|
raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>
Subject: RAKYAT AKAN TERKENA LAGI
Date: Sun 06/11/06 03:10 AM
Berikut adalah masalah dan perkara penting di Malaysia yang
berlaku di dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini:
MASALAH SEMASA
1. Stok gula berkurangan menyebabkan perbincangan antara
kerajaan dan pengeluar gula di adakan.
2. Tanah Runtuh di Kampung Pasir, masing-masing menunggu
siasatan bagi tindakan yang perlu diambil. Dua kematian.
3. Perbalahan antara Pak Lah dan Mahathir. (2 orang gila yang
menggila)
4. Lawatan pasangan Maharaja Jepun.
5. Masalah guru yang tidak memperolehi pekerjaan.
6. 11, 000 peserta PLKN yang tidak hadir dan kerajaan memberikan
masa untuk tindakan diambil.
7. Penggunaan M16, dalam PLKN mendapat sokongan dari UMNO dan
kecaman dari pembangkang dan rakyat.
8. Kemalangan pesawat pejuang HAWK 208 di kawasan laut Kuala
Rompin yang menyebabkan kehilangan seorang juruterbang.
9. Konflik perbalahan SAMY VELLU dan SUBRAMANIAN dalam pemilihan
pucuk pimpinan MIC
10. Mat Said dan Bin Yusof Enterprise yang berjaya disenyapkan
oleh Kabinet. Tiada tindakan mahkamah, tiada yang kena hukuman.
11. Projek 'PECAH KEPALA' kerajaan dalam isu demo jalanraya.
MASALAH KECIL PADA KERAJAAN
1. Kenaikan harga barangan lantaran kenaikan barangan asas
kehidupan
2. Pengangguran yang berleluasa akibat kekurangan pelaburan
masuk dan inflasi yang meningkat.
3. Penutupan banyak syarikat akibat pengurangan urusniaga dan
menyebabkan hutang bertambah dan pengangguran bertambah.
4. Pengurangan jualan kenderaaan bertitik tolak dari kelalaian
dan kebodohan kerajaan dalam pengawalan AP dan kemungkinan ada
sangkut paut dengan tindakan menteri yang berkaitan.
5. Kenaikan faedah pinjaman yang memberikan impak kepada
pembelian kenderaan dan lain-lain harta dan memberi keuntungan
kepada penyimpan wang.
6. Sokongan Malaysia kepada Amerika diatas layanan dingin kepada
HAMAS dan bantuan kepada FATAH. Setan tolong setan.
7. TNB dan masalah perlantikan IPP serta tunjuk perasaan 300
pembaca meter TNB. Masalah yang akan cuba disenyapkan.
PEMIMPIN KITA YANG SEBOK
Berikut adalah nama-nama yang sering keluar di dalam akhbar
untuk beberapa hari ini: -
1. Khir Toyo - sebok dengan menangani masalah tanah runtuh dan
menunggu lapuran dari jabatan yang berkaitan sambil mencari
alasan. Amaran kepada PBT yang berkaitan.
2. Nazri Aziz - sebok dengan mengumpul idea untuk menyokong PM
di dalam isu perbalahan Pak Lah dan Mahathir. (setan yang tolong
setan)
3. Rafidah - senyap tiada berita setelah lutut bertukar besi. (lutut
menjadi berat, mulut yang tidak bercakap)
4. Samy Vellu - sebok mencari idea untuk menyerang Subramanian
dalam isu pemilihan dan sebok menunggu lapuran dan bersedia
untuk sesi soalan berkaitan Tanah runtuh kampung pasir. (Pariya)
5. Shafie Apdal - sebok dengan bantal busuknya dalam menangani
SOROK GULA dan kenaikan harga barangan. (Tidur yang tidak boleh
diganggu)
SOALAN CEPUMAS -
Dimanakah Najib dan apa dia sedang buat?
