|
raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>
To: tranung2006@yahoo.com
Subject: DEMOKRASI KAH KERAJAAN?
Date: Sun 05/28/06 12:58 PM
Beberapa isu yang kedengaran kini, menjadikan Penulis bertanya
dan membuat pelbagai bentuk analisa, bersoalan dan lahirkan
kemungkinan yang mungkin tidak akan diakui oleh kerajaan.
Pertanyaan ini masih terus menjadi pertanyaan, kerana penulis
keliru dengan sikap kerajaan yang menunjukkan bahawa KUKU eropah
masih mencengkam. Apakah ianya benar atau khayalan?
Berikut adalah tajuk-tajuk yang mungkin membantu, untuk kita
membuka minda, menilai hala tuju dan tanggung-jawab kerajaan
Malaysia? Adakah benar Kerajaan mementingkan kemakmuran rakyat
negara atau ia setakat melepaskan batuk ditangga? Adakah benar
Malaysia negara demokrasi atau pun cuma agen demokrasi Eropah?
Isu 1: Usaha Pembebasan Aung San Suu Kyi (Penerima Hadial Nobel
Myanmar)
Isu 2: Penangkapan Nur Misuari dan Philipina
Isu 3: Bantuan kewangan kepada Fatah dan Mahmood Abbas
Isu 4: Mendukung usaha menghapuskan Pihak Pejuang Islam (pengganas)
Isu 5: Layanan Terhadap Kerajaan Iran
Butir-butir:
Isu 1: Usaha Pembebasan Aung San Suu Kyi ( Penerima Hadial Nobel
Myanmar) Mungkin alasan utama Kerajaan dan Menteri Luar Negeri
Malaysia untuk membebaskan pemenang nobel tersebut kerana
perjuangannya pada DEMOKRASI. Maka pemerintahan TENTERA JUNTA
(Myanmar) ini mendapat tentangan dari pelbagai negara yang
bersekutu dengan Amerika dan British termasuk, Malaysia. Mungkin
isu kekejaman dan menegakkan demokrasi akan memberikan sedikit
sokongan kepada usaha perjuangan Pakatan Eropah, tetapi
sebenarnya ia bukan lah isu utama. Yang penting dilihat disini,
Amerika mahu menguasai seluruh dunia dengan menumbangkan
pemerintahan yang bukan memihak kepada mereka. Mereka mahu
jadikan Myanmar sebagai Malaysia. Kemarahan Eropah menjadi-jadi
tentera JUNTA menukarkan BURMA yang diberikan oleh British
kepada Myanmar. Tanya kerajaan kita, siapa cipta nama Malaysia?
Kenapa ia masih dikekalkan?
Myanmar digelar 'BUMI EMAS'. Hasil bumi dan galian di Myanmar
adalah menakjubkan. Mungkin bukan sahaja emas, malah minyak juga
boleh diperolehi. Aung San Suu Kyi dipenjara, kerana beliau
adalah talibarut Paksi Kejahatan Eropah. Kerana itu Malaysia dan
dunia berusaha untuk membebaskan beliau.
Pakatan Eropah termasuk, Filiphina, Malaysia dan lain-lain lagi
masih cuba untuk berdailog dengan pemimpin Myanmar demi
kebebasan pejuang demokrasi itu, tetapi Kerajaan Myanmar tidak
mudah dibodohkan, seperti UMNO bodohkan Melayu. Sehingga kini,
Malaysia masih cuba membebaskan Aung San Suu Kyi dan cuba
menyeludup DEMOKRASI ke Myanmar, sedangkan Malaysia sendiri
tidak sedemokrasi yang disebut-sebut. Apakah muslihat Malaysia
didalam usaha ini? Apakah
kepentingan Malaysia dan apakah janji Amerika kepada Malaysia?
Isu 2: Penangkapan Nur Misuari dan Philipina
Bagaimana Nur Misuari ditangkap? Siapa yang menangkap dan
menyerahkan kepada kerajaan Filipina? Nur Misuari ditangkap oleh
Polis Malaysia di Sabah ketika cuba menyeberang untuk berbincang
kerajaan Malaysia berkenaan perlinduang beliau. SUAKA politik.
