BALIK KE MUKA UTAMA


raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: MP JASIN - KERAJAAN YANG AKHIRNYA BANGKANG KERAJAAN
Date: Thu 05/11/06 09:44 AM


MP Jasin, Datuk Mohd Said Yusof mengatakan beliau telah memohon maaf dari Pak Lah, dan memberikan alasan-alasan yang logik pada padangan beliau. Maka jelaslah bahawa, Kerajaan buat undang-undang, kerajaan yang langgar undang-undang. Ini baru satu dalam beribu-ribu kes. Maka senonim benarlah MP ini digelarkan sebagai PAGAR YANG SUDAH LAH MASIH MAHU MAKAN PADI.

Mohd Said juga akhirnya mengaku beliau mempunyai kepentingan di kedua-dua pelabuhan tukar barang (barter port) di Sungai Rambai dan Kuala Linggi, Melaka di mana syarikat agensi perkapalan dan pengangkutan, Bin Yusuf Enterprise, beroperasi. Tambah beliau, Januari lalu pihak Kastam mula mengetatkan kemasukan kayu dengan mengenakan kompaun terhadap mereka yang melanggar peraturan 60 inci persegi yang ditetapkan.

Pada bulan Mac, selain kompaun, Kastam juga menyita dan melelong kayu itu, sekaligus merugikan peniaga kayu berkenaan, katanya. (Jika rugi syarikat berkenaan, maka upah kepada syarikatnya juga akan tidak mampu dibayar, bukan begitu?)

Alasan No. 1

Kononnya "Jika perkara ini berlarutan, tiada pedagang Barter Trade Indonesia akan datang lagi ke Malaysia kerana mereka akan berpindah ke Singapura yang tidak pernah menolak kayu yang dibawa dari sana," katanya. Beliau juga menyatakan bahawa, perniagaan pengusaha jeti dan peniaga kayu juga merosot 70 peratus sejak Kastam menyita kayu-kayu berkenaan.

Menurut beliau, "Kadang-kadang ada kayu yang terlebih dan terkurang 60 inci, jika ada kayu sebegitu saya minta mereka `pejam mata' dengan mengambil kira kadang-kadang kayu itu terlebih besar kerana masalah ketika memotongnya," (Mungkin ini alasan yang)

Alasan No. 2

Mohd Said sebelum ini berulang kali menegaskan campur tangannya dalam kes itu dibuat kononnya, atas dasar menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, bagi membantu syarikat Bumiputera namun sebelum ini beliau tidak menyatakan mempunyai sebarang kepentingan.
(Ceewah, hebat sungguh)


KOMEN PENULIS.

Dengan alasan beliau tersebut, jelas mangkuk ayun ini cuba mengkritik dan TIDAK BERSETUJU dengan tindakan undang-undang yang kerajaan buat. Secara tidak langsung beliau menyatakan bahawa, IANYA UNDANG-UNDANG YANG TIDAK SESUAI DIPATUHI dan kerana ianya bakal mengurangkan urusniaga di Malaysia. Dalam masa yang sama beliau juga ingin menyatakan bahawa, UNDANG-UNDANG SINGAPURA adalah lebih baik kerana tidak pernah menolak kayu yang dibawa dari Indonesia. Siapa sebenarnya yang salah dan siapakah yang Bangang antara yang paling bangang?

BANGANGkah KASTAM dalam membuat undang-undang dengan tidak mengambil kira kemungkinan saiz yang berlainan kayu yang dibawa masuk atau BANGANGkah Mohd Said kerana membangkang undang-undang KASTAM yang ternyata sudah diluluskan oleh kerajaan? Bukan kah mereka ini dari rumpun dan spesis yang sama? Dan bukan kah KERAJAAN tidak boleh membangkang sesama sendiri dan KUASA BANGKANG mereka adalah untuk membangkang pembangkang? Atau sesungguhnya si BANGANG tidak boleh di BANGKANG.

PERSOALAN

Penulis ingin mengajak pembaca memikirkan bahawa jika benar lah kenyataan MP Jasin itu, maka bagaimana pula dengan peniaga yang tidak mempunyai kuasa politik seperti beliau? Adakah mereka mendapat layanan seperti ini atau disebaliknya?

Selain dari itu, perlunya kita memikirkan persoalan-persoalan lain yang mungkin bersangkutan dengan isu ini, yakni : -

1. Siapa yang mencipta dan meluluskan undang-undang kastam yang ternyata tidak praktikal, sebagaimana yang dikatakan oleh MP Jasin itu?

2. Apakah KASTAM perlu melayan kehendak MP Jasin tersebut, untuk mengecualikan tindakan kepada BIN YUSUF ENTERPRISE dan dalam masa yang sama meredhakan tindakan yang sama kepada pihak lain?