KITA CARI NAJIB
Tanggung jawab 1
Najib sedang sebok untuk membeli kepakaran dan meminta bantuan
kerajaan India untuk memperolehi latihan penerbangan, latihan
teknikal dan membaik pulih, mendapatkan alat ganti, mendapatkan
khidmat 'ground support equipment'. Beliau kini berada di India
untuk jangkamasa lawatan beliau ke pusat pemasangan pesawat
SUKHOI. Dimasa yang sama beliau menyatakan bahawa Malaysia sudah
menempah 18 pesawat berkenaan dari RUSSIA yang membabitkan
pertukaran dengan minyak kelapa sawit Malaysia. Yang pastinya
istilah BANTUAN yang dimaksudkan adalah kebenaran kerajaan
INDIA, tetapi segala-gala bentuk bantuan kelak akan dibayar oleh
kerajaan Malaysia. Soalnya disini, beli pesawat dari Rusia,
belajar dari India? Rusia hanya jual dan bukan sertakan dengan
latihan? Pening...pening...
Tanggung jawab 2
Sebelum dari peristiwa ini, beliau telah menyatakan bahawa
senjata M16 (buatan Amerika Syarikat) dan Styer AUG AI (keluaran
Austria) milik ATM akan ditukar kepada COLT M4 Carbine buatan
Amerika Syarikat yang menelan belanja sebanyak RM70 juta di atas
peruntukan RMK9. Perbelanjaan dan tindakan yang cukup segera di
dalam perlaksanaan lain-lain perancangan pembangunan RMK 9.
Tanggung jawab 3
Dalam pada itu pesanan untuk Kapal Selam yang dilakukan terlebih
awal, dilapurkan sudah hampir siap pada unit pertama dan
selebihnya akan disiapkan selepas ini. Jumlah perbelajaan adalah
BILION, weiiiii...
TANGGUNGJAWAB BELIAU
Nampaknya Najib tidak menyentuh langsung akan isu terkini dan
kaedah berkata-kata hanya untuk menunjukkan bahawa beliau juga
perihatin akan keadaan semasa. Namun semua kenyataan yang
diberikan adalah sekadar sebagai syarat. Sedangkan beliau
sepatutnya memberikan fokus lebih kepada kesejahteraan negara
dan rakyat, dengan tidak memberikan FOKUS beliau yang hampir 80%
kepada isu pembelian senjata.
Beliu juga disedari melakukan perkara yang sama semenjak
bergelar menteri Pertahanan bermula dizaman pemerintahan
Mahathir. Seperti seorang yang tidak boleh disentuh oleh
mana-mana kepimpinan, beliau ternyata tidak pernah berubah
walaupun kuasa PM bertukar tangan. Kuasa pada beliau dan
peruntukan yang besar masih pada beliau. Dan akhirnya FOKUS
beliau pada KETENTERAAN dan pada ROSMAH (Janda tersayang).
PERUBAHAN YANG SEKETIKA
Tetapi jangan terkejut, sekiranya tiba masa pilihanraya, beliau
akan menunjukkan muka beliau untuk berucap dan berceramah dan
kembali menghilang apabila pilihanraya selesai. Baik UMNO, BN
ataupun PM, tiada siapa yang mampu memberikan tunjuk ajar dan
langkah yang beliau PERLU lakukan. Pelik kan?
Begitu juga pada perbelanjaan PLKN yang menelan ratusan juta
ringgit pada setiap tahun, walaupun Malaysia dikatakan mempunyai
masalah kewangan yang meruncing akibat peratus inflasi yang kian
meningkat. PLKN yang berada dibawah kuasa beliau, menerima
seminima RM300 juta setiap tahun dan kini meningkat kepada RM600
juta dan berapa agaknya perbelanjaan
untuk tahun berikatnya apabila penggunaan M16 mula dilakukan
pada PLKN? 1 billion setahun?
USAHA PENULIS
Apa yang penulis cuba bertanya dan jelaskan disini adalah, siapa
kah Najib dan apakah tugasnya selain berbelanja dan terus
berbelanja pada peralatan ketenteraan tanpa ada sekatan dari
mana-mana menteri dan ahli UMNO? Apa yang mustahak sangat untuk
kerajaan membeli SUKHOI, senjatan COLT, kapal Selam dan PLKN
sedangkan rakyat sedang berjuang untuk cukup makan,
cukup belanja dan cukup pakai?
