|
formmail.to: umnoreform
From_Name: Pusat Kajian Strategik Dan Pembanggunan Global
Subjek: Request for Information
Pesanan: Melihat kepada suasana dalam negara, adalah dirasakan
ketika ini agak gawat dgn berbagai isu yg sedang dan telah
berlaku.Peristiwa usul di parlimen merupakan satu titik
tolak bermulanya persefahaman,pertemuan,penyatuan dalam
menyatakan segala ketidak telusan dalam sistem negara yg
sediaada.Seluruh ahli MP baik wakil kerajaan mahupun
pembangkang boleh bersatu atas satu prinsip,iaitu menolak
sebarang bentuk campurtangan politik dlm sistem pentadbiran awam.
Ini bermakna menolak campurtangan orang politik terhadap
pegawai kerajaan demi kepentingan peribadi.
Melihat akan suasana, kita merasakan cukup trajis dan malu
kerana segala yang berlaku melibatkan bangsa Melayu,yg
beragama ISLAM,tetapi kita sanggup menggadaikan segala
prinsip kemanusiaan dan ketamadunnan sejagat yang telah
digariskan oleh agama kita demi kepentingan politik sempit kita
sendiri.
Kita bercakap tentang ISLAM dan keadilan,ISLAM
dan ketelusan,ISLAM itu dan ini,tetapi dalam masa yang sama kita
cuba mencampur adukkan antara kebenaran dan ketelusan
ISLAM yg hakiki dgn kepentingan peribadi. Bangsa dan
negara ini mulia kerana kita berjaya menjadikan ISLAM
sebagai "garis perlaksanaan dalam pentadbiran",tetapi dalam masa
yang sama kita berselindung atas nama ISLAM dan
mengeruhkan keadaan dengan meletakan kepentingan peribadi
mengatasi kehendak ISLAM itu sendiri.
Sempena ulang tahun ke 60 tahun UMNO adalah wajar,kita bangkit
agar umat ini terus menerus mempertahankan prinsip dalam
menyatakan kebenaran walaupun terpaksa menghadapi berbagai
rintangan dan onak yg akan dirasai.Kita berpegang kepada
kebenaran yg berprinsip daripada bersatu atas dasar
kepentingan peribadi dan kemahuan kehendak nafsu. Salah tetap
salah,walaupun manis untuk menyatakannya,benar tetap benar
walaupun pahit untuk menyatakannya. Ayuh bangunlah seluruh
masyarakat tanpa mengira apa jua fahaman kepartian,kita
bersatu,bersama dalam menyatakan
ketelusan,kebenaran,keadilan untuk masa depan agama dan negara
agar umat ini terus dipandang kemuliannya.
|