Tetapi beliau ditangkap oleh POLIS MALAYSIA dan kemudian
diserahkan kepada Kerajaan Philipina. Ketika itu
adalah zaman pemerintahan Mahathir yang menjadi pujaan seluruh
alam.
Pada Amerika dan Sekutunya, Nur Misuari adalah ancaman. Ancaman
pada perancangan penempatan tentera Amerika di Filipina.
Rancangan ini terdahulu dipersetujui oleh Gloria Macapagal Aroyo
(Wanita pendek yang yang berperangai HODOH). Tetapi sungguh
malang apabila Misuari ditahanan, rakyat masih membuat demo
membantah penempatan tersebut.
Disini kerajaan Malaysia menjadi HERO kepada Gloria manakala
menjadi MUSUH kepada Kumpulan Pejuang Islam di Filipina. Lantas
apakah kaitan Malaysia dengan penangkapan Nur Misuari? Apakah
upah dan janji Amerika atas penangkapan Misuari?
Isu 3: Bantuan kewangan kepada Fatah dan Mahmood Abbas
Dalam pilihanraya Palestine yang diadakan, HAMAS memenangi
kerusi bertanding sebanyak 74 manakala Fatah hanya menang
sebanyak 46 kerusi. Pilihanraya diadakan pada 27/1/2006 yang
lalu. Dalam usaha kerajaan Kelantan membantu kerajaan Hamas,
kerajaan malaysia secara tiba-tiba berhasrat membantu PALESTINE
pula. Tetapi mereka lupa menyebut bahawa bantuan akan diberikan
kepada HAMAS dan Mahmod Abbas. Apabila perbalahan tercetus,
Malaysia menyumbang RM57.6 juta (AS16 juta) kepada pihak lawan,
yakni pejuang FATAH.
Sebelum ini tiada kedengaran akan usaha Malaysia untuk membantu
Palestine, tetapi hakikat ini berubah apabila, Amerika memulakan
pemberian bantuan dan lantas Malaysia menurut langkah ini.
Persoalan disini, apakah kaitan Malaysia dalam perbalahan di
Palestine dan pada siapa Malaysia berpihak? Adakah layak,
kerajaan Malaysia digelar sebagai paksi SYAITAN
antarabangsa?
Isu 4: Mendukung usaha menghapuskan Pihak Militan
Islam yang kini digelar pengganas. Apabila insiden 9/11 berlaku.
Maka bermula lah serangan dunia kepada para militan, pejuang,
pengganas Islam seluruh dunia. Kita tidak mempersoalkan, siapa
yang lakukan trajedi 9/11 itu, tetapi AMerika seolah-olah
memperolehi lampu hijau dari masyarakat seluruh dunia untuk
mereka menyerang Iraq yang tiada sangkup paut dengan OSAMA bin
LADEN. Usaha penghapusan pengganas disokong sepenuhnya oleh
kerajaan seluruh negara terutama, negara-negara Komanwel
termasuklah negara kita. Sokongan kerajaan bukan sekadar ucapan,
malah ditunjukkan dengan perbuatan, menangkap mereka yang
dilabelkan sebagai "JI", termasuk anak MB Kelantan TG Nik Aziz.
Keadaan Malaysia jauh berbeza jika dibandingkan dengan Thailand
dan Indonesia. Mereka menerima ancaman BOM saban hari dan
letupan hampir setiap 3 bulan sekali. Tetapi tindakan kerajaan
Malaysia tidak perlu dengan ancaman, dituduh sahaja sebagai 'JI'
maka melayakkan tertuduh ditahan. Bukti? Apa gunanya bukti jika
mereka ditahan dibawah ISA? Kerajaan Malaysia Cekap, Tangkap dan
Biadap. Tiada usul periksa, tidak perlu dibicara, tahanan
meratap diugut dan dipersenda. Keluarga tahanan menderita.
Mudahnya Kerajaan Malaysia menurut arahan AMERIKA? Apa kaitan
kedua-dua pihak? Mana satu syaitan dan mana satu iblis?
