|
raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: LELAKI UMNO TERAKHIR - PAK LAH.
Date: Tue 05/16/06 02:00 AM
MELAYU cuba untuk merungkai sejarah punca dan sejarah penubuhan
UMNO yang kononnya dirayakan untuk kali ke 60. Ulangtahunnya
sahaja, sudah ada penipuan. Semua orang tahu tapi UMNO buat-buat
tidak tahu. Hendak mengaku tapi malu.
UMNO yang direstui Tertubuhnya UMNO adalah dibawah restu
British. British tidak pernah dan tidak pernah cuba merestui
mana-mana pertubuhan untuk menentang mereka. Senario yang
berbeza pada penubuhan UMNO, selain direstui, pemimpin
juga seperti diajar untuk melakukan sesuatu. Rata-rata pemimpin
awal UMNO adalah lulusan universiti penjajah, universiti di
BRITAIN. Adakah kaitan ini sengaja atau tidak disengajakan?
Penubuhan UMNO seperi sudah dirancang, bermula dengan
penubuhannya, perjuangannya dan cara pemerintahannya, ia mirip
kepada cara British. Ia adalah jenayah terancang anjuran British
dan kerjasama oleh pengkhianat bangsa. Kerana itu setiap
pergerakan Tunku Abdul Rahman dalam pencari sokongan dan
perbincangan dengan komunis sentiasa dibawah pengawasan British.
Bangsa Melayu tidak pernah cuba fahami dan tidak pernah cuba
bukakan minda untuk cuba menyingkap dan berteka-teki untuk
melatih diri berjaga-jaga sebelum terkena.
Kelahiran filem dokumentari LELAKI KOMUNIS TERAKHIR tiba-tiba
menjadi tajuk utama sembang masyarakat dan ia juga ditentang
oleh kerajaan. Belum pun tahu isi kandungan, masyarakat sudah
memberikan liputan bahawa filem itu seolah-olah cuba menaikkan
nama Chin Peng lantas dibimbangi akan mengajar masyarakat untuk
menentang kerajaan. Ada yang takut pada bayang-bayang.
Bayang-bayang sejarah silam. Sejarah yang menyimpan seribu
rahsia sebuah parti kerajaan. Ulangtahun ke 60, bukan untuk UMNO
kerana UMNO baru, usianya hanya setahun jagung. Sebenarnya
ulangtahun 60 tahun adalah ulangtahun kejayaan UMNO menyimpan
rahsia dari rakyat jelata.
MELAYU BUTA SEJARAH
Terlalu banyak sejarah yang dipendam dan disimpan. Sejarah
tentang Hang Tuah dan 5 sahabat, sejarah Kesultanan Melayu
Melaka, sejarah tentang pejuangan bangsa, sejarah asal-usul
Melayu dan lain-lainnya. Seperti yang penulis katakan sebelum
ini, Sejarah tidak menipu, yang menipu adalah mereka yag menukar
sejarah dan mendiamkan sejarah. Tetapi adakah ianya sejarah atau
sebuah cerpin untuk sekadar mengajar rakyat untuk taat pada
pemimpin. (Betul kata penghantar email: Dato@gudanggaram_16)
CINA CELIK SEJARAH
Bangsa tidak akan maju tanpa sejarah. Cina bangun dengan gagah
kerana mereka tahu sejarah ketamadunan bangsa mereka. Mereka ada
yang perlu dibanggakan. Sejarah Maharaja Xia sehingga berikutnya,
Sejarah pembenaan TEMBOK BESAR, Sejarah perubatan, sejarah
peperangan dan lain-lainnya. Sejarah mengajar dan menjadi
panduan mereka. Ini satu kenyataan, dimana
walaupun mereka jelas dibawa kuasa komunis dan pernah kalah
dalam peperangan, kini mereka bangun menggegarkan dunia dengan
segala strategi yang disusun. Kalah atau menang dalam sejarah,
tidak penting, tetapi yang penting mereka mempunyai sejarah.
Begitu juga dengan bangsa JEPUN. Bukan sahaja Kalah, mereka juga
dibom dan jenerasi mereka hancur, bangsanya lebur.