3. Jika perlu dihapuskan undang-undang tersebut, bagaimana dengan kerugian yang sudah menimpa syarikat-syarikat yang telah dikenakan tindakan? Perlukah dibayar ganti rugi dan bersediakah rakyat untuk merelakan penggunaan wang rakyat jelata untuk tujuan ini?

4. Bagaimanakah selepas ini? Adakah perlu untuk menggubal undang-undang yang sedia ada atau membiarkan sahaja tanpa ada apa-apa tindakan dan memberi kesempatan oleh syarikat-syarikat lain?

5. Bolehkah MP Jasin menjadi agen atau BARUA kepada syarikat-syarikat lain untuk mendapatkan pengecualian undang-undang kastam seperti kes beliau dan berapakah KOS UPAH beliau kelak? (Ini buka persoalan tetapi lebih kepada teka-teki)

KESIMPULAN


Sikap sombong dan bongkak kerajaan kembali membawa padah. Ini adalah kerana tiada lah boleh dibangkang setiap usul dan cadangan kerajaan kecuali sudah terkena batang hidung sendiri. Ini adalah satu petanda yang jelas bahawa Kerajaan sekarang sudah semakin tidak sempurna dan sepatutnya bersedia untuk menerima sebarang teguran dari pelbagai pihak termasuk rakyat.
Oleh itu kerajaan sepatutnya tidak terlalu sombong dan bongkak dengan kuasa yang ada, melainkan memohon maaf dan mengaku kebodohan masing-masing.

Sungguh memalukan ketika Pemimpin-pemimpin mereka bercerita tentang kehebatan UMNO menjelang sambutan ulangtahun ke 60, isu ini timbul untuk memberi gambaran bahawa UMNO dan kerajaan adalah semata-mata indah khabar dari rupa. Sungguh malang apabila masih ada rakyat yang kekal BANGANG untuk menerima kerajaan yang sedemikian rupa.

Adalah menjadi keraguan akan undang-undang yang lainnya, apabila perkara ini terjadi. Kerana itulah rakyat sering memberi kenyataan bahawa UMNO sudah tidak relevan, tidak pernah adil dan tidak pernah berdemokrasi. Semua orang boleh bercerita tentang demokrasi, tetapi UMNO adalah kukubesi yang semakin hari semakin mencengkam dan menyusahkan rakyat.

Jika tidak kerana MP Jasin turut terlibat dan terhimpit dengan undang-undang yang kastam kuat-kuasakan, sudah pasti beliau tidak tahu langsung akan kesempitan hidup peniaga-peniaga yang menghadapi masalah yang sama sebelum ini.

Kerana itulah PEMIMPIN tidak merasai impak kenaikan harga minyak kerana selagi TIDAK TERHANTUK, mereka tidak akan TERNGADAH. Rakyat sudah berkali-kali menyuarakan kesempitan hidup mereka dan memberitahu akan kebarangkalian yang terpaksa dihadapi kerana kenaikan harga bahanapi tersebut, tetapi ternyata KERAJAAN tidak ambil peduli, malah kononya mengajar rakyat untuk belanja berhemah. Kepala tok yah dia.

NASIHAT KEPADA PEMIMPIN DAN KERAJAAN

Dalam ramai rakyat yang tidak mampu membeli dan rumah dan terusan menyewa, mengubah suai rumah pemimpin sahaja sudah menelan belanja sehingga RM5 ke RM20 juta. Bayangkan berapakah besarnya rumah baru yang boleh dihasilkan dan berapa banyakkah rumah murah yang boleh dibina dengan nilai tersebut.

Jangan terlalu mendabik dada, sombong dan bongkak dalam menegakkan BENANG YANG SENTIASA BASAH. Tidak pernah mengaku silap dan tidak pernah mengaku bodoh. Sebenar isu-isu seperti ini lah yang membuat rakyat membuka mata, BETAPA BANGANGNYA kerajaan Malaysia sekarang. Bodoh yang tidak boleh diajar, dan cerdik yang tidak boleh diikut.

Mempunyai barisan kepimpinan yang langsung tidak produktif, tidak kreatif dan asyik ANGGUK, tidak kira pada perkara benar atau salah. Sedikit menggeleng, maka terpaksa keluar dewan dan letak jawatan. Inilah diantara undang-undang yang tidak bertamadun oleh kerajaan UMNO.

Akhirnya saki baki kepimpinan kerajaan yang tinggal adalah mereka yang kuat BODEK tapi BAHALOL, TOLOL dan SAMDOL. PAK LAH pula sudah menjadi TUHAN, MAHA PENGAMPUN. Najib senyap macam MAHAMAULARI dan MOHD SAID cakapnya sudah seperti MAHALINGAM.


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762