Penulis tidak pernah ragu-ragu bahawa Najib akan terus bertindak
seperti ini walaupun kelak bergelar PM. Dalam rakyat tidak mahu
akan PISANG BERBUAH DUA KALI, tetapi pasti rakyat akan terjebak
dan menerima hakikat bahawa PISANG PASTI BERBUAH 2 KALI.
Seperti kebiasaan, pada awal perlantikan, kita diBANJIRkan
dengan pujian dari MEDIA dan apabila mereka sudah bergelar
Perdana Menteri akan terbongkarlah pekung dan kudis seperti yang
berlaku pada PAK LAH dan MAHATHIR ketika ini?
Media di Malaysia sememangnya JAHAT dalam menutup salah laku
pemimpin dan kerana itu, rakyat asyik membuat kesilapan yang
berulang dalam pemilihan pucuk pemerintahan. Apabila NASI SUDAH
MENJADI BUBUR, barulah rakyat cuba mencari salah dan silap.
Dalam berhati-hati, rakyat ditipu lagi.
SEDAR LAH
Rakyat tidak perlu turut menyokong Najib, hanya
kerana ketika ini Pak Lah dicerca. Kita tidak nampak sikap
sebenar beliau, kerana sikap buruk mereka tidak akan dihebahkan
dan tidak akan diceritakan kepada rakyat. Biarpun BERSOPAK, biar
pun BERKUDIS, biarpun berKUSTA, yang pasti, tugas MEDIA kerajaan
adalah untuk puji ketua.
Adalah tidak mustahil, Mahathir memberikan pujian yang sama
kepada Najib dan berakhirnya dengan "MUNGKIN SILAP PILIH." Kita
bukan bodoh untuk dibodohkan berulang kali.
Dan akhirnya rakyat terus dihimpit dengan kesengsaraan. Media
dan kerajaan asyik memberikan HARAPAN bahawa antara mereka lah
yang layak menjadi pemimpin. Tetapi sampai bilakah rakyat mampu
bersabar? Jika Perdana Menteri yang asyik bertukar ganti tetapi
masih dari PARTI yang sama dan SIKAP yang serupa.
Setiap kali pemimpin bertukar, rakyat akan kembali mengHARAP dan
tempoh perubahan pastinya bertahun. Sekali lagi rakyat KORBANkan
nyawa dan kesabaran untuk mengharap pada yang tidak PASTI.
Tepuk dada, ketuk dahi, tarik telinga, tanya selera. Sanggupkah
anda melihat sehingga makanan tiada didulang, air tiada dicawan,
anak menangis kelaparan, berebut-rebut makanan dipinggan,
sedangkan pemimpin hidup senang dan lenang. Didalam tempoh JANJI
perubahan, di dalam masa itu lah mereka mengaut, merompak,
mencuri, merogol segala milik negara dan milik rakyat. Dan jika
gagal, mereka janjikan pemimpin yang lain dan sekali lagi
janjikan PERUBAHAN. Puji bakal pemimpin dan naikkan. Rakyat
nganga sambil bermimpi untuk senang.
Rakyat perlu berani kan diri, buat perubahan, kenapa kita tidak
berani bertukar kerajaan lain sedangkan kita yang miliki kuasa
untuk ubah segala-gala. Jika PAS atau KEADILAN ditakdirkan juga
serupa, kita mampu jatuhkan mereka dan ubah kepada kerajaan lain
pula. Kenapa kita bazirkan masa mengharap pada hanya UMNO yang
sejak dahulu tidak pernah berubah dan jelas
perubahannya. Kelak jangan salah kah Tuhan dan salah kan
kerajaan kerana anda sendiri tidak mahu berubah.
Pilih pemimpin berpandu kepada latar belakang agama dan
bangsanya. Jangan ISLAM pada awalnya, ISLAM HADHARI pada
pertengahannya dan KHAIRI pada penghujungnya. Jangan ISLAM pada
awalnya, LIBERAL pada hatinya, MELAYU pada mulutnya, ROSMAH pada
katilnya.
RAKYAT AKAN TERKENA LAGI.
|