bantuan dan pelbagai lagi alasan pula.

Lihat sahaja pada Pengkalan Pasir Kelantan yang sebelum ini dijanjikan bermacam-macam. Akhirnya, BIASALAH, kalau musim pilihanraya. Strategi diatur, janji ditabur, bila pemimpin pulang KL, tidurnya pun berdengkur, lupa rakyat yang mundur. Mundur-mundur pun. TAIB beli jet peribadi. Alah omak, padanlah muko.
 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762