Berbeza dengan bangsa Melayu. Kekadang malu untuk menjawab
pertanyaan tentang Melayu, kerana Melayu sendiri tidak tahu
sejarah dan tidak mempunyai sejarah. Apakah sejarah Melayu
sememangnya tiada atau sengaja ditiadakan?
MELAYU BERCAKARAN
Bangsa Melayu berselisih pendapat dalam pelbagai perkara. Kerana
itu bangsa Melayu tidak boleh maju. Masa mereka banyak
dihabiskan dengan pedebatan yang tiada bukti dan fakta yang sah.
Masing-masing ada pendirian, menuruti apa yang mereka baca dan
menurut hukum akal mereka. Sedangkan alasan yang diketengahkan
tergantung dan tidak berkesudahan. Memadai dengan pertanyaan
tentang Hang Tuah. Maka jawapan bercambah-cambah. Tiada sehaluan
dan bila ditanya mana buktinya. Melayu ternganga, mata
berkerdipan. Bingung dan tongong.
Begitu juga dengan kerajaan, mereka mengaku untuk memperjuangkan
bangsa. Tetapi bukti tiada. Setelah hampir 49 tahun merdeka.
Melayu hanya indah pada rupa dan maju pada khabar. Realitinya
tanah terjual, perniagaan terbengkalai, ekonomi dan maruah
tergadai. Melayu senyum puas hati, kononnya UMNO pejuang sejati.
Sejarah Tanah Melayu banyak yang dibawa pergi, Sejarah tidak
membuktikan Melayu adalah penduduk asal, sejarah tertulis hanya
memberi ruang dan peluang kepada semua bangsa untuk mengaku
Malaysia ini Negara KITA. Ia perlu di kongsi bersama, itu kata
BRITISH. UMNO bersetuju membuta tuli. Kemudian pura-pura
perjuangkan bangsa.
USAHA PENDEDAHAN SEJARAH
Sekitar tahun 70an dan 80an. UMNO kelihatan bimbang. Pelajar
Universiti cuba membongkar sejarah. Mereka sedar apa yang mereka
baca selama ini, bukan sejarah yang sebenar. Pelajar yang ketika
itu bebas bergerak dan tidak dikongkong seperti kini, membongkar
banyak rahsia sejarah sebenar. Ahmad Boestaman, Pendita Zaaba,
Rahim Kajai, Dr. Burhannudin Helmi dan perjuangan mereka
diiktiraf. Fenomena ini membimbangkan UMNO, bukan sahaja nama
dikenang tepi turut menjadi nama Jalan-Jalan.
Pejuang yang nyata pernah dipenjara dan pernah didera, oleh
British dan UMNO, kerana dituduh pengkhianat bangsa dan
mempunyai kefahaman dan haluan yang berbeza. Dituduh kelak
menjadi huru-hara dalam negara.
Selepas itu, sejarah Melayu dikupas, satu persatu. Terlalu
banyak sejarah yang berbeza. Kita dibingungkan dengan kononnya
pembukaan Pulau Pinang adalah oleh Kapten Francis Light pada
1786, sedangkan Melayu sudah lama ada, hidup menjadi petani dan
penangkap ikan.
Mungkin Mat Salleh ni tidak lebih dari tumpang membuang air
besar, tetapi digelar pembuka Pulau Pinang. Mana satu yang
datang dulu? Sekali lagi bangsa Melayu berbalah dan bercakaran
sehingga kini.
Selepas pendedahan demi pendedahan dibuat, tiba-tiba ia
dihentikan seolah-olah ada pihak-pihak yang tidak senang akan
perkembangan ini? Adakah tamatnya pendedahan ini sama tamatnya
usaha menayangkan filem, LELAKI KOMUNIS TERAKHIR?
UMNO BIMBANG dan KETAKUTAN
Umno yang ditubuhkan selama 60 tahun memonopoli undi untuk terus
digelar kerajaan Malaysia. Namun bangsa Melayu masih seperti
dahulu. Susah dan tidak senang-senang. Yang senang adalah bangsa
Melayu yang terpilih, kerana setiap peluang ada yang menunggu di
pintu halaman. Bukan kawan, tiada peluang dan jangan hendak
berangan. Itu lah UMNO, memerintah cara kuno.