Isu 5: Layanan Terhadap Kerajaan Iran
Didalam pemilihan Presiden Iran yang ke 9, Mahmoud Ahmadinejad,
memenangi kerusi Presiden dengan kemenang mutlak atas
Rafsanjani. Setelah beliau memperolehi kuasa pemerintahan Iran
secara automatik mendapat tentangan dari Amerika yang sebok
mengatakan demokrasi Iran tidak berjalan lancar. Lantas sehingga
hari ini beliau ditentang dan menuduhnya sebagai terlibat dengan
isu pencerobohan Kedutaan Amerika Syarikat di Tehran yang
berlaku pada 1979. Selepas usaha itu gagal, kini beliau ditekan
dengan isu pembinaan janakuasa Nuklear.
Untuk membuktikan kebenaran beliau, Mahmoud mula menjelajah ke
semua pelusuk dunia untuk mendapatkan sokongan. Malaysia adalah
salah sebuah negara tersebut. Ketibaan beliau disambut dingin
oleh menteri-menteri. Muka menteri-menteri Malaysia seperti 'lepas
mati bini' atau seolah baru bersua 'MALAIKAT MAUT'. Semuanya
masam-masam dan tidak ceria. Hanya Presiden Iran yang tahu apa
yang diperbincangkan. Malangnya kepimpinan Malaysia seperti
bimbang memberikan sokongan.
Kesimpulan
Kuasa kerajaan memang hebat dan tidak dinafikan, maka kerana itu
lah title KERAJAAN tidak mudah dilepaskan. Kerajaan berkuasa
untuk tukar ERTI DEMOKRASI. Sesiapa yang mengatakan Malaysia
negara DEMOKRASI mereka adalah yang tergolong dalam spesis
manusia yang BODOH, yang BANGANG. Bodoh yang tidak memikirkan
bahawa, terlalu banyak elemen Demokrasi yang tidak dilaksanakan.
Maka apa logiknya Malaysia mengaku negara DEMOKRASI?
Mungkin ada diantara kita yang masih kolot dan kuno. Berfikir
bahawa Malaysia lah pengamal demokrasi sebenar. Kita dijadikan 'KATAK
DIBAWAH TEMPURUNG", Jika kerajaan larang berdemo AMAN, rakyat
masih kata Malaysia demokrasi. Kerajaan roboh rumah dan halau
penghuni, rakyat kata Malaysia demokrasi. Menang undi dengan
menipu, rakyat kata Malaysia demokrasi. Kerajaan ISA kan mangsa
tanpa bicara, rakyat kata Malaysia demokrasi. Kerajaan larang,
pecahkan kepala peserta perhimpunan, rakyat kata kerajaan
demokrasi.
Sebenarnya DEMOKRASI Malaysia adalah demokrasi "KEPALA TOYAH"
pemimpin-pemimpin. Rakyat mahu terus dibodohkan, sesiapa yang
berusaha membuka tempurung dan memberikan cahaya dianggap
pengganas. Siapa yang ganas?
Sistem pemerintahan Malaysia adalah "DEMOKORUPSI". Kerajaan
DEMOKORUPSI diundi untuk terus berasuah, diundi untuk tindas
bangsa, diundi untuk runtuhkan akhlak manusia, diundi untuk
larikan akidah umat Islam, diundi naikkan harga brangan dan
punahkan keharmonia rakyat. Kaedah pemerintahan DEMOKORUPS
inilah yang akan menyenaraikan Malaysia menjadi salah sebuah
negara paksi KESYAITANAN Eropah.
Sebut sahaja UMNO, aku geli geleman, Sebut sahaja BN, tekak
meloyakan, Sebut UMNO demokrasi, macam rasa termakan nasi basi.
Sebut nama Pak Lah, aku teringat tunggul pokok yang reput dan
tunggu rebah. Sebut sahaja Najib, aku teringat Pelacur di Kelab
malam. Sebut sahaja Nazri, aku terpandang anjing berkeliaran.
Sebut sahaja 'Rashid SPR' aku teringat najis bertaburan. Manakah
pemimpin? Sampai bila kita mampu melihat agen EROPAH berwajahkan
Islam?
Wahai rakyat, buka lah PINTU, halau "agen SYAITAN" keluar,
jangan dibiarkan berkeliaran, akan kelak merosakkan sekalian
rakyat. "I.. at insun mata kaji semar ngi....sing" Sudah
dihambat maka tutup semula PINTU agar mereka tidak pulang
kembali merosakkan negara, agama dan bangsa. "Rampung ngising
mata kaji semar ti....lem"
|