|
raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>
Subject: NAM PERJELASKAN SIKAP MALAYSIA
Date: Tue 05/30/06 11:02 AM
Berikut adalah sedutan dari lapuran harakah daily:
"EKSLUSIF KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Menteri Luar Palestin,
Mahmoud Zahar hari ini menegaskan beliau dan delegasi kerajaan
Hamas memboikot program diatur kerajaan Malaysia sempena satu
persidangan khas Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
setelah Malaysia sebagai tuan rumah persidangan mengiktiraf
kehadiran wakil Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Farrouk
Khadoumi."
Apa yang cuba diperjelaskan disini adalah sikap Wakil Palestine
TULEN dan rakyat Malaysia yang bijak, boleh mengambil keputusan
bahwa Kerajaan Malaysia sememangnya mengikut TELUNJUK BARAT.
Di dalam artikel penulis yang lepas, apa yang cuba penulis
jelaskan adalah sikap-sikap kerajaan Malaysia yang seolah-olah
condong kepada Pakatan Barat. Selain menurut arahan mereka,
Malaysia juga dilihat bersikap 'double standard' dalam layanan
mereka kepada para tetamu yang hadir pada persidang NAM
baru-baru ini.
Di dalam mengenal pendirian Malaysia, TV3 ada membuat termuramah
bersama Menteri Luar, Hamid Albar yang menjelaskan kepada
pemberita bahawa, beliau menerima kedua-dua wakil kerana HAMAS
mewakili kerajaan, sementara PLO mewakili Pertubuhan Pembebasan
Palestine. Itu kenyataan PALSU.
Sesungguhnya Hamid Albar tidak sedar bahawa, beliau sebenarnya
sudah menipu rakyat dan menipu diri sendiri. Soalnya disini,
akan terjadi jika persidangan antarabangsa yang akan datang, PAS
dan KEADILAN hadir bersama kerajaan? Bolehkah kerajaan Malaysia
menerima kehadiran mereka dan apakah ia akan dibenarkan oleh
tuan rumah? Sedangkan menurut Hamid Albar, mereka tidak
menjemput wakil PLO tetapi tidak menolak kehadirannya. Pastinya
kita keliru.
Adakah kehadiran wakil Fatah itu atas jemputan kerajaan? Adakah
jemputan ini untuk melaga-lagakan kedua-dua Pihak? Adakah
kehadiran wakil PLO itu, sengaja untuk menidakkan kerajaan
Palestine sekarang? Tentu Hamid Albar ada jawapan, tetapi
jawapan beliau tidak pasti BENAR atau PALSU.
Cakap beliau tidak serupa bikin, begitulah agaknya sikap
Malaysia yang bertopeng DEMOKRASI, tetapi bentuk pemerintahan
mereka melebihi KOMUNIS, melebih kerajaan TENTERA. Kejam dan
bermuslihat.
Di dalam sebok Malaysia menyatakan sikap berDEMOKRASI, dunia
dapat melihat bagaimana Kerajaan DEMOKRASI Malaysia, menghalang
demo aman dan upacara PECAH KEPALA manusia yang berlaku di KLCC.
Wakil NAM pasti perolehi berita akan insiden ini.
Sekurang-kurangnya kejadian ini boleh menjelaskan sikap
DEMOKRASI Malaysia yang sebenar. ALANGKAH MEMALUKAN.
Juga merujuk kepada artikel awal penulis ada menyatakan bahawa
rakyat jangan keliru dengan laungan DEMOKRASI Kerajaan terutama
atas pembabitan mereka untuk membebaskan Aung Shan Suu Kyi.
Berpandu kepada banyak insiden dan kejadian di depan mata rakyat
ketika ini, maka perancangan pembebasan tersebut adalah lebih
kepada menurut arahan EROPAH dan BARAT dan bukan atas nama
DEMOKRASI.
Semakin hari kita diperjelaskan bermacam-macam kepincangan dan
keburukan kerajaan Malaysia dan insyaAllah jika diizinkan,
biarlah perkara sebegini kekal dalam ingatan RAKYAT sehingga
tiba tarikh undian 2007/2008. Penulis juga benar-benar berharap
agar "MELAYU TIDAK MUDAH LUPA" dengan adegan-adegan buruk yang
kerajaan sudah tunjukkan. Agar dihari pilihanraya nanti, UMNO
perlu dijatuhkan dan kita sebagai rakyat harus berusaha dan
menanam cita-cita untuk merasakan erti DEMOKRASI sebenar. Dengan
kejatuhan kerajaan kelak, kita akan melihat pemimpin-pemimpin
kerajaan ini diadili dimahkamah dan jangan sesekali dibiarkan
mereka terlepas kerana, Budi wajib di puji dan manakala SALAH
wajib dihukum. Jangan sekali-kali menutup kejahatan mereka
dengan kebaikan yang mereka lakukan untuk sekali-sekala.
Dunia, dihukum didunia, dan diakhirat kita tidak perlu bimbang
kerana ia akan diadili oleh Allah sendiri. Mahu lihat pemimpin
glamour Malaysia dipenjara? Lakukan tanggung-jawab anda. Kerana
ia sudah dipersetujui oleh KERAJAAN MALAYSIA bahawa,
undang-undang tidak kenal SIAPA.
ALLAHUAKBAR!!!
|