Bila sebut sahaja RMK 9, pemimpin berkata, Melayu mesti rebut
peluang. Tapi yang datang masih rakan masih taulan. Rakyat
tenung bulan, harap bulan jatuh ke riba. Bukan bulan yang jatuh,
tapi riba yang jatuh kerna tidak sanggup tunggu bulan.
49 tahun UMNO memerintah tetapi sejarah Melayu tidak cuba
dibongkar. UMNO tidak cuba untuk menyelongkar sejarah Melayu
kecuali asyik bercerita tentang kemerdekaan, asyik cerita
kejayaan. Bila menyambut kemerdekaan akan ada filem yang sama
diulang-ulang.
Seolah-olah sejarah Melayu bermula sekitar 1957. UMNO terapkan,
sejarah Melayu adalah sejarah UMNO. Mulanya UMNO, maka mulanya
Melayu.
Banyak bukti dan fakta sejarah yang masih ditangan British.
Semua rakyat tahu, tetapi KERAJAAN tiada usaha untuk berunding,
meminta agar sejarah bangsa dikembalikan. Melayu tidak
mempersoalkan kerana bangsa Melayu hidup untuk terus bercakaran
dan berdebat sampai hari kiamat.
2006 yang meloyakan
Ditahun ini, terlalu banyak kepincangan, terlalu banyak
pendedahan. Baru kini Melayu tahu, selama ini Melayu ditipu.
Usaha kerajaan gandakan, untuk pulihkan nama kerajaan. Akibat
sikap pemimpin yang tamak, yang ditutup semakin terbuka, yang
dipendam semakin terdedah. Pemimpin serba salah, hilang akal
hilang fikiran. UMNO tunggu untuk dikapankan.
BUDAYA UMNO
Budaya UMNO merosakkan bangsa. Diasuh untuk terus angguk dan
mengiyakan pemimpin. Yang disemai benih, yang suburnya lalang.
Telalu banyak lalang menjadi pemimpin. Beruntung benar kalau
pemimpin itu maju kehadapan, tetapi malang sungguh apabila
pemimpin yang berfikiran songsang dan akibatnya seluruh bangsa
akan tunggang dan langgang. Budaya UMNO tidak pentingkan
pertukaran fikiran. Apa yang UMNO mahu adalah, setuju apa pun
yang aku kata.. Yang baik dikatakan baik, dan
yang buruk juga tetap dikatakan baik. Budaya UMNO, budaya pelik.
Budaya Mahluk asing.
Melayu menyimpan banyak soalan, tetapi soalan tidak pernah
dijawab kerana UMNO tidak mahu menjawab soalan kerana UMNO
bimbang Melayu tahu.
Kerana disuruh ikut kata ketua, maka lahirnya hikayat Hang Tuah
yang berpihak kepada Sultan lalu rakan sendiri ditentang. Mahu
rakyat menentang Sultan, maka lahirlah hikayat Sultan mati
dijulang. Rupanya bukan sekadar dongeng, bukan sekadar hikayat,
tetapi British mahu rakyat ikut dan buat.
MELAYU HENTIKAN BERMIMPI
Sikap dan perangai pemimpin bukan perkara penting dalam memilih
pemimpin. Kerana itu banyaknya pemimpin tidak berguna masih
diterima memegang kuasa. Bangsa Melayu adalah bangsa angguk,
bangsa lalang. Bangsa Melayu banyak mengangguk dari berusaha
untuk menyelongkar muslihat sebenar pemerintah atau sejarah.
Bangsa Melayu kini tiada jati diri kerana tiada asal dan tiada
usul. Sejarah kepahlawanan bangsa Melayu tidak tepat dan ianya
setakat cakap-cakap dan bukan realiti, tiada bukti.
Perlu apa bukti? Biarkan Melayu bercakaran untuk menegakkan
kefahaman masing-masing, tanpa penghujung, tanpa penamat.
Launglah sekuat mana pun, Melayu tetap akan jadi Melayu dan
kerna melayu benarkan melayu menipu.
