|
raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: QARUN DI DALAM UMNO
Date: Sun 05/14/06 02:32 AM
Umno sedang menuju kehancuran. Hancur UMNO akan menghancurkan
juga rakyat dan Negara. Kerana kuasa, pangkat dan harta, kaum
UMNO sudah lupa akan membezakan antara Allah swt dan pemimpin
mereka. Kedua-duanya seperti sama. Boleh memberikan kekayaan dan
boleh memaafkan. Pak Lah maha pengampun dan Najib maha bijaksana.
Begitu lah anggapan kaum UMNO kepada pemimpin mereka. Bersama
UMNO anda kaya, bersama UMNO anda bahagia, UMNO menang, rakyat
senang. Itu janji pemimpin UMNO kepada kaumnya.
Setiap kali musim Pilihanraya, maka semua berita indah belaka.
Tidak kira TV mahupun akhbar, pasti cerita tentang kejayaan dan
perancangan untuk lebih berjaya dan untuk menjadi lebih kaya.
Kaedah ini sudah digunakan bertahun-tahun untuk meletakkan
kefahaman begitu di dalam kepala rakyat. Biarpun miskin disangka
berjaya, biarpun papa tapi masih dikata kaya. Begitulah
kepercayaan yang perlu ada pada masyarkat tentang kerajaan. ?
BERIMAN DENGAN KERAJAAN?
PEMIMPIN DILAYAN SEPERTI NABI Semua orang tahu, TAIB MAHMUD Kaya
hasil dari peruntukan kerajaan Pusat. Hartanya sudah menjangkau
billion-billion ringgit. Tapi siapa yang berminat mahu ambil
tahu? Kalau dulu hutan, sekarang SARAWAK membangun, yang pasti
tanah yang lapang, untuk kemajuan, balak yang hilang, tidak
dapat dikesan. Segala pujian kepada UMNO. Taib MAHMUD sangka
diri sudah menjadi NABI yang mampu terbang bersama JET
PERIBADINYA seperti Nabi di dalam peristiwa Israq Mikraj.
Tetapi pemimpin seperti ini tidak boleh dibentak dan tidak boleh
digertak, kerana kuasa, undang-undang dan kekakyaan ada pada
mereka. Maka sangka mereka yang MAHA berkuasa. Boleh menukarkan
hidup manusia, boleh menjanjikan kekayaan dan kesenangan,
walaupun kerap janjinya tidak membahawa kebahgiaan mahupun
kesenangan. Kalau dahulu NABI, lama-lama menjadi TUHAN akibat
segala puji-pujian.
Sebagai pengikut UMNO, tiada lah kritikan atau kutukan yang
boleh dilakukan kecuali peji-pujian dan persetujuan dari ketua
dan pemimpin. Sungguh hebat pemimpin UMNO masa kini sehinggakan
tidak boleh dipertikaikan dan tidak boleh dipersoalkan. Tahap
apakah mereka sekarang?
PILIHANRAYA MACAM MUSIM HAJI
Musim Mengundi, sudah tiba lagi, Menunaikan ibadat, panggilan
menteri, Apabila diseru oleh pemimpin mereka, maka
berduyun-duyun lah penyokong dan penganut yang datang berkampung
untuk memuji dan memuja pemimpin dan kerajaan. Tiadalah terkira
ramainya sehinggakan rakyat tidak tahu, mana rakyat mana wakil
rakyat, mana peraih undi dan mana pengundi, mana pos undi dan
mana undi pos, mana SPR mana pengkhianat. Ramai sepertinya musim
haji. Cuma bezanya tiada IHRAM cuma pakaian mereka berlogo BN.
Tetapi itu semua arahan Menteri, arahan kerajaan. Yang perlu
dipatuhi, perlu dituruti. Jika tidak berdosa lah penganut UMNO
kepada Nabi dan Tuhannya. Berdosa dengan UMNO, terlepaslah
habuan kekayaan dan habuan.
PERITIWA QARUN (Bukan Qhairi)
Sifat Qarun sudah menusuk ke sanubari untuk dicontohi. Hebatnya
Qarun tidak terperi, begitu lah kejadian yang berlaku dizaman
dahulu, tetapi seperti diulang dizaman ini. Beliau adalah anak
saudara Nabi Musa (Bukan anak menantu). Jika ada Kitab selepas
AlQuran, pasti kisah UMNO akan termasuk di dalam Kitab tersebut.
Mengesahkan ramainya umat Islam yang berubah pendirian dan
kepercayaan serta beriman mereka kepada pemimpin yang bisa
menjanjikan HARTA, KUASA, KEMAKMURAN dan KEBEBASAN.
Penulis mengambil sedikit cerita berkenaan Qarun untuk dijadikan
perbandinngan. Ceritanya begini,
Selepas Nabi Musa as menemui Qarun untuk memperingati beliau
tentang tuntutan zakat, maka Qarun berkata kepada penyokong dan
kaumnya,
Wahai saudara-saudaraku, ketahuilah, bahawa Musa itu iri hati
terhadapku, zakat sebenarnya hanya untuk menutup apa yang
tersembunyi di dalam hatinya, ia ingin mempunyai harta yang
banyak dengan cara mewajibkan zakat. Sebenarnya Musa lah orang
yang ingkar dari ajaran Allah, janganlah kalian percaya terhadap
Musa. Dan dengarlah berita gembira dariku bahawa hari ini aku
akan membahagikan sebahagian harta kepada kalian. Tapi ingat,
hendaklah kalian menjauhi ajaran Musa dan percaya serta
mengikuti aku.?
Mendengar ucapan Qarun itu, disambut oleh orang ramai dengan
tepuk tangan menandakan kegembiraan serta menaruh kepercayaan
penuh kepada Qarun. (Keadaan yang sama berlaku di Parlimen
Malaysia apabila perdebatan dan pembentangan Rancangan Kerajaan
setiap tahun)
Kemudian Qarun berkata lagi: ?Barangsiapa yang patuh dan percaya
padaku, maka ia akan mendapat bahagian harta dariku, maka untuk
itu mulai sekarang jauhlah semua ajaran Musa dan ikutilah aku
agar kalian senang dan bahagia.? (Seperti janji pemimpin BN)
Akibat ucapan Qarun, maka ramai orang yang tidak beriman kepada
Allah terpengaruh oleh kata-kata Qarun, mereka berlumba
mendekati si Qarun dengan cara memuji, menyanjung untuk
menyenangkan hatinya agar mendapat hartanya dan Qarun pun
menjadi lupa daratan ia semakin tambah angkuh dan sombong. Di
samping itu Qarun pun berusaha dengan berbagai macam cara untuk
memburuk-burukkan Nabi Musa.
NASIHAT
Jadikan pengajaran kisah hidup Qarun agar Melayu dapat
membezakan bentuk kepimpinan yang dibawa oleh UMNO. Tidak salah
berjuang untuk bangsa dan agama, asalkan ia telus, ikhlas dan
jujur. Jangan terlalu taksub sehingga sikap menyokong mereka
berubah kepada BERIMAN. Antara ?Sokong pemimpin? dan ?beriman
pada pemimpin? maksudnya berbeza. Beriman adalah kepercayaan
yang tidak boleh dipertikaikan sedangkan sokong kepada pemimpin
tidak menyalahkan kita untuk memberi pandangan dan mengkritik.
Wakil rakyat, ahli Parlimen, Pemuda dan yang Petua di dalam UMNO
bukan lah calang-calang orangnya. Semuanya bijak pandai belaka.
Tetapi akibat taksub maka yang pandai menjadi bodoh. Yang hebat
menjadi bangsat.
Kerana ego dan sombong, selalunya pandai yang sering
diperbodohkan. Kerana itu, maka pengikut AYAH PIN terdiri dari
mereka yang hebat-hebat belaka. Orang pandai adalah golong yang
mudah untuk diperbodoh-bodohkan.
Pemimpin bukan tuhan, tetapi kuasa yang ada ditangan menjadikan
mereka lupa daratan yang diberikan kelebihan dan nasib untuk
menjadi penting. Ramai lagi rakyat yang jauh lebih pandai tetapi
tidak mahu tergila kuasa seperti mereka. Ketika ini, bijak lagi
rakyat untuk memberikan pendapat dari pemimpin.
Malangnya penyokong UMNO sudah seperti penyokong Qarun, yang
bersetuju kerana upah, bersetuju kerana harta, maka akhirnya
Qarun ditelan bumi bersama-sama hartanya.
Beberapa soalan kepada UMNO.
1. Mana yang penting, ISLAM atau UMNO?
2. Perjuangan mana yang penting, Bangsa atau Agama?
3. Mana yang perlu dipatuhi, undang-undang UMNO atau
undang-undang Islam?
4. Mana yang perlu dipatuhi, Perdana Menteri atau Allah swt?
5. Mana yang tidak boleh dipertikaikan, arahan PM atau arahan
Tuhan kamu?
6. Apa pengertian Beriman dan dengan siapa kamu beriman?
Jawab dengan ikhlas dan rujukkan diri dalam menjawab.
|