Bingung untuk membuka minda Melayu, agar bezakan yang mana TULEN
yang mana palsu.
Mahu ditegur, kita ditengking. Mahu dimarah, kita yang
parah. Mahu disergah, kita di jerkah. Mahu di
nasihat, kita digelar pengkhianat. Mahu di perli, kita
yang dikeji. Puas di cabar, sedikit pun Melayu tidak sedar.
Digunakan pelbagai kaedah, tapi tidak langsung berfaedah.
Hendak biarkan Melayu tertipu, dayus benarlah Aku.
Aku menulis bukan untuk berkelakar, tetapi biar Melayu sedar,
jangan jauh tersasar. Biar sampai bila-bila, selagi hayat
dikandung badan. Melayu berbalah pada perkara benar. Melayu
setuju pada segala tipu. Melayu parah kerana tiada sejarah. UMNO
ketawa kerana Melayu merana. UMNO tidak mahu melayu berjaya
kerana ia akan membuat UMNO sengsara.
UMNO biarkan Melayu terus sesat, terus berdebat. Penuhkan ruang
internet untuk memaki sesama sendiri. Asyik bercakaran, bangsa
lain maju terus ke depan. Apabila MAKAN pun sudah kurang,
pakaipun jarang-jarang, tanah dibeli orang, baru MELAYU
penuhkan jalan, untuk bangun menentang berjuang. Jika tidak
jangan harap kerana Melayu asyik leka untuk mencerca sesama
bangsa.
13 Mei, kononnya Melayu berperang tetapi sebenarnya Melayu
diserang. Tidak diserang, Melayu tidak menyerang. Tidak makan,
baru Melayu bangun menentang. Itu lah Melayu yang aku kenal
sejak dahulu.
Bangun lah Melayu, Rayuan dari bangsa mu Perjuangan bukan untuk
aku mahupun dirimu, tetapi untuk masa depan anak cucu.
Kenapa biarkan UMNO menipu? Kenapa Melayu asyik ditipu? Kenapa
layan karenah kerajaan, mereka hanya melalaikan Buang UMNO
ketepi, supaya Melayu berhenti bermimpi Pandang pada reality,
Lihat pada yang pasti Melayu ditipu dan dibohongi, hasilnya
Melayu bercakaran sesama sendiri
Yang Muda kutuk Si Tua, Yang Tua nasihat si muda Sopan bukan
lagi santun dan santun bukan mahu lagi bersopan. Kutuk yang
berpanjangan, nasihat yang tidak dipertimbangkan Buang pada yang
sopan, lupakan pada yang santun
Apa sebenarnya yang UMNO perjuangkan?
Sudah 49 tahun memerintah, Melayu asyik ketinggalan Tunggu apa
lagi Melayu, Tunggu 2020 yang tidak lagi tentu
2006 1957 = 49 tahun
2020 2006 = 14 tahun
49 tahun + 14 tahun = 63 tahun
Melayu asyik memberi UMNO peluang, Tetapi UMNO asyik
berpeleseran. Malaysia bukan Negara besar, Perancangan Kerajaan
asyik tersasar Lihat pada Cina, lihat pada Jepun, pernah dibom
pernah dipimpin, pernah diserang, pernah dijajah, tapi mereka
bangun untuk memerintah
Melayu bukan minta kaya, Tetapi Melayu minta sekadar setara
Susah benarkan kerajaan tunaikan? Sehingga kos berbillion-billion
dibelanjakan? Sehingga makan bertahun-tahun untuk ditunaikan?
Semakin banyak janji ditabur, Semakin bertambah Melayu yang
mundur.
Aku ingin melihat sedarnya Melayu, sebelum ajal datang
menjemputku.
Aku tidak bangunkan rakyat Amerika, Aku tidak bangunkan rakyat
Afrika, apa yang aku ingin bangunkan adalah bangsaku, bangsa
yang selama ini berbangga kerana ditipu. Hentikan penipuan UMNO,
Kuburkan UMNO bersama. Anugerahkanlah Pak lah, LELAKI UMNO
TERAKHIR.
|